
Kenali Tanda-Tanda Kucing Sayang Pada Kita: Tips Menginterpretasikan Bahasa Tubuh Kucing
Kenggunanan, kecantikan dan kecomelan bulu mereka telah menjadikan kucing sebagai salah satu haiwan peliharaan paling popular di seluruh dunia. Mereka telah menawan hati kita dengan pelbagai aksi-aksi comel. Tapi, untuk peminat dan tuan kucing adakah korang sedar yang bulu kesayangan korang menunjukkan tanda-tanda sayang kepada tuannya?
Haa.. kucing kesayangan kita telah memenuhi hidup kita dengan perangai serta aksi comel mereka. Kadang-kadang mereka adalah sejenis haiwan yang sukar dibaca. Tetapi mereka dilahirkan dengan perasaan yang dapat ditunjukkan melalui tindakan.
Photo from Canva
Sejak saat kita mengambil mereka menjadikan haiwan peliharaan. Cinta kita pada mereka akan jelas difahami oleh kucing peliharaan kita. Mereka turut akan memberi tindakan balas dengan cara mereka yang tersendiri. Sama ada korang perasan ataupun tidak sahaja.
Jadi, Min akan bagitau dekat korang untuk kenali tanda-tanda utama kucing peliharaan kita pun sayang kita jugak tau dengan mudah!
Mereka Akan Keluarkan Suara 'Purr' Ataupun Berguling Dekat Dengan Kita
Photo from Canva
Walaupun seekor haiwan peliharaan, kucing merupakan haiwan yang pandai menghantar tanda-tanda kepada tuannya untuk berkomunikasi dengan kita tau.
Photo from Canva
Menolak Kita Dengan Lembut Dan Ingin Tidur Bersama Ketika Waktu Tidur
Photo from Canva
Kalau korang nak tahu, seekor kucing akan tidur selama 12 sehingga 18 jam sehari tau. Apabila mereka semakin menua, kebanyakkan kucing akan menghabiskan masa dengan tidur berbanding waktu mereka muda.
Jadi korang jangan terkejut kalau sering kali lihat kucing kesayangan korang asyik tidur je kerja. Selain itu, kucing merupakan haiwan crepuscular yang bermaksud mereka lebih aktif pada waktu subuh dan maghrib tau.
Haa.. yang menariknya tentang ini adalah kucing akan mencari tempat tidur yang paling selamat kerana mereka akan mudah diserang ketika tidur. Apabila mereka jumpa tempat tidur yang selesa, kucing kesayangan kita akan menandakan tempat itu sebagai tempat mereka.
Sebab itulah korang akan perasan, kucing yang sayang pada kita mereka akan datang pada kita ketika waktu tidur mereka dan tidur bersama kita. Ia menunjukkan mereka percaya pada kita untuk menjaga waktu sensitif mereka dengan selamat.
Photo from Canva
Selain itu, mereka akan menolak kita dengan lembut untuk duduk rapat dengan kita tau. Ini salah satu cara mereka menunjukkan kasih sayang pada kita. Perbuatan ini selalunya datang ketika mereka disusukan oleh ibu mereka tau.
Apabila semakin menua, kucing kesayangan kita akan tetap melakukan perbuatan ini pada kita menggangap kita sebagai ibu mereka.
Mereka Akan Mengecilkan Mata Pada Kita!
Photo from Canva
Antara perbuatan paling comel yang membuatkan kita sentiasa jatuh hati pada bulu comel ini adalah tindakan mengecilkan mata mereka pada kita atau lebih dikenali sebagai mengedipkan mata.
Kucing akan mengecilkan mata secara perlahan kepada kita untuk memberitahu kita bahawa mereka percaya serta sayang pada kita tau! Korang perasan tak?
Selain itu, mereka turut akan membenarkan kita menyetuh atau berada dekat pada bahagian hidung mereka kerana itu adalah antara bahagian paling sensitif mereka! Mereka menggunakan bau untuk mengenal pasti sama ada bau itu asing ataupun tidak.
Photo from Canva
Jadi, kalau kucing korang mengecilkan mata secara perlahan-lahan korang boleh membalas semula dengan kasih sayang. Haa.. tapi korang jangan terkejut kalau kucing suka tenung pada kita kerana tenungan itu juga bermaksud mereka suka pada kita walaupun kadang-kala menakutkan!
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering kali komunikasi dengan tuannya. Melalui tanda-tanda ini, pastikan korang lebih peka supaya korang ketahui bahawa kucing kesayangan korang itu turut merasai perasaan yang sama bagaimana korang mencintai diorang tau!