Mengantuk Kat Tempat Kerja? Gunakan Tips Ni!
Tipu lah korang tak pernah sekali pun terasa mengantuk di siang hari lagi-lagi waktu berkerja sampai tak terkira berapa kali ke tandas untuk cuci muka nak elak tertidur punya pasal! Tapi tidur dah terlebih cukup dah semalam kan, asyik mengantuk je waktu kerja kenapa boleh berlaku ni?
Haa.. situasi ni memang kerap berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira korang pelajar, baru berkerja ataupun pangkat boss dah tau! Mengantuk ini tindak balas yang cukup biasa bagi badan kita.
Korang tidak perlu terasa malu asyik mengantuk je sewaktu kerja kerana setiap badan manusia akan terasa penat dan perasaan mengantuk itu akan muncul.
Photo from Canva
Tapi, korang sudah memastikan badan korang tidur dengan secukupnya. Siap kurangkan lagi aktiviti yang memenatkan seperti melepak bersama kawan ataupun bermain game sehingga larut malam.
Sebab itulah untuk atasi masalah ini korang perlu mengubah berberapa perkara yang min akan kongsikan dekat korang ni. Ayuh!
Kekurangan Aktiviti Fizikal Bersama Pemakanan Diet Yang Tidak Seimbang!
Photo from Canva
Min faham, waktu berkerja ni selalu sangat kita tunggu waktu makan tengah hari untuk mendapatkan semula tenaga yang sudah hilang pada sebelah pagi. Min pun faham, bau nasi kandar memang mengancam dan memikat nafsu makan korang tu kan?
Haa.. kalau korang nak tahu, sistem pemakanan kita memainkan peranan yang lebih besar daripada yang disangkakan tau. Bukan sahaja makanan memberi kita tenaga tetapi jenis pemakanan yang diambil akan menyebabkan badan kita menjadi lesu jugak tau.
Diet yang tidak seimbang atau mengandungi banyak karbohidrat dan gula dapat menyebabkan peningkatan gula yang cepat diikuti dengan penurunan yang tajam! Ini menyebabkan tenaga badan kita menjadi tidak stabil menyebabkan gejala mengantuk di siang hari tau.
Sebaiknya korang perlu mengambil makanan yang seimbang dengan nutrisi seperti protein, serat dan lemak sehat yang memberi kita tenaga. Elakkan makanan segera yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Selain itu, postur badan serta posisi duduk berdurasi lama yang menyebabkan korang tidak bergerak ataupun tidak aktif akan menyebabkan badan korang lebih penat secara tanpa sedar.
Photo from Canva
Pengurangan gerakkan akan mengakibatkan darah kurang mengalir menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak secara efektif. Ini akan menyebabkan korang megantuk serta menguap berkali-kali. Cara utama untuk mengelak perkara sebegini adalah mengekalkan gaya hidup aktif dalam kehidupan korang.
Korang boleh melakukan aktiviti fizikal yang mudah seperti jogging atau bersenam untuk meningkatkan tenaga serta memastikan badan lebih sihat selepas seharian berada dalam postur yang kurang sihat.
Tidur Yang Cukup Tu Berkualiti Ke Tidak?
Photo from Canva
Tidak dinafikan memang betul korang dah tidur awal! Lebih daripada 8 jam dah korang tidur untuk memastikan badan dapat rehat dengan secukupnya. Tapi, adakah tidur yang korang dapat itu berkualiti ataupun lebih sekadar tidur yang panjang tetapi tidak berkualiti?
Haa.. sebenarnya bukan tidur yang panjang sahaja penting tau malah korang kena pastikan tidur korang itu berkualiti sepanjang tempoh tidur itu. Faktor seperti tidur terputus, gangguan tidur dapat menggangu kitaran tidur normal dan menyebabkan korang akan rasa lebih lesu dan mengantuk sepanjang hari tau!
Secara tidak sedar, badan korang akan terasa tidak bermaya serta kurang bertenaga kerana kitaran tidur korang sering diganggu oleh pelbagai gangguan luar yang menyebabkan badan korang tidak dapat berehat sepenuhnya untuk kembalikan tenaga yang sudah hilang.
Photo from Canva
Jika korang mengalami masalah sebegini, min nasihatkan untuk ketahui penyebab utama dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tidur korang untuk meningkatkan kualiti tidur dengan serta merta tau!
Antara perkara yang korang boleh lakukan untuk meningkatkan kualiti tidur adalah menciptakan rutin tidur yang konsisten tau. Selain itu, pastikan bilik tidur korang selesa dan nyaman.
Elakkan bermain phone satu jam sebelum tidur dan elakkan minuman kafein akan membantu korang tingkatkan kualiti tidur dengan lebih efektif tau.
Ubah Rutin Kerja Yang Membosankan Pun Dapat Membantu!
Photo from Canva
Antara penyebab utama korang asyik mengantuk waktu kerja adalah rutin kerja yang membosankan tau yang boleh menyebabkan korang stress jugak!
Kekurangan variasi dalam rutin kerja akan menyebabkan korang lebih bosan menjalani kehidupan seharian dalam rutin yang sama sahaja.
Ini akan menyebabkan korang lebih bosan serta hilang minat pada kerja memberi kesan pada badan menyebabkan lebih lesu dan mengantuk sewaktu tempoh berkerja tau.
Apa yang korang boleh lakukan adalah berborak dengan rakan sekerja, menukar tempat duduk kerja ataupun menukar cara korang pergi ke tempat kerja. Perkara kecil sebegini akan menganggu rutin kerja yang membosankan sekaligus membuatkan korang lebih bersemangat untuk pergi berkerja dan elak mengantuk pada siang hari.
Photo from Canva
Selain itu, korang juga dapat mengurangkan stress kerja dan menguatkan kekuatan mental dan emosi korang tau. Stress yang tinggi akan menyebabkan badan korang tidak dapat berehat dengan betul sehingga menyebabkan kurang tenaga.
Haa.. bukan itu je, penjagaan stress akan banyak membantu korang tidak terasan bebanan kerja dengan banyak yang boleh menyebabkan pelbagai lagi masalah selain daripada mengantuk je tau!
Apa kata korang cuba terapkan berberapa tips ini ke dalam gaya hidup korang supaya korang takdalah asyik menguap je waktu kerja nanti!
❤️ Tips Mudah Menghalau Serangga Dari Rumah Anda | Jom Explore
❤️ Tips Membeli Kereta Terpakai Secara Bijak: Panduan Lengkap | Jom Explore