Nasi Ayam Resipi Tradisional Hainan Ada Di Shah Alam!
Sebut je Nasi ayam sudah pasti setiap orang Malaysia pasti mengenal hidangan klasik ini kan? Maklumlah iannya adalah antara hidangan paling popular dari kanak-kanak sehingga dewasa kan! Haa.. korang tahu tak dekat Shah Alam ada sebuah kedai menghidangkan Nasi Ayam paling sedap tau!
Korang mesti tak percaya kan Shah Alam ada kedai yang menghidangkan masakan tradisional Hainan ni kan. Kalau korang nak tahu, hidangan ini berasal dari Pulau Hainan, China tau dan telah diadaptasi serta dikembangka dengan pelbagai cara di Asia Tenggara.
Photo from CRG Chicken Rice Guys
Nama kedai itu adalah Chicken Rice Guys (CRG) tau! Kedai ni sangat popular di kalangan penduduk Shah Alam dan peminat-peminat Nasi Ayam yang mengatakan kedai ni menjual nasi ayam paling sedap serta original tau.
Nak tahu apa lagi menarik di CRG? Pastikan korang baca sampai habis. Jom!
Nasi Ayam Hainan Paling Sedap Tau Di Shah Alam Menggunakan Resipi Authentik & Turun Temurun!
Photo from Zulsyikrin Basarudin
Kalau korang nak tahu, CRG ni menyediakan Nasi Ayam mereka mengikut resipi tradisional dari Pulau Hainan tau!
Nasi dimasak dalam stok ayam bersama rempah ratus seperti halia, bawang putih untuk memberikan rasa wangi dan enak. Selain itu, ayam mereka akan dimasak secara kukus, rebus ataupun panggang sehingga menjadi lembut sesuai dipadankan bersama nasi wangi itu tau.
Photo from Haji D
Bukan itu sahaja, CRG akan memastikan setiap Nasi Ayam yang dihidangkan pada meja pelanggan mereka adalah mencapai kualiti mereka iaitu nasi wang dimasak dengan sempurna dan ayam ranggup, lembap dan lembut untuk memberi korang kenikmatan sepenuhnya.
Walaupun Ramai Orang, Korang Jangan Risau Kerana Servis Kat Sini Pantas & Cepat Tau!
Photo from rizzai
Kalau korang nak tahu, CRG ni memang popular di kawasan Shah Alam tau sehinggakan mereka telah buka berberapa cawangan lain jugak tau seperti bandar Subang Jaya dan Klang tau. Jika korang berdekatan antara dua bandar ini, korang boleh pergi ke lokasi lain selain di Shah Alam!
Bukan itu je tau, kerana lokasinya di Shah Alam berada berdekatan dengan kawasan universiti, perumahan dan juga berberapa ofis. Pelanggan-pelanggan mereka sanggup beratur panjang tau lagi-lagi waktu makan tengah hari.
Tapi, korang jangan risau kerana CRG akan memastikan servis mereka kekal pantas, efisen dan juga cepat supaya korang tidak perlu tunggu lama ataupun dapat servis yang kurang baik.
Photo from Abdul Muizz Zulkifli
Haa.. bukan makanan je tau yang bagus dekat sini, setiap hidangan di CRG akan dimasak menggunakan bahan berkualiti tinggi dan ayam yang segar supaya untuk memastikan setiap suapan korang dipenuhi dengan rasa yang sedap!
Psst.. Min nak bagitau bukan makanan je sedap tau, harga menu mereka pun sangat berpatutan!
Korang Bukan Peminat Nasi Ayam? Jangan Risau Kerana CRG Ada Menu Masakan Cina Original Yang Sedap Jugak Tau!
Photo from CRG Chicken Rice Guys
Haa.. walaupun CRG ni popular dengan menu Nasi Ayam, korang pun boleh dapatkan makanan lain dalam menu hidangan diorang tau. Menu di CRG memberi fokus kepada Masakan Cina Muslim tau.
Antara hidangan popular selain nasi ayam adalah Wantan Mee, Itik Goreng Rempah, Wantan Mee Ayam, Mi Kari, Sayur Pak Choy, Nasi Itik Panggang dan Wantan Goreng untuk korang yang kurang gemar makan nasi ayam.
Jangan risau tau, CRG memang memastikan setiap hidangan mereka akan dimasak sehingga sempurna supaya korang dapat menikmati setiap bahan dan rasa yang sukar digambarkan tau! Sebab tulah mereka mempunyai pelanggan tetap dan juga peminat-peminat tau.
Photo from CRG Chicken Rice Guys
Secara keseluruhannya, Min rekomen untuk korang singgah di CRG Shah Alam ataupun di lokasi lain berdekatan dengan korang untuk menikmati Nasi Ayam paling sedap dan juga menu masakan Cina Muslim yang bakal buat korang terliur!
📍40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
⏰8 am - 7 pm (Isnin - Ahad)
❤️Melarikan diri ke vila Gerimis Senja yang terinspirasi Bali di Selangor untuk penginapan staycation anda yang terbaik. | Jom Explore
❤️Temukan Keindahan Tenang di Kuak Hill Resort - Penginapan Villa dan Glamping di Lenggong, Kuala Kangsar | Jom Explore