download Jom Explore app
Khasiat Buah Tempatan Yang Korang Tak Pernah Tahu!

Khasiat Buah Tempatan Yang Korang Tak Pernah Tahu!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 13 Jun 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Negara kita dimurahkan dengan kepelbagaian buah-buahan sehinggakan kita sendiri tak pernah dengar tau. Tapi masih ramai yang tidak mengetahui khasiat yang terhasil daripada isi buah tempatan yang bukan sahaja sedap dan manis. Haa.. mesti korang tak pernah nak tahu kan khasiat yang terdapat pada buah-buahan ini!

Kerana negara kita mempunyai iklim tropika, kesannya menyebabkan ekosistem yang mewah dengan kepelbagaian flora dan fauna termasuklah dengan tanah subur. Iklim yang hangat dan lembap sepanjang tahun dapat membantu buah tumbuh dengan baik!

Selain itu, kesuburan tanah di negara kita menyediakan nutrisi dan mineral penting untuk mengalakkan pertanian buah berkembang dengan pesat. Tanah yang kaya dengan nutrisi akan menghasilkan tumbuhan sihat dan hasil buah yang melimpah berbanding tanah yang kurang subur.

Tambahan pula, musim hujan monsum di negara turut menjadi faktor kerana curahan air hujan dapat memberikan pertumbuhan dan pokok-pokok air yang mencukupi bagi membantu tanaman ini menjadi lebih baik.

Buah Buahan Tempatan Bukan Sahaja Sedap, Khasiat Pun Penuh TauPhoto from Canva

Haa.. sebab itulah kita dapat menikmati pelbagai jenis buah tau dengan harga yang murah pulak tu! Orang luar negara pun cemburu melihat kenikmatan ini. Tetapi, tidak ramai masih ketahui bahawa sebenarnya buah tempatan mempunyai khasiat yang dapat membantu badan kita menjadi lebih sihat melalui nutrisi yang ada.

Mesti korang nak tahu apakah nutrisi tersebut kan? Jom min kongsikan rahsia khasiat pada buah tempatan!

Buah Kelapa Muda

Buah Kelapa Mempunyai Pelbagai Guna TauPhoto from Canva

Pokok Kelapa sering kali dapat dilihat di persisiran pantai terutamanya pada negeri-negeri di sebelah pantai timur. Pokok Kelapa disebut sebagai 'pokok kehidupan' menawarkan pelbagai manfaat dan kegunaan tau. Buah kelapa muda bukan sahaja sedap malah boleh digunakan dalam pelbagai cara.

Kalau korang nak tahu, khasiat buah kelapa bukan sahaja pada kesihatan kita. Malah, ia turut digunakan dalam produk kecantikkan dan penjagaan kulit. Isi buah kelapa padat dengan nutrien penting seperti vitamin C, E dan B.

Selain itu, mineral seperti potassium, manganese, copper serta lemak sihat. Walaupun isi buah kelapa mempunyai lemak yang tinggi, lemak ini dapat dihadam oleh badan kita secara berbeza berbanding lemak yang kurang sihat.

Air Kelapa Bukan Sahaja Menyegarkan Malah Sesuai Untuk Cuaca Panas Negara KitaPhoto from Canva

Paling menarik adalah air kelapa sendiri tau yang merupakan minuman semulajadi yang menyegarkan dengan kandungan kalori sangat rendah. Air kelapa kaya dengan elktrolit seperti potassium, magnesium, natrium dan kalsium untuk membantu badan kita menerima khasiat secukupnya. Air kelapa juga sesuai untuk diminum ketika waktu panas!

Ia merupakan alternatif semulajadi yang baik untuk menggantikkan minuman manis dan dapat membantu menggantikan eletrolit dan menjaga tahap hidrasi kita.

Kelapa juga digunakan dalam produk kecantikan seperti penjagaan kulit, losyen dan krim kerana sifat pelembap buah kelapa. Ia dapat melindung kulit, melembapkan kulit serta memberikan sinaran semulajadi daripada pancaran uv.

Buah Naga

Buah Eksotik Ni Mempunyai Bentuk Yang Unik TersendiriPhoto from Canva

Buah eksotik yang terkenal dengan penampilan yang unik dan warna yang terang memang digilai oleh seluruh dunia tau!

Buah naga memiliki warna merah jambu atau kuning yang dipenuhi dengan sisik atau duri yang menonjol menyerupai haiwan mitos iaitu 'naga'. Isi buahnya pula berwarna putih, merah jambu atau merah dengan biji hitam yang boleh dimakan tau.

Antara khasiat buah naga adalah isinya mempunyai kandungan kalori rendah tetapi kaya dengan vitamin C, antioksidan serta mineral penting seperti zat besar dan magnesium.

Selain itu, kandungan serat akan membantu badan kita mempunyai pencernaan yang lebih sihat.

Kandungan khasiat buah naga seperti Vitamin C akan membantu menyokong sistem imun badan menjadi lebih sihat, menggalakkan penghasilkan kolagen untuk kulit sihat serta membantu dalam penyerapan zat besi

Isinya Berwarna Putih Mempunyai Khasiat & Nutrisi Yang BaikPhoto from Canva

Antioksidan juga membantu untuk melawan radikal bebas serta mengurangkan tekanan oksidatif dalam banda yang boleh menyebabkan organ kita gagal berfungsi jika tidak dikawal.

Bukan itu je tau, kandugan serat dalam buah naga juga dapat membantu mengawal tahap gula kita! Haa.. buah ini memang bagus kalau korang amalkan selalu tau.

Buah Durian

Siapa Je Tak Kenal Buah Yang Berupa Ni?Photo from Canva

Siapa je tak kenal buah durian ni kan? Tanya satu dunia pun mereka kenal sangat dengan buah yang terlebih popular ni!

Durian yang terkenal sebagai raja buah mempunyai karatetistik unik dengan aroma tersendiri. Mempunyai kulit tebal serta berduri menyebabkan buah ni agak sukar untuk dibuka jika korang tidak pandai.

Tetapi, isi dalam kulit lembut mempunyai rasa yang kompleks dan sedap! Rasa durian bergantung pada jenis buah itu tetapi tekstur seperti custard mempunyai khasiat yang tinggi tau.

Walaupun baunnya menyebabkan ramai kurang gemar untuk mendekati sehinggakan terdapat larangan untuk membawa kepada berberapa tempat umum tau.

Walaupun aromanya sedikit kuat, buah durian kaya dengan nutrisi seperti sumber dietary fiber, vitamin dan mineral seperti vitamin C dan B, potassium dan zat besi!

Walaupun Mempunyai Aroma Yang Kuat, Isi Durian Tetap Sedap!Photo from Canva

Tetapi, min sarankan korang makan durian secara moderasi kerana isinya mempunyai kandungan kalori dan karbohidrat yang tinggi!

Haa.. lepasni korang nak amalkan tak makan buah tempatan dalam rutin pemakanan seharian korang? Rugi tau kalau tak cuba kerana buah-buahan ini sukar untuk didapati di negara lain!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok