4 Kafe Kucing Untuk Pencinta Kucing di Lembah Klang
Tercari-cari kafe yang boleh melepaskan stress bersama Si Bulus ! Dengan melihat telatah si Kucing dan sambil makan-makan di dalam Kafe tersebut. Jom , terokai 4 kafe khas untuk pencinta kucing bukan pencinta wanita ya tapi pencinta kucing.
Menurut kajian juga, kucing ada keupayaan untuk menenangkan kita, merendahkan tahap tekanan kita. Jadi, ramai singgah ke kafe ni untuk nikmati menu yang sedap sambil mengusap si bulus hilangkan stress, dengar pun dah seronok kan?
?Monster A Garden Cafe | Jalan Sultan Kuala Lumpur
Kafe Kucing ini terletak Jalan Sultan KL dekat sahaja dengan Pasar Seni. Korang boleh datang sini hanya menggunakan LRT.
Pelbagai jenis hidangan yang berunsurkan western dan manisan di Monster A Garden Cafe. Konsep Cafe ini lebih kepada minimalist, kehijauan dan sangat relaks untuk enjoy pada hari cuti. Sudah pastinya, ianya mempunyai tempat kita melihat kucing dan bermain dengan kucing.
?No. 54, 1st Floor, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
?016-2066946
⏰ 10:30am - 7pm(hari biasa), 10am - 6:30pm (hari minggu), Selasa Tutup
?Poppy Kat Cafe | Cheras
Di Cheras juga terdapat kafe yang boleh anda bermain bersama kucing. Anda juga boleh mengambil gambar mereka dan post di laman sosial. Main dengan kucing di kafe berkonsepkan kucing belaan adalah salah satu cara yang paling menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
Warna oren yang menghiasi dinding kafe ini bersama dengan batu bata dan gaya retro mencipta suasana yang menyerlahkan dan menarik bagi pengunjung. Kafe ini juga menyediakan 20 jenis Croffles dengan pelbagai perisa , burger dan minuman yang menarik. Tak sabar nak bermain dengan kucing disini, apa lagi jom explore!
View this post on InstagramA post shared by Poppy Kat ✧ Coffee (Cart & Catering) • Croffle • Cats (@poppykatcafe)
?34A, Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, 56000 Cheras
?011-54173453
⏰ 10am-10pm (Isnin-Khamis), 10am-12am (Jumaat-Ahad)
?Cemeon Cafe | Jalan Telawi, Bangsar
Kafe Kucing di Bangsar menawarkan pelbagai aktiviti bermain dengan lebih daripada 40 ekor kucing yang comel. 40 ekor kucing termasuk American Ragdoll, American Curl, Munchkin dan lain-lain, telah dikumpulkan oleh pemiliknya. Anda boleh ambil gambar dan wefie bersama mereka untuk diabadikan sebagai kenangan yang manis.
Masa bermain dengan kucing dibatasi kepada 45 minit, dengan bayaran, berserta dengan minuman.
?97, Jalan Telawi, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
?011-19534039
⏰ 11am-8pm
?Bayaran masuk:
✅Hari biasa
RM28 (Berumur 18 tahun ke atas)
RM25 (Umur 6 – 17)
✅Hari minggu
RM32 (Berumur 18 tahun ke atas)
RM28 (Umur 6 – 17)
✅Kanak-kanak di bawah tiga tahun mendapat kemasukan percuma.
?Mao Catfe | Seri Kembangan
Wow ! dekat Seri Kembangan juga ada Kafe kucing yang memberikan anda ketenangan untuk bermain bersama si comel.
Ia adalah tempat yang baik untuk pencinta kucing terdapat banyak kucing dan anda boleh bermain dan mengambil gambar dengan mereka.Kebanyakan kucing sangat mesra, tetapi mereka mempunyai masa rehat mereka sendiri biasanya ialah 3pm-6pm.
?No 6-1 Kompleks Komersil Akasa Jalan Akasa, Akasa Cheras Selatan.
?011-11815996
⏰ 12pm-10pm (Isnin Tutup)
?Bayaran masuk: RM 30.00
?Sumber Foto: Instagram
Anda mungkin suka: