download Jom Explore app
Kalau Roti Dah Hampir Tarikh Luput, Jangan Buang Tapi Jom Buat Mini Piza Ini!

Kalau Roti Dah Hampir Tarikh Luput, Jangan Buang Tapi Jom Buat Mini Piza Ini!

Jom! Makan Resipi
By Nurul Khaleeda on 31 Mar 2023
Digital Editor

Selalunya, kalau roti dah nak expired mesti anda akan kelam-kabut nak habiskan. Tapi kadang-kadang tak sempat nak habiskan pun sebab muak bila makan begitu sahaja.

roti hampir tarikh luputPhoto from Pinterest

Haa, lepas ni kalau roti anda dah hampir nak tarikh luput jangan cepat gelabah. Ikuti sahaja resipi yang dikongsi oleh Nabilah di Lemon8 ini iaitu buat mini piza. Masalah selesai, anda pun boleh menikmati mini piza di rumah sendiri.

Piza miniPhoto from Pinterest

Yang penting, anda juga mempunyai kebebasan untuk memilih topping apa nak diletakkan di atas piza. Harga pun jauh lebih murah daripada dibeli di kedai kan? Tanpa membuang masa jom kita lihat cara-caranya:

Mini pizaPhoto from Pinterest

Bahan-bahan: 

Roti (tak kisah jenama apa)

Mentega

Sos prego

Sosej (dipotong kecil)

Keju parmesan

Nanas (pilihan)

Gunakan bahan mudah ini untuk buat mini pizaPhoto from Lemon8 Nabilah

Cara-cara memasak:

  1. Pertama sekali, tekapkan roti menjadi bulat dan lekukan di bahagian tengah roti kemudian sapukan mentega di bahagian tengah roti.
  2. Kemudian letakkan sos prego mengikut kehendak banyak mana di kawasan tengah roti yang berlekuk dan letakkan juga topping seperti sosej, nanas dan lain-lain.
  3. Di atas topping, taburkan keju parmesan mengikut suka banyak mana dan juga serbuk parsley.
  4. Bakar dengan air fryer dengan suhu 180 celsius selama tujuh minit. Jika tiada air fryer, boleh juga menggunakan oven. Dah siap dan sedia untuk dihidang.

Ikuti cara-cara mudah ini untuk masak mini piza andaPhoto from Lemon8 Nabilah

Mudah, senang dan cepat untuk dimakanPhoto from Lemon8 Nabilah

Wow! Mudahnya, lepas ni anda tak perlu kelam-kabut lagi jika roti dah hampir tarikh luput. Buat jer mini piza, settle semua masalah.

Mini piza dah siapPhoto from Lemon8 Nabilah

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok