download Jom Explore app
The Blue Mansion Menjadi Ikon Georgetown Lebih 100 Tahun

The Blue Mansion Menjadi Ikon Georgetown Lebih 100 Tahun

Jom! Cuti
By Muhammad Aliff on 27 Apr 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Terletak di bandar bersejarah Georgetown yang terkenal dengan kepelbagaian warisan budaya, The Blue Mansion atau lebih dikenali sebagai Cheong Fatt Tze Mansion merupakan antara bangunan bersejarah paling ikonik membuka mata dunia kepada peninggalan seni bina era kolonial dalam negara.

Haa.. walaupun Georgetown terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap untuk korang nikmati ketika cuti, tetapi banyak tau bangunan yang masih mengekalkan senibina era kolonial yang sangat berbeza dengan senibina moden dalam negara kita.

Kalau korang nak tahu, The Blue Mansion ni merupakan antara bangunan lama paling penting tau! Senibina, kisahnya dan imej beliau bukan sahaja memberi gambaran bagaimana rupa negara pada waktu kolonial malah turut dibintangi dalam berberapa filem antarabangsa tau.

The Blue Mansion Yang Semakin Popular Di Mata Satu Dunia TauPhoto from Atlas Obscura

Haa.. menarik kan? Korang nak tahu apa lagi menarik tentang The Blue Mansion ni? Korang kena baca artikel yang Min tulis ni sampai habis!

Ingin Mengekalkan Seni Bina Tradisional Dan Budaya Cina Menjadi Inspirasi Bagi Cheong Fatt Tze

Warna Biru Indigo Yang Menjadi Sinonim Dengan Bangunan IniPhoto from Twitter | AryQuintella

Cheong Fatt Tze merupakan seorang pedangang dan diplomat dari Cina bagi Dinasti Qing yang hidup pada akhir abad ke-19 sehingga awal abad ke-20.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai peniaga teh dan mengembangkan perniagaannya dengan menjual getah, timah menjadikan beliau seorang pedagang yang terkaya serta berpengaruh di Asia Tenggara tau.

Haa.. kerana pengaruh beliau dilantik sebagai konsul-jeneral China di Singapure kemudian di Pulau Pinang lalu membina The Blue Mansion sebagai rumah kediamannya.

Antara Lokasi Yang Sesuai Untuk Korang OOTDPhoto from Twitter | iwanqais

Kalau korang nak tahu, Cheong Fatt Tze ingin mengekalkan seni bina budaya Cina yang korang dapat lihat pada ukiran dan butiran yang amat rumit tau. Selain itu, The Blue Mansion pula amat popular dengan warna dinding Biru yang amat menonjol diperbuat daripada campuran kapur, nila dan telur putih tau.

Setiap Bahagian Dibina Dengan Tujuan TauPhoto from Twitter | iwanqais

Dibina Semula Untuk Dijadikan Tempat Penginapan Yang Memberikan Pengalaman Yang Sukar Dilupakan

Antara Biik Yang Ditawarkan Untuk Keselesaan Korang TauPhoto from Twitter | Iwanqais

Haa.. kalau korang nak tahu, The Blue Mansion ni telah mengalami berberapa kerosakkan kerana faktor kewangan tetapi telah dipulihkan dengan teliti bagi meningkatkan semula kecantikkan bangunan bersejarah ini tau.

Segala butiran yang rumit seperti ukiran kayu, tingkap kaca berwarna, jubin berwarna-warni diberi nafas baru supaya korang dapat menikmati permandangan yang sukar digambarkan apabila berjalan dalam kawasan ini.

Selain Daripada Bilik, Terdapat Tempat Untuk Korang BerehatPhoto from Cheongfatttzemansion

Selain itu, The Blue Mansion turut menawarkan pakej penginapan dan restoran sendiri tau! Haa.. kalau korang nak tahu terdapat 38 bilik yang dihiasi dengan gaya antik mencerminkan warisan serta sejarah bangunan ini. Korang jangan risau, setiap bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan fasiliti moden seperti penghawa dingin, Wi-Fi dengan berberapa barang antik.

Setiap Sudut Memang Cantik Yang Sukar DigambarkanPhoto from Sarah_hsiaa

Manjakkan Diri Korang Dalam The Indigo Restaurant Menawarkan Makanan Mewah Dalam Suasana Yang Romantik

Suasana Intimasi Memberikan Suasana RomantikPhoto from Klook

Selain dijadikan sebuah butik hotel, The Blue Mansion turut menawarkan sebuah restorant 'fine dining' iaitu Restoran Indigo. Restoran ini menawarkan pengalaman makan yang unik dengan menu masakan tradisional Malaysia dan Barat hanya menggunakan bahan-bahan segar serta berkualiti tinggi untuk memikat selera makan korang.

Kalau korang nak tahu, restoran ini diatur dengan susunan yang terperinci untuk memberikan suasana yang elegan dan intimasi bersama pasangan korang tau. Dihiasi dengan perabot antik, siling yang tinggi memberikan sebuah suasana yang sempurna untuk makan malam yang romantik tau!

Antara Makanan Yang Dihidangkan Di The Indigo RestaurantPhoto from Trip Advisor

Selain itu, korang juga boleh memilih untuk menikmati hidangan dalam bangunan, dikelilingi oleh seni bina yang cantik serta dipenuhi dengan taman hijau di sekitar kawasannya.

Menu restoran ini disusun dengan teliti dengan menggunakan bahan-bahan tempatan serta teknik masakan tradisional untuk mencipta sebuah hidangan inovatif. Selain itu, restoran ini turut merayakan warisan dan tradisi Pulau Pinang menjadikkan sebuah restoran yang wajib korang nikmati tau!

Selain The Indigo Restaurant, Terdapat Cafe Untuk Korang Nikmati TauPhoto from TW | ashraffjihadi_

Menjadi Lambang UNESCO & Dibintangi Dalam Berberapa Filem Antarabangsa

Kawasan Yang Menjadi Ikonik Selepas Filem 'Crazy Rich Asian''Photo from Trip Advisor

Kalau korang nak tahu, The Blue Mansion telah dianugerahkan Anugerah Warisan Budaya UNESCO Asia-Pasifik untuk pemuliharaan warisan budaya pada tahun 2000 tau. Selain daripada fungsi sebagai hotel, korang juga boleh melawati muzium untuk mengenali sejarah bangunan dan Pulau Pinang tau.

Selain itu, filem antarabangsa, 'Crazy Rich Asian' yang dibintangi oleh Tan Sri Dato' Michelle Yeoh menjadikan The Blue Mansion antara lokasi paling unik dalam filem tersebut tau.

Dibintangi oleh Tan Sri Dato' Michelle Yeoh Di Kawasan Blue MansionPhoto from Discover KL

Haa.. secara keseluruhan, Min rekomen korang untuk pergi ke The Blue Mansion ini kerana warisan kebudayaan yang terdapat pada bangunan ini sahaja sudah cukup untuk kita mengenali sejarah negara dan pembangunan negara sejak zaman kolonial lagi. Selain itu, korang pun dapat menikmati makanan yang sedap dihidang hanya di restoran beliau!

Psst.. korang tahu tak Malaysia Airlines (MAS) ada buat MHVacaypass tau yang menawarkan pas untuk korang bercuti sakan di pelbagai lokasi termasuklah Di Pulau Pinang Tau! Nak info lanjut? Korang kena tekan link ini!

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok