download Jom Explore app
Teringin Nak Makan Benda Manis? Jom Buat Puding Roti Butterscotch Chocolate Chips!

Teringin Nak Makan Benda Manis? Jom Buat Puding Roti Butterscotch Chocolate Chips!

Jom! Makan Resipi
By Nurul Khaleeda on 29 Mar 2023
Digital Editor

Selalunya bila bosan-bosan di rumah, mesti anda teringin nak makan makanan yang manis kan? Tapi, kalau nak beli di luar macam mahal pula. Kalau nak buat sendiri pula skil tu macam tak cukup power.

Sedapnya dapat makan Puding Roti!Photo from Pinterest

Jangan risau, apa kata untuk permulaan ini anda cuba buat Puding Roti. Sangat mudah tak gunakan bahan yang banyak pun. Resipi ini dikongsi oleh Liya di laman Lemon8 miliknya.

Nyum nyum sedapnya!Photo from Lemon8 Liya

Bahan-bahan:

8 keping roti Butterscotch

Chocolate chips (ikut suka, jika nak banyak boleh letak banyak)

1 tin susu cair

2 biji telur

1 sudu kecil essence vanilla

4 sudu gula perang

2 sudu mentega

Tak banyak pun bahannya kan?Photo from Lemon8 Liya

Bahan-bahan sos susu kastard:

1 tin susu cair

1 cawan susu full cream

2 sudu gula perang

1 1/2 tepung kastard

Untuk buat sos kastard, hanya tambah susu full cream iniPhoto from Pinterest

Cara membuat puding roti:

  • Mula-mula sapu sikit mentega dekat loyang atau mangkuk / bekas yang anda ingin gunakan.
  • Kemudian koyakkan empat keping roti untuk buat lapisan pertama dan taburkan chocolate chips.
  • Selepas itu, teruskan buat lapisan yang kedua ikut langkah di atas iaitu koyakkan empat keping roti dan taburkan chocolate chips.

Ikuti langkah ini untuk membuat Puding RotiPhoto from Lemon8 Liya

Cara untuk buat sos untuk dituang ke atas roti dan bakar: 

  • Tuangkan satu tin susu cair ke dalam periuk dan masukkan dua biji telur. Kemudian masukkan empat sudu gula perang.
  • Masukkan pula satu sudu kecil essence vanilla, dua sudu mentega buttercup dan kacau sebati semua bahan di atas dapur api. Pastikan api perlahan.
  • Apabila bahan ini sudah sebati, anda boleh tuangkan sos ini ke dalam loyang atau mangkuk roti tadi. Kemudian bakar roti di dalam oven dengan suhu 180 celcius selama 45 minit.

Jika ikut resipi ini mesti Puding Roti anda menjadiPhoto from Lemon8 Liya

Dah hampir siap! Photo from Lemon8 Liya

Cara untuk buat sos susu kastard:

  • Tuangkan susu cair ke dalam periuk, tambahkan satu cawan susu full cream dan dua sudu gula perang.
  • Tambahkan tepung kastard dan kacau sehingga gula cair dan semua bahan sebati.
  • Tanda sos dah masak apabila ia menjadi pekat. Boleh hidang bersama dengan puding roti!
  • Selamat mencuba.

Jom buat sos kastard pulaPhoto from Lemon8 Liya

Mudah je kan nak buat? Jadi, jika tiada alasan untuk tidak mencuba resipi ini!

Sedia untuk di makan!Photo from Lemon8 Liya

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok