4 Jenis Produk Rambut Yang Paling Win!
Rambut ibarat mahkota kepada seorang lelaki. Penjagaan dan gaya rambut melambangkan personaliti lelaki tersebut. Mana ada lelaki nak keluar dengan rambut yang tak bersikat ataupun tak siap, lagi-lagi waktu Raya nanti! Betul tak?
Min boleh relate sangat perasaan rambut tak menjadi ni! lagi-lagi bila barber tu dah salah potong rambut kita, mampu menangis tak berlagu kita dekat bilik.
Photo from Sumber Gambar: Cana
Tapi kan.. korang tahu tak untuk mendapatkan gaya rambut yang kita idamkan, pemilihan produk rambut merupakan fakor utama dan perlu diambil berat kerana ianya boleh memberikan perbezaan antara hari rambut cantik dan hari rambut teruk tau.
1. Wax
Photo from Sumber Gambar: Canva / iStock
Hair wax merupakan antara produk pertama kebanyakkan lelaki akan disyorkan dan digunakkan ketika menggayakan rambut. Kalau korang nak tahu, wax ni ibarat kawan baik korang! Ia diperbuat daripada wax seperti beeswax atau rosin untuk meningkatkan volume, struktur dan tekstur rambut.
Photo from Sumber Gambar: Pinterest
Wax sangat sesuai untuk korang yang mahukan rambut yang sedikit 'messy' ataupun 'spiky' yang mampu berubah sepanjang hari dan korang tidak perlu menggunakan wax dalam kuantiti yang banyak kerana produk ini boleh diaktifkan semula dengan teknik pinch dan twist! Jadi, korang tak payah lagi nak menghadapi hari rambut tak menjadi!
Photo from Sumber Gambar: MensHairCuts
2. Pomade
Photo from Sumber Gambar: Pomade
Pomade sering kali mendapat perhatian kerana ramai lelaki mengatakan ia merupakan produk rambut yang serba boleh! Betul ke? Pomade memberikan rambut anda cengkaman serta 'shine' yang sedikit tinggi berbanding wax dan memastikan rambut korang kekal dalam kedudukan sepanjang hari tau.
Pomade biasanya diperbuat daripada Lanolin, beeswax ataupun petroleum. Terdapat 2 jenis pomade yang berbeza iaitu oil-based pomade dan water-based pomade yang direka untuk penggunaan rambut berbeza.
Pomade rambut berasaskan minyak akan memberikan rambut anda shine yang tinggi sesuai untuk gaya rambut sikat rapat kemas dan melembapkan serta melindungi rambut anda sepanjang hari. Tapi, kelemahan pomade berasaskan minyak ini adalah korang memerlukan lebih daripada satu sesi pembersihan supaya tidak meninggalkan kesan di rambut korang.
Photo from Sumber Gambar: Macho Hairstyles
Water-based pomade merupakan alternatif yang baik untuk mendapatkan tekstur yang sama. Bahan yang mudah larut dalam karateristik air lebih mudah berbanding minyak. Tetapi pomade berasaskan air akan kering dengan kadar cepat dan korang akan berdepan dengan gaya rambut yang korang tak suka. Jadi, korang perlu mencuci dan menggayakan semula.
Photo from Sumber Gambar: Bezalel
3. Clay
Photo from Sumber Gambar: Canva
Haa.. kalau korang nak tahu, Hair Clay ini mempunyai ciri-ciri karakter yang serupa dengan Wax rambut tetapi perbezaan ketara antara dua jenis produk ini adalah Hair Clay mengandungi tanah liat sebagai salah satu bahan utamanya yang biasanya daripada bentonit atau kaolin.
Produk ini akan memberikan korang gaya rambut yang kelihatan semula jadi dan teksturnya yang tidak berkilat. Selain itu, hair clay turut menambahkan volume, perbaiki kerosakan rambut dan mengelakkan daripada kulit kepala korang menjadi lebih kering tau!
Photo from Sumber Gambar: Latest-Hairstyles
Bukan itu sahaja tau! Hair Clay akan memastikan rambut korang lembut dan mudah untuk disikat serta digayakkan. Min suggest gaya rambut yang pendek sangat sesuai untuk menggunakan Hair Clay!
Photo from Sumber Gambar: Latest-Hairstyles
4. Hair Styling Powder
Mungkin korang jarang dengar tentang produk ini kerana ia merupakan produk rambut yang baru. Hair Styling Powder lebih dikenali sebagai 'texturizing powder' atau 'volumizing powder' mendapat perhatian dan semakin popular baru-baru ini. Korang tahu tak, ia direka untuk menambahkan volume, teksture dan cengkamana pada rambut tanpa meninggalkan kesan melekit pada rambut korang.
Selalunya, hair styling powder datang dalam serbuk halus yang perlu disapukan rata pada rambut untuk membantu mencipta volume semula jadi pada rambut korang. Selain itu, tekstur serbuk yang kasar akan memberikan rambut korang tekstur yang sesuai untuk apa sahaja gaya rambut.
Photo from Sumber Gambar: Latest-Hairstyles
Secara keseluruhannya, Min suggest untuk korang cuba produk ini kerana faktor serbaguna dan mudah digunakan untuk korang mencuba pelbagai gaya rambut yang berbeza tanpa meninggalkan tekstur melekit dekat rambut korang!
Photo from Sumber Gambar: Pinterest