6 Aktiviti Wajib Jika Ke Ipoh! Jom 'Roadtrip' Bersama Orang Tersayang
Cuti sekolah bakal menjelma tak lama lagi mungkin ibu bapa nak bawa anak bercuti ke Ipoh, kerana mempunyai pelbagai daya tarikan yang sesuai buat keluarga. Suasana, senibina dan tempat menarik di Ipoh ada sesetengahnya sangat unik, destinasi seumpamanya memang tiada di bandaraya utama lain di Malaysia. Oleh itu, tidak hairanlah rakyat Malaysia suka untuk melancong di dalam negara, Ipoh menjadi destinasi yang penuh dengan pengunjung dan menjadi pihan utama.
Photo from Amirah Halil
Jadi, kami nak kongsikan tempat yang menarik dan sesuai untuk anda mengembara bersama keluarga tersayang atau kawan-kawan anda semasa musim cuti nanti. Pelbagai destinasi pelancongan yang pelbagai konsep atau temanya samaada kawasan sejarah, air terjun, gua batu kapur, taman keriangan, taman rimba dan sebagainya. Ini dia 6 aktiviti yang anda boleh lakukan di Ipoh :
1. Tasik Cermin Gunung Rapat
Tersembunyi di kawasan pergunungan dan dikelilingi oleh gua batu kapur, Tasik Cermin adalah permata yang berharga di Ipoh. Akan tetapi, nak sampai ke sini pun boleh tahan juga ya. Anda kena berhati-hati untuk masuk ke tasik ini. Terdapat sebuah platform yang tidaklah terlalu besar yang disediakan untuk pengunjung melihat keindahan tasik cermin ini. Memandangkan tasik ini dikelilingi oleh bukit yang menghalang angin, maka permukaan airnya memang sangat tenang serta tidak bergelora.
Photo from Amirah Halil
Sebab itulah, namanya Tasik Cermin kerana ianya seolah-olah anda sedang melihat sebuah cermin yang besar dengan pantulan bukit batu kapur di atas permukaan air. Jalan menuju ke sini juga agak berdebu kerana banyak lori kuari & ianya bukanlah satu tempat menarik di Ipoh yang dikomersialkan secara meluas. Tasik Cermin ini berdekatan dengan kawasan kuari jadi kalau ke sini, sila berhati-hati.
Photo from Amirah Halil
Untuk membaca dengan lebih lanjut anda boleh baca disini : Tasik Cermin
📍Tasik Cermin, 31350 Ipoh, Perak
⏰9am-6pm (Monday- Sunday)
📞012-268 4116
🎟️Bayaran Masuk :
RM 2 | Dewasa
RM 1 | Kanak-kanak
RM 4 | Pelancong Asing
2. Kellie Castle
Destinasi bersejarah ini sangat popular di Perak. Walaupun ianya tidak terletak betul-betul di dalam Bandaraya Ipoh, ia masih berbaloi untuk anda lawati kerana jaraknya hanya sekitar 20 km sahaja. Malah, jika anda ingin pulang ke Kuala Lumpur, anda boleh singgah ke Kellie's Castle terlebih dahulu sebelum memasuki Lebuhraya Utara-Selatan.
Photo from Amirah Halil
Destinasi ini merupakan rumah agam besar atau istana lama yang telah dibina oleh Kellie, seorang warga Scotland. Pembinaannya bertujuan untuk didedikasikan kepada isterinya sebagai tanda kasih sayang. Walaupun struktur istana lama ini mempunyai ciri senibina Inggeris yang unik, ia tidak menghalang pelancong daripada terus melawat Kellie's Castle untuk melihat sendiri keunikan bangunannya.
📍 Kompleks Pelancongan Kellie's Castle Lot 48436, KM 5, 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak
⏰ 9:30am-5:15pm ( Setiap Hari )
📞05-365 3381
3.Kek Long Tong Cave Temple Dan Zen Garden
Satu tarikan alam semulajadi yang sangat popular di Ipoh adalah tokong Buddha yang terletak di dalam gua. Konsep destinasi pelancongan di sini lebih kurang dengan Batu Caves. Pemandangan struktur di dalam gua ini benar-benar mengagumkan dan dianggap berusia ribuan tahun.
Photo from Kek Long Temple
Walaupun destinasi ini lebih berfokus kepada tempat suci bagi kaum Buddha, tidak ada halangan bagi pelancong untuk datang melawat ke sini. Banyak pelancong dari luar negeri datang ke sini untuk melihat keunikan landskap gua yang mungkin hanya dapat ditemui di Sarawak. Di luar gua, terdapat juga Taman Zen yang menenangkan dan sesuai untuk jogging, berbasikal, mendayung di tasik dan pelbagai lagi.
Photo from Kek Long Temple
📍 Pesiaran Sepakat 3, TMN ENDAH JAYA, 31350 Ipoh, Perak
⏰8am-4:30pm (Setiap Hari )
📞05-312 8112
4. Kong Heng Square
Untuk merasai pengalaman sebenar kota hipster Ipoh, Anda boleh melawat Kong Heng Square yang terletak di kawasan Ipoh Old Town yang dikelilingi oleh bangunan dengan seni bina kolonial dan moden. Gabungan dua era ini memberikan lokasi ini keunikan tersendiri dan sangat sesuai untuk menjadi pusat jual-beli karya seni dan kerajinan, berkat aura kreatif yang terpancar di sekitar Kong Heng Square.
Photo from Nazirah
Selain produk kreatif, Anda juga akan menemui banyak kafe dan gerai makanan menarik di sini. Meskipun terdiri hanya daripada 3 lot, namun area ini penuh dengan kiosk dan gerai yang menggoda siapa saja untuk berhenti dan melihat-lihat. Dengan kombinasi seni bina yang unik, suasana hipster, dan pelbagai penawaran makanan yang menarik, Kong Heng Square menjadi destinasi yang menarik bagi mereka yang ingin mengeksplorasi dan mengalami intipati sebenar kota Ipoh yang kreatif dan trendy.
Photo from Nazirah
📍 75a, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak
5. Pavillion Petting Zoo
Para penggemar haiwan pastinya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pavilion Petting Zoo yang terletak di Jalan Jelapang-Chemor. Beroperasi sejak tahun 2020, para pengunjung pasti teruja apabila ‘disambut’ lebih 40 haiwan yang jinak di sini. Idea asal Pavilion Petting Zoo kerana pengasasnya sendiri, Syariff Yahya berasa sukar untuk membawa anak-anaknya ke Zoo Taiping yang berjarak 70 km dari Ipoh. Lalu beliau membina sebuah zoo mini di atas tanah seluas 6.7 ekar dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Veterinar.
Photo from Azman Ibrahim
Antara haiwan yang ada disini ialah kuda, iguana, landak, kucing parsi, kura-kura, kambing, ayam belanda, itik, arnab, burung unta, burung puyuh, tikus belanda dan pelbagai jenis burung seperti ayam sutera, ayam selasih dan banyak lagi. Inilah peluang bagi setiap pengunjung mengenali spesies-spesies yang jarang kita lihat. Terutama spesies ayam yang mempunyai bentuk dan warna yang berbeza.
Photo from Azman Ibrahim
📍Taman Rekreasi Gunung Lang, 30010 Ipoh, Perak
⏰10am-6pm ( Setiap Hari)
📞019-900 9079
🎟️Harga Tiket : RM 6 ( Dewasa Dan Kanak-Kanak )
6.Taman Rekreasi Gunung Lang
Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, yang sebelumnya dikenali sebagai Jalan Kuala Kangsar, terdapat sebuah taman rekreasi yang dikelilingi oleh pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan. Untuk sampai ke taman rekreasi ini, anda perlu menaiki bot yang akan membawa anda melintasi tasik sambil menikmati pemandangan indah bukit batu kapur.
Photo from Azman Ibrahim
Setelah tiba di taman rekreasi ini, anda akan terpesona dengan air terjun buatan manusia yang terletak di atas bukit batu kapur. Bagi mereka yang membawa anak-anak, taman rekreasi ini juga dilengkapi dengan taman permainan dan mini zoo yang menyeronokkan. Setelah berjalan-jalan, anda juga dapat naik menara pemandangan untuk menikmati keindahan taman ini dengan sepenuh hati sebelum pulang.
📍Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak
⏰8.30am-6pm ( Setiap Hari )
📞05-208 3333
Anda Mungkin Suka :