download Jom Explore app
Jangan Lupa Singgah Ke Rumah Makan 100 Tahun Di Melaka

Jangan Lupa Singgah Ke Rumah Makan 100 Tahun Di Melaka

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 16 Feb 2023
Digital Editor

Restoran ini terletak di Jalan Ujong Pasir, Melaka dan mudah ditemui jika anda ingin ke Kampung Portugis. Anda akan melihat rumah kayu yang tinggi dengan tanda "Rumah Makan 100 Tahun" berhampiran simpang Kampung Portugis.

Bahagian depan rumah makan 100 tahunPhoto from Rumah Makan 100 Tahun

Bertemakan Kesultanan Melaka

Restoran ini beroperasi di dalam sebuah rumah Melayu lama yang mempunyai tema kesultanan Melaka. Keistimewaan restoran ini ialah anda boleh makan di dalam bilik-bilik yang dihiasi dengan hiasan zaman dulu untuk memberi suasana makan di rumah zaman dahulu. Ia sangat menyeronokkan, bukan? Interior restoran ini juga menarik dengan banyak hiasan vintage, jadi anda boleh menikmati makanan sambil menikmati pemandangan yang cantik.

Bilik-bilik yang disediakanPhoto from Bilik-bilik yang disediakan

Kawasan Makan

Malah, pelanggan boleh memilih tiga ruangan makan berbeza iaitu luar rumah, bawah rumah serta dalam rumah mengikut citarasa mereka. Sambil menjamah hidangan disediakan, pelanggan dihiburkan dengan persembahan ‘busking’ dan gesekan biola.

Kawasan Makan yang disediakanPhoto from Rumah Makan 100 Tahun

Makanan yang disediakan

Menu InsyaAllah sedap dan menyelerakan. Jomlah datang makan, meh datang ramai-ramaia,korang confirm tak nyesal. Rumah Makan 100 Tahun menyajikan pelbagai jenis menu dari makanan tradisional kampung, western, dan makanan Thai pun ada tau!

Makanan yang disajikanPhoto from Rumah Makan 100 Tahun

Paling sedap ada makanan dari melaka iaitu asam pedas . Kuah yang pekat dan sangat mengiurkan

Asam Pedas yang menyelerakanPhoto from Rumah Makan 100 Tahun

Dengar cerita kat sini pun ada oyster with cheese yang semua orang tengah gilakan tu, rumah kampung pun ada oyster geng! Rugi lah tak datang makan dan amik suasana kat sini kan?

Oyster BakarPhoto from Rumah Makan 100 Tahun

Min, nasihatkan kalau da sampai Melaka jangan lupa singgah Rumah Makan 100 Tahun ni, kerana pelbagai menu yang disediakan disini.

Nasi Goreng SotongPhoto from Rumah Makan 100 Tahun

 ?56, Jalan Ujong Pasir, 75050 Melaka

⏰4pm-11.30pm (Isnin-Ahad)

 ?016-209 3111 

Anda Mungkin Suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok