download Jom Explore app
3 Jenis Baju Wajib Ada Dalam Koleksi Lelaki!

3 Jenis Baju Wajib Ada Dalam Koleksi Lelaki!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 24 May 2023
Digital Editor

Setiap lelaki memerlukan koleksi pakaian yang melengkapi gaya hidup mereka. Apabila memasuki fasa dewasa, korang pasti ingin bergaya tanpa pening kepala tentang pemilihan pakaian betul tak? Haa.. jangan risau, Min nak kongsi dekat korang 3 jenis baju wajib korang perlu ada dalam koleksi!

Kepentingan memiliki pelbagai jenis baju berbeza adalah untuk korang kekal fleksibil mengikut perubahan situasi. Tidak semua baju bersesuaian dengan acara formal ataupun kasual. Jadi, memiliki koleksi baju yang fleksibil dapat meringkan beban korang tau.

Selain itu, pemilihan gaya baju turut memberi refleksi terhadap gaya hidup korang tau! Adakah korang lebih 'playful' ataupun lebih teratur bergantung kepada jenis baju yang menarik perhatian korang.

Selalunya Lelaki Pandai Bergaya Ni Nampak Lebih Konfiden TauPhoto from Pinterest

Haa.. sebab itulah pentingnya untuk korang mengetahui jenis baju serta fungsi dan cara pemakaian supaya korang nampak lebih teratur dan bergaya di mata orang tanpa mengambil masa panjang pun.

Jangan risau tau, Min kongsi tips mudah ini supaya korang tak pening kepala untuk baca sampai habis!

Acara Formal? Hari Minggu Nak Lepak? Kemeja Oxford Yang Boleh Berubah Serta Adaptasi Mengikut Apa-Apa Situasi!

Kemeja Oxford Yang Boleh Dipakai Secara Formal Atau KasualPhoto from Pinterest

Kemejea Oxford merupakan jenis kemeja diperbuat daripada kain kapas tau. Kemeja ini terkenal dengan ketahanannya serta keupayaan mereka untuk tidak mudah berkedut menjadikannya pilihan popular untuk pakaian formal dan kasual.

Dicipta pada awal abad ke-19 di Oxford, England. Kemeja Oxford meraih populariti kerana dipakai bersama sut lelaki serta menjadi pakaian asas bagi lelaki yang inginkan gaya kemas.

Corak tenunan kain memberi penampilan dan tekstur yang khas. Jenis tenunan lurus membuatkan ia lebih kuat dan tahan lama sekaligus mengelakkan baju korang tidak mudah kedut tau.

Nak Bergaya Pun Senang Dengan Kemeja NiPhoto from Pinterest

Korang boleh dapatkan kemeja Oxford dalam pelbagai jenis warna dan gaya mengikut kesesuaian korang dan juga bajet tau! Min rekomen korang untuk pilih warna putih, hitam ataupun biru cair sebelum beli warna-warna lain.

Paling penting adalah pastikan kemeja Oxford korang muat mengikut saiz badan dan tidak longgar kerana boleh merosakkan penampilan badan korang.

Nak Lepak Dekat Bandar Kena Lah Pilih Kemeja Lengan Pendek Yang Riang & Kasual!

Nak Lepak Mestilah Kena Nampak Hensem Kan! Tulah Kena Beli Kemeja Gaya Camni..Photo from Pinterest

Waktu hari minggu mestilah korang nak lepak bersama kawan-kawan, keluarga ataupun pergi dating dengan pasangan betul tak? Takkan lah korang nak berpakaian formal di pusat bandar tak kena dengan situasi lah kan.

Sebab itu lah korang kena ada kemeja kasual berlengan pendek dengan gaya 'camp collar' untuk waktu-waktu korang pergi dating ataupun melepak dekat pusat bandar.

Kemeja gaya camp collar biasanya diperbuat daripada kain yang ringan serta nipis supaya korang tidak mudah berpeluh untuk cuaca negara kita yang semakin panas ni. Mempunyai kolar lebar dan rata terletak rata di dada korang membantu untuk menaikkan kecantikkan fizikal badan korang tau.

Selain itu, gaya camp collar mempunyai pelbagai jenis warna dan juga corak santai untuk korang pilih tau. Min rekomen untuk pilih fit sedikit besar supaya mudah dipadankan dengan pakaian korang yang lain tau.

Corak Santai Yang Sesuai Dengan Gaya Kemeja NiPhoto from Pinterest

Keselesaan serta membantu korang untuk lebih santai menjadikan kemeja ini sangat sesuai untuk cuaca iklim negara kita. Korang akan tampil lebih bergaya dan menambah personaliti pada diri korang pada setiap pakaian. Jadi, pastikan korang ada satu kemeja kasual yang santai, selesa dan bergaya untuk lepak hari minggu nanti!

Kalau Nak Bergaya Memang Wajib Ada T-Shirt Yang Berkualiti Tau!

Pakai Baju T Je Pun Boleh Bergaya TauPhoto from Pinterest

Baju T adalah kawan baik bagi seorang lelaki kerana ia merupakana jenis pakaian paling popular yang boleh dipakai untuk pelbagai acara dari kasual sehingga formal. Diperbuat daripada kain kapas dan mempunyai leher bulat serta lengan pendek. Siapa je tak kenal atau takda baju t dalam koleksi betul tak?

Kalau korang nak tahu asalnya baju t bermula pada awal abad ke 20 dipakai sebagai pakaian dalam tau. ia diperbuat daripada kain tebal untuk dipakai oleh pelaut serta pekerja kasar untuk menempuh suhu cuaca sejuk. Pada tahun 1930-an, baju T mula dibuat menggunakan kapas menjadi popular sebagai pakaian kasual.

Baju T pula merupakan asas dalam pakaian fesyen harian kerana boleh dipakai dengan pelbagai jenis pakaian seperti jeans, seluar pendek dan jaket secara kasual ataupun formal tau.

Tips Dia Adalah Untuk Pilih Baju T Yang Sesuai Dengan KitaPhoto from Pinterest

Pastikan korang pilih baju T yang berkualiti tinggi kerana ia bukan sahaja diperbuat menggunakan kapas yang lebih baik tapi tahan lebih lama, memberi bentuk badan yang menarik serta keselesaan optimum tau. Selain itu, korang perlu beli warna asas dahulu seperti hitam, putih, kelabu.

Kemudian, barulah korang pilih warna-warna neutral, kontra untuk memberi korang fleksibiliti dalam koleksi pakaian korang tau. Tiada peraturan untuk bagaiman korang memakai baju T tapi Min syorkan untuk ambil saiz sedikit besar untuk nampak lebih trendy and bergaya tau.

Haa.. tunggu apa lagi, Min dah kongsi dekat korang 3 jenis baju wajib korang miliki tinggal korang je untuk beli dan nampak lebih bergaya!

Baju T Pun Boleh Jadi Formal Kalau Korang Kemas kan Diri!Photo from Pinterest

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok