download Jom Explore app
Kenapa Kereta-Kereta Ni Kerap Kena Curi? 5 Model Kereta Paling Kerap Dicuri di Malaysia

Kenapa Kereta-Kereta Ni Kerap Kena Curi? 5 Model Kereta Paling Kerap Dicuri di Malaysia

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 16 May 2023
Digital Editor

Memiliki sebuah kereta merupakan impian kepada setiap orang kerana ia memberi tanggapan bahawa kita sudah berjaya betul tak? Haa.. tapi kan kes kecurian kereta tinggi tau dalam negara kita!

Menurut Koordinator Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) Mas Tina Abdul Hamid berkata, sebuah kenderaan dicuri setiap satu jam 15 minit di negara kita tau!

Memiliki Sebuah Kenderaan Melambangkan Kita Sudah Berjaya Dalam Dunia Dewasa!Photo from Malaysian Reserve

Kajian daripada VTREC turut dapati pada tahun 2020 hampir 20 buah kenderaan dicuri setiap hari membuatkan korang kena peka akan keselamatan kenderaan korang. Maklumlah, kita susah payah nak beli senang sahaja orang mencuri harta kita.

Tapi kan, korang tahu tak terdapat 5 model kereta yang sering kali menjadi sasaran utama kepada pencuri-pencuri kereta ni tau. Nak tau kereta apa? Korang kena baca artikel ni sampai habis!

Psst.. ada satu model kereta tu juara bilangan dicuri selama 11 tahun tau.

5. Toyota Hilux

Toyota Hilux Memang Terkenal Sebagai Trak Yang Tahan Lasak!Photo from Toyota Malaysia

Toyota Hilux merupakan siri trak pikap yang kerap kita nampak di jalan raya negara kita kan. Dihasilkan oleh pengeluar kereta Jepun, Toyota. Hilux merupakan salah satu trak pikap paling laris dalam negara dan dunia juga tau!

Terkenal dengan daya tahan lasak, tidak mudah rosak dan keupayaannya untuk melalui kawasan yang tidak rata. Hilux memang popular di kalangan pekerjan pembinaan, kontraktor, petani ataupun peminat kenderaan siri trak pikap.

Kenapa Toyota Hilux menjadi sasaran pencuri adalah ia sangat mudah dicuri. Ia boleh dicuri dengan mudah tanpa melanggar sistem penggera kenderaan ini. Bukan itu je tau, kerana popularitinya membuatkan permintaan serta pasaran trap pikap Hilux sangat tinggi tau.

Jalan Berbukit Tidak Rata Memang Mudah Kalau Guna HiluxPhoto from Toyota Malaysia

Trap yang dicuri sering digunakana untuk aktiviti jenayah ataupun 'dipotong' kepada berberapa bahagian untuk dijual sebagai alat ganti. Untuk mengelakkan Hilux korang dicuri, pastikan korang peka kawasan sekeliling dan pasang sistem penggera yang lebih berkualiti supaya mudah dikesan jika dicuri nanti.

4. Proton Iswara

Walaupun Kereta Lama, Tetap Cantik Reka Bentuk Dia!Photo from Wikipedia Malaysia

Proton Iswara merupakan antara kereta ikonik dikeluarkan oleh Proton dari tahun 1992 sehingga 2008. Dilancarkan selepas Proton Saga, Proton Iswara merupakan sebuah sedan dan hatchback yang popular sering digunakan sebagai teksi ataupun kereta keluarga.

Iswara terkenal dengann tidak mudah rosak dengan harga yang berpatutan sehinggakan dieksport kepada berberapa negara luar termasuk United Kingdom, Australia dan New Zealand tau.

Sejak diberhentikan pada tahun 2008, kes kecurian Proton Iswara meningkat kerana populariti dan mudah untuk dijual kepada berberapa bengkel untuk dijadikan alat ganti. Pencuri yang ingin mendapatkan wang mudah dan cepat akan menjadikan Proton Isawara sebagai sasaran utama mereka tau.

Reka Bentuk Ikonik Di Jalan Raya Negara KitaPhoto from Auto-Data

Selain itu, kerana saiz yang kecil serta kompak memudahkan proses pencurian serta melarikan kereta ini ke mana-mana sahaja tau dan mudah untuk sembunyikan di mana-mana kerana kekerapan kereta ini di atas jalan raya.

Permintaan yang tinggi turut menyumbang kepada kes kecurian ini dan VTREC melaporkan sebanyak 928 buah Proton Iswara dilaporkan dicuri tau!

3. Perodua Myvi

Siapa Je Tak Kenal Myvi Kan? Siap Ada Lagu Lagi!Photo from Wikipedia Malaysia

Sejak diperkenalkan oleh Perodua sejak tahun 2005, Perodua Myvi merupakan kereta subkompak paling popular di negara kita! Korang pergi je mana-mana wajib bertembung dengan Perodua Myvi kan? Malah siap dapat gelaran 'King of the Road' lagi tau.

Kalau korang nak tahu, selama sembilan tahun berturut-turut Myvi merupakan kereta paling laris di jual tau di antara tahun 2006 sehingga 2014 dan 2008 sehingga 2021 tau.

Myvi menjadi popular kerana kereta ini dikeluarkan dengan harga yang berpatutan, penggunana minyak efektif dan rupa bentuk moden menarik perhatian setiap golongan umur tau. Generasi ketiga yang dilancarkan pada tahun 2017 melengkapkan dengan segala teknologi moden membuatkan Myvi menjadi pilihan utama bagi rakyat Malaysia kan.

Generasi Ketiga Yang Menjadi Idaman Semua Orang!Photo from Paul Tan

Tapi kerana generasi pertama dan kedua diberhentikan produksi ini menyebabkan kes kecurian Myvi semakin meningkat tau! Kereta yang dicuri akan dipotong di bengkel untuk dijual sebagai alat ganti dan berberapa kes kecurian 'sport rim' turut dilaporkan pada generasi ketiga!

Menurut VTREC, sebanyak 532 buah Myvi telah dilaporkan dicuri tau. Jadi, korang kena peka dan lengkapkan dengan segala alat keselamatan bagi mengelakkan Myvi kesayangan korang dicuri tau!

2. Proton Kancil

Siapa Je Tak Pernah Pandu Kereta Comel Ini?Photo from Wikipedia Malaysia

Kereta cilik ini diperkenal oleh Perodua dari Ogos 1994 sehingga 2009. Perodua Kancil merupakan kereta pertama Perodua selepas penubuhannya tau. Ia adalah kereta hatchback lima pintu kecil yang mampu menampung lima orang tau walaupun saiz yang kecil!

Kereta ini dinamakan sempena 'Kancil' yang biasanya ditemui dalam negara kita tau. Selain itu, Kancil merupakan kereta paling laris di negara tau kerana harganya yang rendah, penggunaan minyak rendah serta kemudahan penyelenggaraan tau.

Dihentikan produksi pada tahun 2009 menyebabkan kes kecurian Perodua Kancil menjadi sasaran yang bernilai tinggi kepada pencuri kerana permintaan untuk barang alat ganti yang susah untuk dapati.

Walaupun Saiz Kecil Ia Tetap Menjadi Kegemaran RamaiPhoto from Carrozzieri Italiani

Selain itu, kerana kereta ini tidak mempunyai sistem keselamatan kukuh dan kelemahan dalam sistem kunci pintu menyebabkan Perodua Kancil amat mudah dicuri tanpa menggunakan banyak masa tau.

Aktiviti jenayah sepeti membawa barang curi dan penyeludupan menyebabkan kes kecurian Perodua Kancil menjadi masalah besar buat pengguna atau peminat kereta cilik ini. Sebanyak 627 buah Perodua Kancil dicuri dari tahun 2019 sehingga 2022 menurut VTREC tau.

1. Juara Kereta Paling Kerap Dicuri Jatuh Kepada Proton Wira!

Reka Bentuk Yang Cantik Walaupun Sudah BerusiaPhoto from Best Selling Car Blog

Diperkenalkan oleh Proton dari tahun 1993 hingga 2009, Proton Wira merupakan sebuah kereta modal empat pintu dan lima pintu hatchback berdasarkan platform Mitsubishi Lancer tau.

Proton Wira merupakan pengganti bagi Proton Saga dan mencapai kejayaan kerana ia menjadi kereta yang laris pada berberapa tahun di negara. Proton Wira terkenal dengan harga yang berpatutan, jimat minyak, kemudahan penyelenggaran serta pengalaman memandu yang selesa menyebabkan ia sangat popular. Ia juga digunakan sebagai kereta polis dan teksi jugak tau.

Sejak diberhentikan pengeluarannya pada tahun 2009, Proton Wira masih menjadi pilihan popular untuk kereta terpakai di negara kita. Permintaan yang tinggi turut menyumbang kepada peningkatan dan kekerapan kes kecurian model kereta ini.

Walaupun Kereta Terpakai Harga Proton Wira Dijual Pada Harga Tinggi TauPhoto from Carousell

Kerana permintaan yang tinggi menyebabkan pencuri dapat menjual dengan harga yang tinggi kepada pembeli, selain itu Proton Wira amat mudah dicuri kerana teknologi keselamatan kurang moden.

Bukan itu saja tau, terdapat permintaan yang tinggi untuk membeli bahagian-bahagian proton Wira menyebabkan ramai pencuri ingin mencuri kereta ini. Menurut VTREC, sebanyak 1,257 buah Proton Wira dilaporkan dicuri dan pada tahun 2022 sebanyak 3,537 kes kecurian dilaporkan kepada polis tau.

Apa Patut Korang Lakukan Untuk Elakkan Kereta Kesayangan Korang Dicuri!

Haa.. kalau korang pakai model-model kereta yang disebutkan ini antara perkara mudah yang korang boleh lakukan untuk elakkan dicuri adalah meletakkan kereta korang di tempat yang selamat, dikawal serta diperhatikan oleh kamera litar bertutup.

Selain itu, korang boleh memasang berberapa penggera ataupun 'GPS' untuk mengesan kereta korang jika dilaporkan hilang bagi memudahkan proses mencari.

Memiliki sebuah kenderaan bukan sebuah perkara yang mudah jadi pastikan korang peka dan ikuti langkah-langkah mudah supaya kereta korang tidak dicuri tau!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok