download Jom Explore app
Rumah Kampung Pusaka Bertukar Jadi Kafe!

Rumah Kampung Pusaka Bertukar Jadi Kafe!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 07 Jun 2023
Digital Editor

Memori nostalgia merupakan kenangan lama yang sering kali kita cuba mencari kerana ia mewujudkan emosi serta perasaan yang sukar digambarkan. Seperti perasaan rindu ingin pulang ke kampung halaman menikmati suasana dan makanan tradisional. Sudah pasti korang pun inginkan suasana camtu jugak kan?

Haa.. korang yang rindu kepada kampung ataupun tidak pernah merasai kehidupan rumah kampung tradisional. Apa kata, korang bawa sekeluarga atau rakan-rakan dan pergi ke Pulau Pinang dan singgah ke Laman Tok Mah!

Terletak di Tasek Gelugor hanya 23 minit dari Butterworth semakin popular di media sosial gara-gara keunikkan kedai yang sangat berbeza berbanding kedai-kedai lain.

Laman Tok Mah Semakin Popular Kerana Rumah Pusaka Ini!Photo from Laman Tok Mah

Haa.. kalau korang nak tahu di Laman Tok Mah ni korang akan menikmati menu tradisional dan moden tetapi di suasana kampung yang pasti akan mengubati rindu nostalgia korang tu.

Kalau nak tahu lebih, korang baca sampai habis tau!

Rumah Pusaka Menjadi Kafe Menjadi Tarikan Utama!

Rumah Pusaka Bertukar Menjadi Kafe!Photo from FB: Laman Tok Mah

Laman Tok Mah bermula operasi pada pertengahan bulan Oktober tahun lepas. Tarikan utama kafe ini adalah rumah kampung kafe ini.

Selalunya kafe mempunyai kedai ataupun gerai tetapi pemilik kafe ini telah menukar rumah pusaka beliau menjadi kafe!

Jadi, korang bukan sahaja boleh lepak di laman kafe ini malah korang turut boleh jelajah dan melihat kecantikkan rumah pusaka yang dijaga ini.

Selain itu, terdapat koleksi pinggan mangkuk, kerusi rotan serta hiasan lama yang dijadikan dekorasi untuk dinikmati oleh pelanggan.

Korang Boleh Melepak Seluruh Kawasan Rumah Kampung!Photo from FB: Laman Tok Mah

Bukan itu je tau, korang nak melepak sambil main congkak di ruang tamu macam waktu raya pun boleh di bahagian dalam rumah Tok Mah ini.

Menurut pemilik Laman Tok Mah, rumah pusaka beliau merasakan iannya lokasi yang baik untuk dijadikan kafe supaya pengunjung dapat menikmati hidangan tradisional serta keindahan rumah kampung.

Boleh Nikmati Ubi Kayu Rebus Dan Beef Lasagna Di Rumah Ini

Menu Tradisi Bakal Membuatkan Korang Rindu Akan Suasana KampungPhoto from Nz Zaimin

Selain daripada rumah kampung menjadi tarikan, menu di Laman Tok Mah turut memberi fokus kepada konsep tradisional dengna menyajikan makanan-makanan tradisional.

Pemilihan menu tradisional dapat memberi peluang untuk korang merasai pengalaman seperti orang kampnug dulu-dulu. Kuih seperti ubi kayu, tapai pulut, ketupat rendang dan serabai kuih manis akan terasa seperti masakan nenek kita sendiri tau.

Selain itu, korang boleh padankan makanan tradisi dengan menu makanan moden seperti beef lasagna, tortilla wrap, chicken popcon!

Sambil Menikmati Makanan, Kopi Wajib AdaPhoto from Laman Tok Mah

Bukan itu je, pencuci mulut dan pastri turut ada seperti mini carrot cake, chocolate banana dan brownies akan melengkapkan selera makan korang.

Haa.. bukan senang tau nak cari kedai yang mempunyai dua menu yang berbeza digabungkan untuk menghasilkan sebuah menu yang paling unik.

Kopi Dibru Segar Kepada Setiap Pelanggan Menjamin Kepuasan Kualiti!

Kopi Semua Dibru Segar Tau! Photo from Laman Tok Mah

Selain daripada menu dan rumah, kopi di kafe ini turut mendapat sambutan daripada pelanggan mereka.

Melalui media sosial, ramai pelanggan berlumba-lumba untuk sampai ke laman tok mah untuk berborak, lepak ataupun nikmati secawan kopi.

Setiap kopi yang dihasilkan akan dibru segar mengikut standard ditetapkan oleh pemilik bagi memastikan kepuasan pelanggan mereka dijaga.

Selain itu, biji kopi yang digunakkan adalah kualiti tinggi termasuklah bahan masakan untuk makanan dan kuih yang dijual.

Antara kopi wajib korang order adalah salted caramel macchiato, french vanilla latte merupakan antara kegemaran pelanggan tetap mereka.

Bukan itu je tau, menurut pemilik Laman Tok Mah. Beliau turut belajar dengan teliti tentang prosess pembuatan kopi supaya kopi yang dihasilkan mempunyai kualiti yang teliti juga.

Haa.. kalau korang tengah plan untuk pergi ke Laman Tok Mah. Pastikan korang datang pada hujung minggu sahaja.

Sambil Menghirup Kopi Sambil Menikmati PermandanganPhoto from FB: Laman Tok Mah

Pemilik Laman Tok Mah ingin memastikan rumah pusaka ini dibersihkan, dijaga dengan baik ketika luar waktu operasi untuk mengekalkan identiti kafe ini.

Jadi, apa kata hujung minggu ni habiskan masa dekat Laman Tok Mah? Boleh berlari berkeliaran sepanjang kawasan rumah kampung ini ataupun berborak sambil menikmati permandangan susana yan tenang.

📍 No 8687, Lorong 19, Jalan Permatang Batu, Kampung Pokok Tampang, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang

⏰ Ahad (3.30pm - 8pm)

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok