download Jom Explore app
9 Siri Original Netflix Yang Anda Semua Wajib “Binge-Watch”

9 Siri Original Netflix Yang Anda Semua Wajib “Binge-Watch”

Lifestyle
By Nurul Khaleeda on 17 Dec 2022
Digital Editor

Nama Netflix memang tidak asing lagi dalam kalangan kita semua. Boleh dikatakan sebahagian besar rakyat Malaysia mempunyai akaun Netflix. Apa yang menarik mengenai Netflix tentunya siri original yang ditawarkan mereka. Malah, ada orang yang sanggup mendaftar semata-mata untuk menonton siri-siri ini.

pexels-cottonbro-studio-4009402

Susulan itu, kami ingin berkongsi 9  siri Original Netflix yang anda semua wajib ‘binge-watch’. Bukan sahaja ia sangat menyeronokkan malah, ada juga yang menjadi fenomena besar di Malaysia.

pexels-cottonbro-studio-5081423

?Stranger Things

image5

Stranger Things adalah siri bergenrekan fiksyen seram oleh Duffer Brothers. Musim pertama siri tersebut ditayangkan pada tahun 2015 diikuti sedang musim kedua pada tahun 2017 dan musim ketiga dua tahun kemudian.

Musim keempat siri ini baru sahaja menemui peminat pada Julai 2022. Menariknya apabila terdapat kolaborasi antara netflix dengan Menara Kuala Lumpur dan Kwan Chai Hong bagi mempromosikan Stanger Things di Malaysia.

ezgif.com-gif-maker (19)

Drama ini mengisahkan sebuah pekan kecil bernama Hawkins. Terdapat juga sebuah makmal yang menjalankan ujikaji terhadap kanak-kanak yang dipercayai mempunyai bakat aneh. Namun, salah seorang kanak-kanak iaitu Elevan secara tidak sengaja telah membuka portal ke dimensi lain yang dipanggil Upside Down. Siri ini mengisahkan Elevan dan rakan-rakan melawan mahkluk jahat dari Upside Down.

?13 Reasons Why

ezgif.com-gif-maker (20)

Drama ini merupakan adaptasi dari novel bertajuk sama oleh Jay Asher. Musim pertama drama ini ditayangkan pada tahun 2017 dan mendapat respon positif oleh peminat. Netflix kemudian teruskan dengan musim kedua (2018), musim ketiga (2019) sebelum menamatkan siri ini di musim keempat (2020)

13 Reasons Why berkisahkan seorang pelajar sekolah menengah bernama ClayJensen selepas satu insiden yang menimbulkan trauma terjadi terhadap dirinya melibatkan salah seorang rakan sekolah iaitu Hannah Baker.. Dia kemudian cuba menyiasat perkara tersebut.

ezgif.com-gif-maker (21)

Dalam siri ini juga anda dapat melihat isu-isu persekolahan dan juga masalah sosial remaja masa kini diketengahkan oleh penulis. Disebabkan itu, siri ini mendapat respon positif ramai.

?Bridgerton

Bridgerton Season 2 Character Posters_ The Game Is On

Ini juga adalah siri adaptasi novel bertajun sama oleh Julia Quinn. Menariknya mengenai Bridgerton apabila ia menggunakan tema abad ke-19 di kota London.

Drama ini mengisahkan mengenai kehidupan keluarga aristokat yang sangat dihormati di London iaitu Bridgerton. Mempunyai tujuh orang anak, setiap musim akan mengisahkan mengenai setiap orang anak dalam usaha mereka mencari cinta sejati.

ezgif.com-gif-maker (22)

Musim pertama berkisarkan Daphne Brigerton dan juga Simon Basset ditayangkan pada 2020 merupakan siri drama English paling banyak ditonton. Musim kedua bersiaran pada tahun 2022 berkisarkan tentang anak sulung keluarga itu iaitu Anthony Bridgerton dan Kate Sharma.

Musim ketiga masih di dalam penggambaran akan berkisarkan mengenai anak ketiga keluarga tersebut iaitu Colin Bridgerton dan Penelope Featherington. Dipercayai, musim keempat akan berkisarkan anak kedua Bridgerton iaitu Benedict dan Sophie Beckett.

 

?The Haunting of the Hill House

ezgif.com-gif-maker (23)

Pada peminat drama seram supernatural yang dicipta oleh Mike Flanagan. Siri ini mula bersiaran di Netflix pada Oktober 2018 dan mendapat banyak sambutan positif.

Berkisarkan keluarga yang terdiri daripada Hugh dan Olivia Crain serta lima anak kecil mereka iaitu Steven, Shirley, Theodora, Luke dan Eleanor (Nell). Mereka berpindah ke Hill House dan di situ bermulalah perkara seram yang kemudiannya berakhir dengan tragedi kematian ibu mereka.

ezgif.com-gif-maker (24)

26 tahun kemudian, lima beradik itu harus berdepan dengan trauma di Hill House yang sekali lagi berakhir dengan tragedi. Ramai memuji penceritaan drama ini di mana penonton tidak dapat menjangka apa yang terjadi hinggalah di saat akhir.

?You

ezgif.com-gif-maker (25)

Siri adaptasi dari novel Caroline Kepnes ini bergenrekan thriller psikologi. Setakat ini 3 musim telah ditayangkan di Netflix dan musim keempat bakal ditayangkan pada awal tahun 2023.

Promotional Shoot - 001

You mengisahkan seorang pembunuh bersiri yang mempunyai obsesi yang toksik. Lebih menakutkan apabila wanita yang dia jatuh cinta juga mempunyai kisah silam yang gelap.

?Arcane: League Of Legend

ezgif.com-gif-maker (26)

Untuk pengetahuan anda, siri animasi ini mencatat rekod tontonan tertinggi pada minggu pertama tayangan serta turut menjuarai carta pertama di 52 buah negara.

ezgif.com-gif-maker (27)

Berkisarkan dua beradik Vi dan Jinx yang terperangkap antara kemelut kaya dan miskin dan mereka harus melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Siri ini dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu 3 episod pertama mengenai asal-usul dua watak utamanya.

?Wednesday

ezgif.com-gif-maker (28)

Wednesday baru sahaja ditayangkan pada November lalu dan mendapat banyak respon positif ramai terutamanya pelakon yang membawakan watak ikonik kegemaran ramai itu.

ezgif.com-gif-maker (29)

Diinspirasikan daripada watak Wednesday dalam siri The Addams Family, drama ini berkisarkan kisah Wednesday di sekolah berasrama, Nevermore.
Walaupun mempunyai personaliti yang dingin dan tiada emosi, Wednesday bersama rakan-rakan berusaha untuk menyelesaikan misteri di sekolah tersebut.

?Shadow And Bones

ezgif.com-gif-maker (30)

Siri fantasi ini diinspirasikan oleh dua buah buku iaitu Shadow & Bone trilogy dan Six of Crows Duology. Berkisahkan Alina Starkov yang mempunyai kuasa untuk melawan kuasa jahat yang menyelubungi negaranya.

ezgif.com-gif-maker (31)

Di dunia fantasi itu, manusia terbahagi kepada dua jenis, Grisha yang dilayan bak orang atasan kerana mempunyai kuasa dan rakyat biasa. Mereka berada di dalam keadaan perang membuatkan semua kanak-kanak yang cukup umur harus menyertai tentera.

Musim kedua siri ini akan ditayangkan di Netflix penghujung Disember ini.

?Money Heist

ezgif.com-gif-maker (32)

Money Heist atau La Casa De Papel merupakan siri Sepanyol yang sangat popular di seantero dunia. Setakat ini, sudah lima musim ditayangkan di Netflix.

Berkisarkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Profesor yang telah merekrut 8 orang dengan nama alias masing-masing merancang untuk merompak bank besar di ibu kota. Cubaan mereka berjaya melarikan wang sebanyak RM4 billion.

ezgif.com-gif-maker (33)

Siri ini juga merupakan siri bukan bahasa Inggeris yang mencatat rekod tontonan terbanyak di Netflix.

?Sumber Foto: Netflix

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok