download Jom Explore app
3 Gaya Kasut Kulit Trendy Wajib Korang Beli!

3 Gaya Kasut Kulit Trendy Wajib Korang Beli!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 25 May 2023
Digital Editor

Pemakaian kasut kulit bagi lelaki semakin trendy terutama di media sosial. Kasut kulit mempunyai pelbagai jenis bentuk berbeza untuk menepati cita rasa setiap lelaki tau. Tapi, kebanyakkan lelaki tidak mengetahui tentang jenis kasut kulit yang ada tau. Jadi, Min nak kongsikan dekat korang jenis kasut kulit untuk luaskan koleksi kasut korang tu!Kasut kulit ini diperbuat daripada kulit dan direka khas untuk dipakai dengan pakaian formal tetapi terdapat pelbagai gaya yang korang pun boleh pakai secara kasual tau. Korang wajib ada satu jenis kasut kulit untuk dipakai untuk menghadiri acara formal seperti temuduga kerja, perkahwinan ataupun pergi dating.

Kasut Kulit Akan Buatkan Korang Tampil Lebih BergayaPhoto from Pinterest

Selain itu, kasut kulit turut menambah sentuhan elegan serta memberi gaya klasik membuatkan korang lebih bergaya serta tampil lebih konfiden berbanding jenis kasut lain tau.

Haa.. sebab itulah korang kena baca artikel ni sampai habis kalau nak tau 3 jenis kasut kulit yang wajib korang kena ada dalam koleksi sekarang!

Kasut Gaya Loafers Semakin Trendy Dan Paling Mudah Untuk Digayakkan!

Kasut Loafers Pun Sesuai Dipakai Secara KasualPhoto from Pinterest

Kalau korang scroll di media sosial, kasut gaya Loafers sering kali menjadi pilihan utama bagi lelaki bergaya kerana reka bentuknya yang mudah dipakai serta mudah digayakkan. Kasut ini dipakai tanpa tali yang membezakkan mereka daripada jenis kasut kulit yang lain tau.

Loafers merupakan pilihan yang klasik dan Min syorkan sangat untuk korang yang sedang mencari kasut kulit pertama dalam koleksi korang tau. Loafers juga boleh digayakan secara formal ataupun kasual menjadikannya sesuai untuk pelbagai majlis. Tak kisah korang melepak di bandar ataupun menghadirkan diri ke temuduga kerja.

Pada asalnya pemakaian loafers bermula di Eropah pada pertengahan abad ke-19 dan pada mulanya dipakai sebagai kasut kasual tau. Loafers menjadi popular apabila ahli muzik rock and roll mula memakai loafers sebagai simbol gaya mereka.

Loafers Memang Sesuai Kalau Korang Gaya Bersahaja!Photo from Pinterest

Selain itu, loafers pun ada banyak gaya berbeza tau seperti Penny Loafers, Tassel Loafers dan Driving Loafers. Loafers merupakan antara gaya kasut kulit paling mudah untuk korang gayakkan dengan pelbagai pakaian tidak kisah formal ataupun kasual!

Mahukan Gaya Rockstar Macam Amy Search? Korang Wajib Pakai Boot!

Kalau Pakai Boot Memang korang Seorang RockstarPhoto from Pinterest

Korang mahukan kasut yang mampu bertahan dengan korang sampai bila-bila dan mempunyai gaya yang cantik? Korang wajib pilih kasut kulit gaya rekaan Boot tau.

Kasut Boot memang terkenal dengan ketahannya, kekuatannya untuk melindungi kaki kita daripada sebarang kecederaan tau. Ia memberikan perlindungan serta sokongan dalam pelbagai persekitaran dan keadaan cuaca yang kasar. Kasut boot korang boleh dapaatkan dalam pelbagai jenis gaya memberikan tujuan berbeza serta menambah keyakinan korang tau!

Selain itu, kasut boot sesuai dipakai dengan apa-apa sahaja jenis pakaian tidak mengira kasual ataupun formal tau. Kalau korang inginkan gaya macam seorang rockstar, korang wajib padankan bersama seluar jeans tau!

Memang Bergaya Betul Kalau Korang Sarung Boot TauPhoto from Pinterest

Bukan itu sahaja, kerana boot melindungi kaki korang sehingga bahagian atas buku lali. Korang akan mula merasa ketidakselesaaan pada peringkat pertama pemakaian. Jadi, Min syorkan untuk korang kekal pakai untuk berberapa tempoh masa untuk melembutkan kulit kasut boot itu supaya ia lebih selesa mengikut bentuk kaki korang tau!

Haa.. kalau pakai pergi dating pun sudah tentu pasangan korang akan jatuh cinta melihat gaya korang tau.

Korang Inginkan Kelainan Daripada Lelaki Lain? Apa Kata Korang Pilih Jenis Monkstrap!

Kasut Monkstrap Membuatkan Korang Nampak Seperti GentlemanPhoto from Pinterest

Kasut jenis monkstrap ini kalau korang inginkan sedikit kelainan daripada lelaki lain tau kerana ia mempunyai sentuhan tersendiri yang membezakan diri mereka daripada kasut kulit yang lain tau.

Kasut monkstrap dapat dikenal melalui ikatan pinggang buckle yang melintasi bahagian kaki tau. Korang boleh dapatkan monkstrap dalam dua jenis iaitu satu buckle ataupun dua buckle tau. Ia memberikan penampilan elegan serta membuatkan korang tampil kemas walaupun di situasi kasual.

Kalau korang nak tahu, ia direka sebagai alternatif yang lebih praktikal kepada kasut yang menggunakkan tali tau. Ia menjadi pilihan fesyen untuk lelaki yang ingikan kasut kulit formal dengan kemudahaan pemakaian tau.

Monkstrap Lebih Sesuai Dipakai Dengan Seluar FormalPhoto from Pinterest

Kasut monkstrap boleh digayakkan dengan pelbagai cara. Tetapi ia lebih kepada pemakaian formal berbanding kasual tau. Jadi, Min tak sarankan korang pakai kasut monkstrap bersama seluar jeans.

Haa.. sebab itulah kasut ini lebih bersesuaian dengan seluar kain licin, seluar formal untuk memberikan sentuhan moden dan anggun serta membuatkan korang lebih kemas tau. Bukan itu je, kalau nak pergi dating memang sesuai sangat nak buat pasangan korang tertarik kalau pakai kasut ini!

Kasut kulit memang penting dalam hidup seseorang lelaki tau kerana ia memberikan gaya yang lebih versatile berbanding jenis kasut yang lain. Selain itu, gaya kasut ini membuatkan korang lebih kemas serta tampil lebih professional walaupun dalam situasi kasual tau! Jadi, bila nak beli satu ni?

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok