download Jom Explore app
[Ramadan 2023] 5 Lokasi Unik Untuk 'OOTD' Korang Raya Nanti

[Ramadan 2023] 5 Lokasi Unik Untuk 'OOTD' Korang Raya Nanti

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 11 Apr 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Antara tradisi waktu Raya nanti sudah semestinya mengambil gambar bersama keluarga, pasangan ataupun rakan-rakan rapat kita menghiburkan suasana dan juga mengambit kenang.

Tapi korang tahu tak terdapat 5 lokasi yang korang boleh pergi untuk membuatkan gambar korang lebih unik dan menarik berbanding rakan-rakan korang tau! So, lepas ni boleh lah korang berlagak di media sosial gambar korang paling cantik dan unik kan!

Suasana Raya Bersama Keluarga TercintaPhoto from Sumber Gambar: Canva

Haa.. tak percaya dengan kata Min? Korang baca list yang Min dah kumpulkan untuk mengetahui 5 lokasi tersebut.

1. Muzium Dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Ini Tangga Wajib Untuk Dapatkan Gambar KorangPhoto from Sumber Gambar: IG | silontev.eth

Kalau korang nak tahu, Bank Negara Malaysia mempunyai muzium dan galeri seni tersendiri tau yang memaparkan pelbagai koleksi seni seperti lukisan, printspaintings dan ukiran yang dimilik oleh Central Bank of Malaysia. Ini merupakan usaha Bank Negara untuk memberi sokongan kepada pengiat seni tanah air sekaligus menunjukkan keunikkan serta keindahan hasil kemajuan seni dalam negara.

Latar Belakang Yang Sesuai Untuk OOTD KorangPhoto from Sumber Gambar: IG | yotinnh

Paling menarik sekali adalah ia memaparkan gaya seni binaan arkitek yang bukan sahaja moden tapi sangat unik memberi nafas baru untuk korang mengambil gambar raya nanti. Terdapat pelbagai gaya serta angle untuk korang cuba mengikut kreativiti korang untuk mengambil gambar terbaik di Muzium dan Galeri Seni ni tau.

Galeri Ini Dah Macam Luar Negara DahPhoto from Sumber Gambar: IG | yotinnh

Selain itu, korang juga dapat mempelajari pelbagai perkara serta melihat koleksi seni yang direka oleh bakat negara kita sendiri! Min syorkan korang tangkap gambar dekat pelbagai pameran yang ada untuk memberikan sedikit keunikkan dekat gambar raya korang nanti.

2. Saloma Link Bridge

Motif Pintasan Saloma Mengeluarkan Rupa Yang Cantik Untuk Gambar Korang TauPhoto from Sumber Gambar: IG | __.kiys

Antara mercu tanda baharu dalam negara kita adalah Jambatan hibrid pejalan kaki dan basikal dikenali sebagai Pintasan Saloma merentasi Sungai Klang sepanjang 69 meter tau!

Pintasan Saloma ini juga menghubungkan daerah Kampung Baru dan Pusat Bandar Kuala Lumpur. Korang boleh akses jambatan dari aras jalan melalui laluan jalan kaki ataupun tangga serta lif di bahagian Kampung Baru. Menariknya tentang Pintasan ini adalah motif sireh junjung menjadi inspirasi utama ketika pembinaan reka bentuk jambatan ini.

Haa Angle Macam Ni Sangat Popular Tau!Photo from Sumber Gambar: IG | Juliesntq

Haa.. banyak tau gaya ataupun lokasi di sekitar Pintasan Saloma untuk korang mengambil gambar yang unik dan cantik. Paling seronok, kalau korang lapar sekitar kawasan Kampung Baru terdapat pelbagai kedai makanan yang boleh korang kunjungi dan cuba!

3. Changkat, Bukit Bintang

Sedikit Kelainan Bertemakan Retro Photo from Sumber Gambar: IG | Jemfirmalo

Siapa sini raya di bandar bukan di kampung? Korang boleh gang dengan Min tau! Walaupun kita bukan berada di suasana kampung, beraya di bandar KL ini pun seronok jugak tau. Haa.. sebab tulah Min syorkan korang tangkap gambar raya korang dekat sini!

Terdapat pelbagai mural, corak yang memberi impak dekat gambar korang tau! Sedikit kelainnan serta keunikkan berlatar belakangkan corak-corak mural yang cantik.

Laman Seni Memberikan Pelbagai Latar Belakang Yang Cantik TauPhoto from Sumber Gambar: nurainazaila_

Korang juga mempunyai pelbagai pilihan untuk lakukan pose yang berbeza untuk korang cuba memenuhi feed media sosial rakan-rakan korang dengan gambar yang sangat cantik!

4. Astaka Morocco, Putrajaya

Sumber Gambar: IG | kira.jamalPhoto from Sumber Gambar: IG | kira.jamal

Antara lokasi yang sangat unik kerana ia menggabungkan dua jenis seni binaan daripada dua negara yang sangat berbeza iaitu negara kita dan juga negara Morocco.

Astaka Morocco terletak dalam Taman Botani Putrajaya dilengkapkan dengan taman dan tasik memang sesuai utnuk gambar raya korang nanti.

Kalau kornag nak tahu, segala susunan mozek, seni bina dan ukiran ini dihasilkan oleh pakar seni bina daripada negara Morocco tau dan ia mengambil masa 2 tahun dengan bahan yang dibawa terus dari negara itu.

Gerbang Inspirasi Dari Negara Timur Tengah Mempunyai Pelbagai Motif UnikPhoto from Sumber Gambar: cerraazizi

Jadi, korang bukan sahaja dapat gambar yang cantik tapi melihat serta menghargai hasil tangan tukang pembina yang sangat berbakat.

Selain itu, Min syorkan untuk korang tangkap gambar berlandaskan susunan mozek, ukiran kaligrafi serta corak geometrik sekaligus membezakan gambar raya korang dengan kawan-kawan korang nanti!

5. Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

Sebuah Mercu Tanda Memang Sesuai Untuk Korang Buat Tempat OOTDPhoto from Sumber Gambar: Lemon8 | lilyinkyrania

Sebut sahaja Menara Berkembar sudah pasti satu dunia kenal kan! Sebuah mercu tanda serta kebanggaan negara kita, Menara Berkembar yang berdiri megah setinggi 451.9 meter pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum ini tau!

Min rekomen korang untuk datang sini sedikit awal jika korang ingin bergambar waktu raya kerana populariti menara ini menjadi tarikan pelancong dari serata negara untuk mendapatkan gambar mereka juga. Korang juga mempunyai pelbagai cara kreatif untuk menjadikan gambar korang sangat unik mempamerkan mercu tanda negara kita tau.

Bawa Pasangan Korang Nanti Kalau Nak Bergambar Raya BersamaPhoto from Sumber Gambar: Twitter | sitijamil92

Paling penting sekali, korang boleh sambung membeli-belah raya di sekitar kawasan Menara Berkembar Petronas ini!

Haa.. Min dah kongsikan dekat korang 5 lokasi menarik untuk korang dapatkan gambar raya tahun ini yang lebih unik dan cantik berbanding rakan-rakan korang tu!

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok