Port Makan Laksa Dalam Rumah Kampung di Ipoh, Perak !
Tak Perak lah kalau tak popular dengan hidangan laksa. Tapi kalini, min nak ceritakan satu tempat makan laksa yang terbaik di Ipoh Perak iaitu di Laksa Pondok Ibu Khaty. Kebanyakan orang mengunjungi Laksa Pondok Ibu Khaty untuk makan laksa mereka yang terkenal, dan restoran ini telah menjadi tempat popular di Ipoh.
Photo from Suasana Laksa Pondok
Makan Laksa Dalam Suasana Kampung
Photo from Haji D
Menariknya tempat ini adalah anda boleh merasai suasana kampung sambil makan laksa yang dihidangkan. Mungkin tempat lain seperti biasa tetapi Laksa Pondok Ibu Khaty menawarkan pemadangan yang indah dihadapkan dengan tasik. Suasana tenang dan nyaman akan memberikan keindahan pada anda jika ke sini.
Photo from Haji D
Konsep Laksa Pondok
Photo from Haji D
Konsep mereka adalah dengan suasana kampung, kawasan tempat makan mereka juga luas dan boleh muat dengan anggaran 20 orang. Kedainya juga bersih dan tidak kotor jadi kalau nak makan disini memang sangat selesa.
Photo from Zam Crs
Menu Yang Disediakan
Mungkin tak boleh lawan populariti Laksa Penang, Laksa Sarawak, atau Laksa Johor tetapi kita tetap tak boleh nafikan laksa original dari Perak tetap unik. Tambah-tambah pula ditambah dengan telur sarang. Menu utama mereka adalah Laksa Asli dari Perak. Kuah Laksa yang dihidangkan juga pekat dipenuhi dengan isi ikan.
Photo from Haji D
Selain dari laksa, mereka juga menyediakan hidangan yang unik iaitu Bubur Anak Lebah. Memang jarang didengar kan ? jadi kalau anda kesini anda boleh menikmati Bubur Anak Lebah Itu Sendiri. Rasa yang berlemak, keknyalan dan manis. Hidangan ini selalunya untuk majlis kesyukuran tetapi disini anda boleh menikmatinya.
Photo from Haji D
hidangan yang disajikan di Laksa Pondok Ibu Khaty selain dari hidangan laksa yang terkenal. Restoran ini juga menawarkan hidangan lain seperti keropok lekor, cucur udang, dan nasi lemak yang sesuai untuk dinikmati secara santai dan menikmati suasana kampung. Dengan menawarkan variasi hidangan ini, restoran ini menarik minat pengunjung yang mungkin tidak hanya ingin makan laksa tetapi juga ingin mencuba hidangan lain yang tersedia di restoran ini.
Photo from Haji D
Restoran ini menawarkan suasana yang tenang dan nyaman yang memungkinkan pengunjung untuk menikmati hidangan laksa yang lazat sambil menikmati pemandangan kampung yang indah. Oleh karena itu, tempat ini sangat seronok untuk dikunjungi.
?33, Jalan Balam, 31650 Lahat, Perak
⏰1pm-7pm ( Isnin Tutup )
?017-423 3438
Anda Mungkin Suka: