download Jom Explore app
Antara Kereta 'Rare' Yang Dimilik Oleh TMJ!

Antara Kereta 'Rare' Yang Dimilik Oleh TMJ!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 26 Jun 2023
Digital Editor

Hidup seorang lelaki memang tidak terpisah dengan mempunyai pelbagai jenis hobi dan minat. Setiap lelaki memang wajib mempunyai minat sendiri dan akan menghabiskan wang untuk mendalami minat tersebut. Haa.. tetapi ada satu benda yang semua lelaki minat iaitu kereta! Dekat negara kita ada ikon yang telah mengumpul pelbagai kereta mewah yang rare jarang sekali kita dapat lihat di jalan raya.

Sebut sahaja nama Tengku Mahkota Johor (TMJ)  sudah pasti setiap rakyat Malaysia mengenali beliau. Beliau, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim memang terkenal dengan kepemimpinannya, wawasan dan dedikasinya terhadap pembangunan serta kemajuan negeri Johor dan rakyatnya.

Beliau juga sangat aktif dalam pelbagai aspek pembangunan negeri Johor. Siapa tak kenal kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang telah menjadi sebuah nama yang terkenal dalam negara dan juga antarabangsa kerana pimpinan oleh beliau.

Selain daripada minat TMJ dalam bidang sukan bola sepak, beliau merupakan peminat kereta dan telah mengumpulkan pelbagai kereta mewah yang rare jarang-jarang sekali kita dapat lihat di jalanraya dalam negara tau.

Beliau Mempunyai Antara Koleksi Kereta Yang Membuatkan Setiap Peminat Kereta Terliur!Photo from Vocket FC

Haa.. korang mesti nak tahu antara koleksi yang dimiliki oleh TMJ yang menjadikkan beliau mempunyai antara koleksi kereta termahal dalam dunia. Jom!

1. Mercedes-Benz SLR McLaren

Antara Kereta Mercedes Paling Rare Dan Membuatkan Harga Dia Semakin Naik!Photo from TopGear

Dalam dunia sukan permotoran, jenama kereta Mercedes-Benz dan McLaren memang bukan nama asing. Untuk peminat Formula 1 (F1), dua jenama ini memang sinonim dengan lambang kejuaraan. Sebut sahaja siri perlumbaan, dua nama ini pasti telah memenangi piala pada satu masa dahulu.

Haa.. korang boleh bayangkan sendiri apabila dua jenama automotif yang terkenal dalam dunia perlumbaan melakukan keputusan untuk berkerjasama untuk menghasilkan antara kereta prestasi tinggi paling ikonik menyebabkan ramai peminat mereka seakan-akan tidak percaya bahawa perkara seperti ini boleh berlaku.

Diperkenalkan pada tahun 2003, Mercedes-Benz SLR McLaren merupakan kerjasama antara dua jenama automotif ini dengan tujuan untuk mencipta sebuah kereta yang boleh dipandu di jalan raya dengan prestasi kereta perlumbaan. Reka bentuk kereta ini mengambil inspirasi daripada kereta lagenda Mercedes-Benz 3-- SLR pada tahun 1950-an sebagai penghormatan kepada warisan perlumbaan jenama tersebut.

Reka bentuk yang dioptimumkan untuk segi aerodinamik dengan badan yang panjang mempunyai garisan mengalir bersama profil rendah membuatkan visual kereta ini mempunyai daya tarikan yang tinggi. Kereta ini juga menggunakan bahan ringan seperti carbon fiber reinforced plastic (CFRP) dalam pembinaan badan serta chasis kereta.

Bahagian dalam kereta pula diberi sentuhan kemewahan Mercedes-Benz dengan menggunakan bahan berkualiti seperti kulit, karbon dan aluminium untuk mencipta sebuah kabin yang berkualiti tinggi serta memberi tumpuan kepada pemandu. Tempat duduk selesa dan sokongan ergonomi yang baik memberikan prestasi pemanduan yang laju serta selesa tau.

Menampilkan Bahagian Dalam Menggabungkan Jiwa Mercedes and McLarenPhoto from classicsportscar

Teknologi dan ciri-ciri daripada dua jenama mewah memastikan setiap pemanduan korang lancar, selesa serta dapat memberikan kelajuan maksimum dengan sekelip masa. Harga yang dianggarkan adalah dalam Rm2 juta!

Bentley Continental GT3-R

Walaupun Ini Merupakan Kereta Berkuasa Tinggi, Kemewahan Bentley Masih Menjadi TumpuanPhoto from caricos

Diperkenalkan pada tahun 2014, jenama kereta mewah terkenal mengeluarkan Bentley Continental GT3-4 untuk memberikan sebuah kereta yang berpretasi tinggi yang boleh dipakai dalam trek dengan pengalaman pemanduan mewah yang terkenal oleh Bentley.

Model GT3-R menampilkan reka bentuk luar yang lebih agresif daripada Bentley Continental GT biasa. Ia menampilkan pakej aerodinamik yang unik seperti pemisah bahagian hadapan, sayap belakang menggunakan bahan karbon.

Badan kereta pula dilapisi dengan warna Glacier White yang khas disempurnakan dengan aksen hijau yang kontras dengan lambang GT3-R yang unik.

Walaupun kereta ini direka untuk menghasilkan kelajuan maksimum, dalaman GT3-R mencerminkan sejarah perlumbaan serta kebanggaan jenama Bentley dalam menghasilkan kereta mewah. Tempat duduk diperbuat menggunakan karbon dilapisi dengan kombinasi kulit Beluga dan Alcantara dengan logo GT3-R yang dijalin.

Bahagian Dalam Yang Mewah Menjadi Kebanggan Jenama BentleyPhoto from caricos

Dikeluarkan dalam jumlah terhad dan hanya 300 unit sahaja ada dalam dunia, Bentley Continental GT3-R adalah bukti komitmen Bentley untuk menghasilkan sebuah kereta mewah yang mempunyai prestasi tinggi dalam satu pakej.

Ford GT

Sebut Sahaja Ford GT Sudah Pasti Semua Orang Mengenali Model Klasik IniPhoto from TopGear

Antara kereta paling ikonik dalam dunia yang mempunyai sejarah dalam dunia sukan berlumba yang sangat hebat. Ford GT merupakan hasil daipada kereta ikonik Ford GT40 yang mencapai kejayaan dalam perlumbaan 24 Jam Le Mans pada tahun 1960-an.

Diperkenalkan pada tahun 2016, Ford GT merupakan komitmen Ford kepada dunia terhadap inovasi, prestasi serta prestij mereka kepada dunia sebagai jenama kereta nombor satu dalam dunia.

Ford GT mempunyai reka bentuk yang sangat cantik dan menakjubkan. Daya tarikan visual pasti membuatkan semua orang berhenti untuk menikmati kecantikannya. Reka bentuk rendah menampilkan garisan halus, ventilasi udara menonjol serta penampilan agresif membuatkan reka bentuknya sangat ikonik.

Sistem aerodinamik aktif yang mampu melaraskan aliran udara untuk meningkatkan kestablian dan presatis pada kelajuan tinggi merupakan antara ciri terkenal bagi Ford GT.

Bahagian dalamannya yang memberi fokus kepada pemandu mempunyai kabin minimalis dan berorientasikan kepada pemandu dihiasi dengan bahan berkualiti dengan teknologi terkini daripada Ford. Tempat duduk diperbuat daripada karbon memberikan sokongan serta paparan instrumen memberikan maklumat penting ketika memandu.

Apa yang membezakan Ford GT adalah sejarahnya, ia direka untuk menjadi kereta yang bersedia untuk trek serta berfungsi sebagai kereta jalanan harian. Ciri-ciri seperti ketinggian pemanduan yang boleh disesuaikan, bantuan aerodinamik serta pelbagai mod memandu untuk menghasilkan prestasi optimum sepanjang perjalanan.

Ford GT juga mempunyai pengeluaran yang terhad membuatkan ia antara model Ford paling eksklusif dengan keunikkan tersendiri. Setiap kereta dibina secara manual untuk memastikan setiap bahagian kereta diberikan perhatian dengan penuh teliti. GT merupakan lambang keunggulan kejutueraan Ford untuk mencapai invoasi dalam bidang automotif.

Ford GT Merupakan Kebanggan Ford Dalam Sejarah Sukan PermotoranPhoto from motoqar

Hanya 250 unit sahaja dihasilkan dan harga anggaran RM1.9 juta membuatkan setiap peminat kereta idamnkan sebuah Ford GT dalam koleksi mereka. Antara kereta yang telah mengalahkan Ferarri serta reka bentuk menarik membuatkan Ford GT lambang kebanggaan jenama Ford dalam dunia automotif.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok