Rehat Selesa di Tinyscale Homestay Melaka, Siap dengan Kolam Renang Privasi!
Nak cari homestay yang dekat dengan Bandar Melaka? Apa kata cuba Tinyscale Homestay, Melaka—lokasi strategik hanya 15 hingga 20 minit dari pusat bandar! Homestay ini bukan saja selesa, malah sesuai untuk keluarga, terutama yang ada anak kecil.
Dari sini, korang boleh terokai pelbagai tempat menarik, termasuk lokasi bersejarah dan deretan kedai makan yang sedap-sedap belaka. Sebelum keluar menikmati keindahan Melaka, pastikan korang menginap di tempat yang selesa macam ni!
Photo from Tinyscale
Konsep Tinyscale Homestay
Walaupun homestay ini di kawasan kejiranan tetapi sangat selesa dan juga mewah. Tinyscale pada asalnya adalah sebuah rumah teres 2 tingkat biasa. Namun ianya sudahpun diubahsuai dengan rekabentuk hiasan dalaman berkonsepkan industri.
Photo from Tinyscale
Dekorasi di sini memang sangat kemas dan setiap sudut di rumah ini adalah sangat ‘instagramworthy’. Memang sangat sesuai untuk korang yang suka bergambar. Designnya pula menggunakan gabungan moden dan rustic dari interior hinggalah ke perabot mereka.
Bilik Yang Disediakan
Tinyscale Homestay Melaka mempunyai 4 bilik yang boleh menampung antara 10 hingga 12 orang pada satu masa. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin yang menjadikan pengalaman menginap tetamu semakin selesa. Selain itu, penginapan ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti wifi, TV, dan penapis air bagi keselesaan dan kemudahan tetamu.
Photo from Tinyscale
Di tingkat atas, terdapat 3 bilik tidur. Bilik masterbedroom dilengkapi dengan katil bersaiz King serta bersambung dengan bilik air. Bilik kedua pula disediakan katil double decker beserta dengan tilam tambahan. Manakala bilik ketiga pula lengkap dengan katil bersaiz queen.
Photo from Tinyscale
Di tingkat bawah, terdapat sebuah bilik keluarga. Ianya mempunyai dua buah katil Queen dan memang selesa untuk keluarga yang datang bersama anak kecil. Lebih menarik, ianya bersambung dengan sebuah kolam renang kecil. Memang sesuai sangat untuk kanak-kanak.
Photo from Tinyscale
Kemudahan Yang Disediakan
Selain itu, Tinyscale Homestay Melaka juga mempunyai kemudahan ruang tamu yang luas, dapur dan balkoni yang menawarkan pemandangan kota yang menakjubkan. Penginapan ini juga menyediakan tempat letak kereta percuma untuk tetamu yang membawa kenderaan peribadi .Yang paling seronok sekali ialah mereka juga menyediakan kolam mandi untuk anak-anak bermandi-manda dan ianya terletak di hadapan bilik utama.
Photo from Tinyscale
Selain itu jika anda menginap di sini, anda boleh ber-BBQ pada waktu malam. Peralatan BBQ disediakan secara percuma untuk anda yang menginap disini. Korang hanya perlu beli bahan mentah seperti ikan, ayam, udang dan sate. Untuk dipanggang sahaja. Bahagian dapur homestay ini juga lengkap dengan perkakas seperti dapur, peralatan memasak dan peti sejuk. Jadi untuk korang yang nak memasak semasa dekat sini memang tak ada masalah.
Photo from Tinyscale
Keseluruhannya boleh dikatakan memang best homestay ni. Harga satu malam tempat ni adalah RM600 (weekdays) dan RM740 (Weekend/Cuti Sekolah/Cuti Umum). Jadi kalau nak homestay yang cantik dan selesa serta berdekatan dengan bandar Melaka korang boleh tempah disini terus.
📍No 16, Jalan Seri Duyong 1/19 Taman Seri Duyong, Sek 1, 75460, Melaka
📞017-306 1899
Korang Mungkin Suka: