download Jom Explore app
Penjagaan Kulit Agar Cerah Berseri dan Wajah Semakin Menawan Dengan Esktrak Yuzu Jepun Semasa Ramadan!

Penjagaan Kulit Agar Cerah Berseri dan Wajah Semakin Menawan Dengan Esktrak Yuzu Jepun Semasa Ramadan!

Lifestyle Kecantikan
By Nurul Khaleeda on 29 Mar 2023
Digital Editor

Sedar tak sedar, bulan Ramadan dah pun kembali. Sekejap betul masa berlalu dan semestinya, banyak persiapan untuk menyambut Ramadan dan Raya perlu dilakukan. Banyak perkara yang perlu dibuat!  

Salah satu perkara yang menjadi kerisauan ramai terutamanya kaum wanita tentunya penjagaan kulit muka semasa di bulan Ramadan. Yalah, bila dah berpuasa, mestilah kulit kelihatan tidak segar dan kusam. Lagi-lagi kalau tuntutan kerja memerlukan mereka bertemu dengan ramai orang, tentulah kena nampak bertenaga dan sihat kan?

Wahai para wanita sekalian, anda tak perlu risau lagi kerana dengan adanya Senka Perfect Whip Vit C Poreless Glow, masalah kulit kusam dan kering boleh diselesaikan. Bukan sahaja produk ini mempunyai ekstrak Yuzu Jepun malah ia juga mempunyai banyak lagi kelebihan yang pastinya membuatkan anda lebih yakin menjelang Ramadan. 

Dengan adanya Senka Perfect Whip Vit C Poreless Glow, masalah kulit kusam dan kering boleh diselesaikanPhoto from JomExplore

Yang penting, anda boleh terus melakukan kerja anda ketika berpuasa dan pastinya boleh beraya sakan dengan kulit cerah berseri dan wajah semakin menawan. Jom kita lihat sebab mengapa anda kena cuba produk Senka ini:

Diperkaya dengan ekstrak Yuzu Jepun

Pernah tak anda berasa kagum dengan kecantikan natural orang Jepun? Mereka tak perlu pakai solekan yang tebal pun, sekadar bedak muka dan gincu sudah memadai. Apa agaknya rahsia mereka ya?

Ekstrak Yuzu Jepun juga boleh membantu dari segi anti penuaan, meregangkan kulit, mengurangkan garis halus dan kedutanPhoto from Ekstrak Yuzu Jepun juga boleh membantu dari segi anti penuaan, meregangkan kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan

Antara kelebihan produk Senka Perfect Whip Vit C Poreless Glow ini adalah ia diperkaya dengan ekstrak Yuzu Jepun dan mempunyai dua kali ganda lebih banyak Vitamin C berbanding lemon menjadikan kulit anda lebih cerah, lebih lembab dan sihat serta mengecilkan liang pori. Untuk pengetahuan anda juga, ekstrak Yuzu Jepun juga boleh membantu dari segi anti penuaan, meregangkan kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan serta meningkatkan keanjalan wajah. Wow, banyak betul kelebihan ekstrak ini ya? Memang terbaik!

Mencerahkan kulit secara semulajadi

Semua orang inginkan kulit yang segar dan cerah secara semulajadi! Terutamanya ketika menjelang Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Bagaimanapun, ramai yang tidak pasti pencuci muka apakah yang sesuai digunakan.

 Senka Perfect Whip Vit C Poreless Glow memberikan 90% kulit lebih cerah secara semulajadiPhoto from JomExplore

Tahukah anda bahawa produk Senka Perfect Whip Vit C Poreless Glow memberikan 90% kulit lebih cerah secara semulajadi? Mempunyai 2 kali ganda lebih banyak vitamin C berbanding lemon, semestinya produk ini memberikan hasil yang terbaik untuk kulit anda. Selain itu, tiadalah kulit anda nampak kusam semasa berpuasa dan pastinya foto sambutan perayaan anda terpaling lawa tahun ini!

Pemulihan Liang Pori

Salah satu mimpi ngeri buat para wanita apabila liang pori kelihatan jelas di muka. Tentulah rasa tak selamat dan malu bila nak bertemu dengan orang ramai kan? Sudahnya, anda lebih memilih untuk ‘menyorok’ daripada bertemu dengan orang ramai dan juga sanak-saudara.

Senka Perfect Whip Vit C Poreless Glow memberikan 90% pemulihan liang pori menjadikan pori anda lebih kecil.Photo from JomExplore

Lepas ini, anda dah tak perlu risau lagi, produk Senka Perfect Whip Vit C Poreless Glow memberikan 90% pemulihan liang pori menjadikan pori anda lebih kecil. Masalah jerawat, bintik hitam atau whitehead pun boleh hilang.

Menjadikan kulit lebih lembab dan sihat

Masalah utama ketika berpuasa adalah kulit menjadi kering dan tidak bermaya. Apa tidaknya, kurang minum air merupakan punca utama perkara itu berlaku. Dengan cuaca di Malaysia yang tidak menentu ini, sekejap panas dan sekejap hujan juga turut menjadi faktor.

Ia akan membersihkan serta melembabkan kulit membuatkan anda kelihatan sentiasa segar Photo from Ig Senka Malaysia

Sebab itulah anda memerlukan produk ini bagi menjaga kelembapan kulit sekaligus menjadikan ia lebih sihat. Dengan sekali penggunaan sahaja, ia akan membersihkan serta melembabkan kulit membuatkan anda kelihatan sentiasa segar dan menawan walaupun ketika berpuasa!

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila melayari:

 

 

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok