download Jom Explore app
Belajar Simbol Mendobi Untuk Elakkan Pakaian Korang Cepat Rosak!

Belajar Simbol Mendobi Untuk Elakkan Pakaian Korang Cepat Rosak!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 08 May 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Korang pernah tak alami situasi pakaian kegemaran korang rosak, pudar ataupun kecut selepas sesi mendobi? Perasaan kecewa campur sedih pasti datang kan! Min ada tips untuk kongsikan bersama korang untuk elakkan perkara seperti ini berlaku lagi dalam kehidupan korang!

Haa.. kalau korang nak tahu setiap pakaian mempunyai tag yang menunjukkan berberapa jenis simbol termasuklah cara menjaga pakaian selepas dibasuh untuk mengelakkan pakaian korang mudah rosak.

Baju Korang Lagi Cepat Rosak Kalau DIbasuh Dengan Tidak BetulPhoto from Canva

Tapi, ramai di antara kita termasuk Min jugak mengalami kesukaran untuk memahami setiap maksud simbol mencuci dengan betul kan? Kalau macam tu pastikan korang baca artikel ni sampai habis untuk menyelamatkan pakaian kegemaran korang tu dari mudah rosak. Jom!

Kenali Terlebih Dahulu Setiap Simbol Dobi Pada Pakaian Korang Tu!

Boleh Pening Kepala Kalau Korang Tak Faham Maksud Simbol IniPhoto from Maids

Kalau korang nak tahu, simbol dobi seringkali sukar difahami kerana terdapat pelbagai ikon kecil yang memberi maksud yang berbeza. Simbol ini diletakkan untuk menunjukkan cara mencuci serta menjaga dengan betul.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu korang untuk mengelakkan pakaian korang rosak ketika process pencucian.

Paling penting sekali adalah untuk korang mengenal pasti lima kategori utama iaitu, mencuci (washing), pemutihan (bleaching), pengeringan (drying), menggosok (ironing) dan kering bersih (dry cleaning).

Mesin Basuh Moden Mempunyai Pelbagai Jenis Kitaran Mengikut Pakaian KorangPhoto from Canva

Selepas ini, pastikan korang melihat terlebih dahulu simbol mendobi sebelum membasuh pakaian korang tu!

Pastikkan Korang Tetapkan Suhu Air Yang Betul! Kalau Tak, Lagi Cepat Rosaklah Baju Korang Tu

Suhu Air Yang Betul Dapat Meningkatkan Jangka Hayat Pakaian KorangPhoto from Canva

Haa.. antara perkara paling utama untuk menjaga pakaian korang adalah menetapkan suhu air serta jenis kitaran dengan betul. Setiap pakaian diperbuat daripada pelbagai jenis kain ataupun kombinasi kain yang berbeza tau.

Walaupun kebanyakkan pakaian korang diperbuat daripada kain kapas. Ini tidak bermaksud setiap pakaian itu mempunyai cara penjagaan atau membasuh yang sama tau!

Antara perkara penting untuk memahami simbol pencucian adalah simbol tabung diisi dengan air melambangkan pakaian boleh dicuci manakal simbol diberi tanda 'X' bermaksud pakaian korang tidak boleh dicuci tau.

Setiap Kitaran Sesuai Mengikut Jenis Pakaian KorangPhoto from Canva

Selain itu, nombor yang ditulis dalam simbol tabung merujuk kepada suhu air yang perlu ditetapkan yang sesuai dengan pakaian korang tu!

Tak Semua Pakaian Korang Boleh Dimasukkan Ke Dalam Mesin Pengering Tau!

Tak Semua Pakaian Sesuai Untuk Dimasukkan Ke Dalam Mesin Pengering!Photo from Canva

Haa.. maklumlah Min faham tidak ramai mempunyai masa untuk menjemur setiap pakaian korang kan sebab itulah mesin pengering semakin popular dalam negara lagi-lagi waktu musim hujan ini kan. Cepat je kering pakaian kita kan?

Tapi korang perasan tak berberapa pakaian korang mengecut? Haa.. kalau korang nak tahu tak semua pakaian korang boleh dimasukkan ke dalam mesin pengering tau! Ini adalah penyebab utama mengapa pakaian korang cepat sangat mengecut.

Simbol pengeringan menunjukkan bagaimana pakaian sesuai dikeringkan tau. Simbol segi empat dengan bulatan dalamnnya bermaksud pakaian korang sesuai digunakan mesin kering tau. Manakala, bulatan dengan garis melintang bermaksud pakaian korang tidak sesuai dengan mesin kering tau.

Ada Sesetengah Pakaian Lebih Sesuai Dijemur Sahaja Tau!Photo from Canva

Haa.. pastikkan korang asingkan pakaian yang sesuai untuk dikeringkan dan tidak sesuai untuk lebih memudahakan proses mendobi korang selepas ini.

Jangan Tetapkan Setrika Korang Terlebih Panas! Boleh Terbakar Pakaian Korang Tu

Beli Setrika Berkualiti Dapat Elakkan Pakaian Korang Dimakan Dengan SetrikaPhoto from Canva

Siapa je tidak pernah alami setrika 'makan' kain pakaian korang tu kan? Lagi-lagi wanita yang sedang membaca artikel ini mengalami perasaan kecewa melihat tudung kegemaran mereka rosak akibat dimakan dengan setrika panas.

Haa.. kalau korang nak tahu tidak semua pakaian mempunyai suhu yang sama ketika menggunakan setrika tau. Ada pakaian yang tidak boleh digunakan langsung tau!

Simbol Menggosok pula adalah merujuk kepada jenis suhu yang sesuai digunakan pada pakaian korang itu. Satu titik merujuk kepada suhu rendah manakal tiga titik merujuk kepada suhu paling tinggi.

Pastikkan Korang Tetapkan Suhu Yang Betul Di Setrika Korang Tu Sebelum Menggosok PakaianPhoto from Canva

Secara mudahnya, korang kena tetapkan suhu setrika korang dengan betul mengikut pakaian korang tu sebelum menggosok pakaian korang supaya tragedi setrika makan pakaian korang boleh dielakkan!

Dah Kenal Simbol Pencucian Dengan Betul? Jadi Tak Perlulah Korang Hadapi Situasi Pakaian Rosak Lagi Kan!

Menjaga Pakaian Korang Dengan Betul Dapat Menjimatkan Duit Korang TauPhoto from Canva

Haa.. memahami simbol-simbol pencucian dapat membantu korang tau untuk menjaga pakaian dengan betul sekaligus meningkat jangka hayat pakaian korang tu.

Kalau korang kurang pasti tentang berberapa simbol yang jarang korang lalui, korang pun boleh rujuk kepada berberapa kedai dobi professional yang dapat mengajar korang jugak tau untuk memahami label penjagaan pakaian korang!

Jadi, selepas ini makin berkuranglah korang menangis lihat pakaian korang rosak kan!

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok