download Jom Explore app
Para Peminat One Piece, Jangan Lepaskan Peluang Untuk Ke Pameran One Piece, The Great Era Of Piracy Di Resorts World Genting!

Para Peminat One Piece, Jangan Lepaskan Peluang Untuk Ke Pameran One Piece, The Great Era Of Piracy Di Resorts World Genting!

Hot & Viral
By Nurul Khaleeda on 30 Mar 2023
Digital Editor

Siapa sini peminat Luffy? Atau pun siri anime popular dari Jepun iaitu One Piece? Kami ada berita baik untuk anda kerana pameran One Piece "The Great Era Of Piracy" bakal berlabuh di Malaysia pada 23 Mac sehingga 8 Mei 2023.

Poster One PiecePhoto from Onepiecetourasia

Untuk pengetahuan anda, siri anime One Piece ini mengisahkan seorang lanun bernama Monkey D. Luffy yang mencari harta karun milik Gol D. Roger untuk menjadi lanun terbaik sepanjang zaman. Anime ini juga sangat popular baik di Jepun dan seluruh dunia setaraf dengan populariti anime seperti Naruto, Dragon Ball dan juga Attack On Titan!  

Shirahoshi Si Puteri DuyungPhoto from Shirahoshi Si Puteri Duyung

Pameran One Piece pertama dan terbesar di Asia Tenggara! 

Dan kini, pameran One Piece "The Great Era of Piracy" yang bakal berlangsung di Pavilion, Skytropolis Indoor Theme Park, Genting Highland bakal menjadi pameran One Piece pertama dan terbesar di Asia Tenggara.  

Boleh Bergambar bersama LuffyPhoto from Jom Explore

Peta Perjalanan Untuk Mengembara Bersama One PiecePhoto from Jom Explore

Apa yang best mengenai pameran yang bakal berlabuh selama 47 hari ini? Peminat setia siri One Piece bakal berpeluang untuk merasai sendiri penjelajahan penuh epik lanun topi jerami kesayangan mereka menerusi pameran seluas 25,000 kaki persegi.  

Bergambar dengan karakter One PiecePhoto from Girl Style Malaysia

Permainan Yang DianjurkanPhoto from Jom Explore

Tak cukup itu, terdapat 21 zon tematik, zon ikonik dan juga arca bersaiz sebenar memberikan para peminat dari semua peringkat umur peluang untuk merasai sendiri pengalaman seakan-akan berada di dalam dunia One Piece.  Anggaran tempoh masa untuk menyelusuri pameran One Piece ini adalah lebih kurang 45 sehingga 90 minit.  

Boleh Bergambar bersama Arca Luffy Photo from Jom Explore

Patung Roronoa zoroPhoto from Girl Style Malaysia

Bawa pulang hadiah menarik  

Bukan itu sahaja tau, para peminat juga boleh bermain permainan interaktif AR di sesetengah zon dan mengutip seberapa banyak markah dan di akhir permainan nanti, mereka berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik! Seronoknya kan? 

AR zone gamePhoto from Girl Style Malaysia

Hadiah Yang Bakal DimenangiPhoto from Girl Style Malaysia

Kalau anda rasa tak puas berada di ekspo ini, anda juga boleh berjalan-jalan di ‘Jalan Desa Wano’ (Wano Country Street) yang berada di penghujung pameran. Jika anda tertanya-tanya apa yang anda boleh lakukan di sini, jangan risau kerana di sini juga ada banyak aktiviti menarik di mini karnival ini.  

Patung Vinsmoke SanjiPhoto from Jom Explore

Seperti mini karnival yang lain, anda boleh main pelbagai permainan dan bawa pulang hadiah eksklusif yang menarik. Wah, banyak betul hadiah menarik yang boleh dimenangi di sini kan?

One Piece MerchadisePhoto from Jom Explore

Barangan eksklusif One Piece hanya di pameran ini sahaja! 

Berita baik buat peminat One Piece supaya mereka hanya mempunyai memori indah semasa berada di pameran ini apabila barangan edisi terhad anime tersebut hanya akan dijual hanya di pameran ini sahaja! Tempat lain memang tak ada. Bagaimanapun, jualan barangan ini mempunyai tempoh masa terhad. Oleh itu, dapatkannya sebelum terlambat.  

One Piece Merchadise Photo from Jom Explore

One Piece MugPhoto from Jom Explore

Baiklah, anda semua mesti dah teruja kan nak pergi ke pameran ini kan. Harga tiket untuk dewasa warganegara adalah RM90 manakala untuk bukan warganegara adalah RM110. 

Harga Tiket One PiecePhoto from Girl Style Malaysia

Sementara itu, untuk warga tua, kanak-kanak dan pelajar adalah RM50 manakala kanak-kanak bawah tiga tahun pula tiada bayaran dikenakan.  

Bayar Menggunakan SkyCardPhoto from Bayar Menggunakan SkyCard

Oh ya, terdapat juga potongan 10 peratus buat ahli Genting Rewards di mana mereka harus membeli tiket di kaunter Pavilion, Skytropolis Indoor Theme Park bermula 23 Mac 2023 hingga 8 Mei 2023. Tunjukkan kad Genting Rewards anda untuk menikmati tawaran eksklusif ini. Harga tidak termasuk yuran pemprosesan sebanyak RM4 (tertakluk pada terma dan syarat). 

? Resorts World Genting, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

⏰ 10am-10pm ( Isnin - Ahad )

?03-6101 1118

Tawaran menarik Ramadan 

Selain itu, mereka juga menyediakan tawaran hidangan berbuka puasa di Jom Makan Street Food yang menyediakan set nasi tomato untuk berbuka puasa yang berharga RM 32. Hidangan yang diberikan bukan sahaja set nasi tomato tapi berserta Air, bubur chacha dan juga kurma. Hidangan yang diberikan cukup lengkap dan juga sedap! Tawaran set ramadan ini dari 23/3 -24/4/2023, bermula dari 12pm.

Set Nasi TomatoPhoto from Jom Explore

? Resorts Worlds Genting, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

⏰ 10am-10pm ( Isnin - Ahad )

?03-6101 1118

Pakej Ramadan Di Tepi Pantai ini menawarkan pengalaman istimewa buat anda dan pasangan. Dengan penginapan di bilik premier yang luas dan menghadap laut serta bufet sahur dan berbuka puasa di Restoran Kampung yang menyajikan makanan melayu asli, pasti akan menjadi pengalaman yang tak terlupakan.

Bilik Yang DisediakanPhoto from Resorts World Kijal

Namun, jangan lupa untuk membuat tempahan secepat mungkin dan membaca terma dan syarat pakej sebelum membeli untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Selamat menikmati pengalaman di Resort Worlds Kijal, Terengganu! 

Buffet Ramadan Yang DisediakanPhoto from Buffet Ramadan Yang Disediakan

?Km 28, 24210, Jalan Kemaman - Dungun, Kampung Meraga Beris, 24100 Kijal, Terengganu

?09-864 1188

Ditampilkan Untuk : One Piece “The Great Era of Piracy” Exhibition Asia Tour & Tawaran Menarik Ramadan Resorts World Genting & Resorts World Kijal

 



📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok