download Jom Explore app
6 Bazar Ramadan Yang Popular Untuk Dikunjungi Pada Tahun Ini Sekitar Lembah Klang!

6 Bazar Ramadan Yang Popular Untuk Dikunjungi Pada Tahun Ini Sekitar Lembah Klang!

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 20 Mar 2023
Digital Editor

Kita memang teruja setiap kali tibanya bulan mulia ni. Ya lah, inilah masa kita berlumba-lumba nak kumpul pahala berganda-ganda. Betul tak? Namun, dalam masa kita sibuk beribadat, sudah pasti anda juga ternanti-nanti masa berbuka puasa. Dan ramai orang memang berkunjung ke bazar ramadan yang mewah dengan pelbagai jenis makanan untuk berbuka puasa atau moreh.

LiveLifeLah

Bolehlah rancang perjalanan ke bazar ramadan di Kuala Lumpur dan Selangor untuk anda kunjungi membeli juadah bulan puasa tak lama lagi. Pastinya yang kami kongsikan adalah yang terbaik untuk anda semua.

Bazar Ramadan Kuala Lumpur

1. Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Kuala Lumpur

Popiah Sambal Yang PopularPhoto from rvdavidofficial17

Eh, bulan Ramadan dah sampai dah! Masa berbuka puasa ni memang best gila sebab boleh pergi bazar ramadan cari makanan sedap. Kalau nak cari bazar yang paling meriah, cubala Bazar Ramadan TTDI. Semua jenis nasi ada kat situ, nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi padang, semua ada! Harga pun berpatutan dengan sedapnya makanan.

Daging Yang DipanggangPhoto from rvdavidofficial17

Tapi jangan lupa, kalau taknak sesak-sesak sangat, datang awal la ye. Kawasan TTDI ni memang popular dengan bazar Ramadan dia, banyak perumahan dekat situ jadi memang akan ramai orang. Takut jadi macam sardin la pulak. Makanan yang ada juga meriah dan sesuai dengan harga yang ditawarkan.

?Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

2. Bazar Ramadan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Bermula dari Jalan Sultan Ismail dan Jalan Berangan sehingga ke pintu gerbang Ain Arabia dipenuhi dengan gerai makanan yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Bukit Bintang..

Suasana Di Bukit BintangPhoto from Butterkicap

Manalah tahu tekak tiba-tiba nak makan masakan Thai atau Arab ke, boleh lah pergi ke Sup Tom Yam di Alor Food Corner dan Nasi Briyani Ayam Saffron yang boleh tahan sedapnya! Disini juga terkenal dengan pelbagai jualan Shawarma dan menjadi kegilaan orang ramai.

Bazar Ramadan Bukit BintangPhoto from LiveLifeLah

Dah sudah membeli juadah, boleh terus pusing-pusing sekitar Bukit Bintang mencari kelengkapan raya pula. Anda boleh gunakan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT untuk ke sini. Jika ingin menaiki kenderaan sendiri, anda boleh rujuk peta ini untuk ke lokasi Bazaar.

?Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

3. Bazar Ramadan Tunku Abdul Rahman (Jalan Tar)

Siapa tak kenal dengan bazar ramadan Jalan TAR yang turut dikaitkan dengan barangan menanti raya. Lokasi ini biasanya popular disebabkan ia terletak di tengah Kuala Lumpur dikelilingi pejabat-pejabat jadi mudah bagi orang ramai yang berada di keliling.

Ayam PercikPhoto from AbangFuad

Pelbagai pilihan makanan yang membuka selera memang banyak. Sebut saja apa yang anda mahukan, semuanya ada dari nasi kerabu, nasi lauk, sata hinggalah ke kuih-muih tempatan yang sedap! Untuk meletak kenderaan, agak sukar tetapi digalakkan anda menggunakan pengangkutan awam seperti STAR LRT untuk datang ke bazar ini.

Bazar Ramadan Jalan TarPhoto from Abang Fuad

?Lorong Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4. Bazar Ramadan Kampung Baru

Kampung Baru ni memang tak perlu diperkenalkan lagi, sama ada bulan Ramadhan atau tak, memang jadi tumpuan warga kota disebabkan pelbagai kedai makan sedap ada di sini.

Bazar Ramadan Kg BharuPhoto from Agenda Daily

Sepanjang Ramadhan, jalan di Kampung Baru ni memang dipenuhi dengan pelbagai gerai menjual makanan sedap-sedap seperti bihun singapura dan murtabak. Jangan lupa cari juga bubur lambuk Kampung Baru yang terkenal seluruh Malaysia!

Bubur LambukPhoto from Agenda Daily

?Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur

Bazar Ramadan Selangor

5.Bazar Stadium Shah Alam, Selangor

Sebut saja stadium Shah Alam, semua orang tahu. Bahkan, bazar di sini cukup terkenal bagi penduduk luar Shah Alam. Ada yang sanggup memandu berjam-jam semata-mata nak merasa nasi kukus dan pau ayam panggang yang ada di sini!

Bazar Ramadan Shah AlamPhoto from Amirul

Tahun lepas menjadi tumpuan adalah kerana Nasi Arab Chef Ammar yang menjadi fenomena apabila ramai yang sanggup beratur dari pukul 12 semata untuk merasa nasi arab Chef Amar.

Nasi Arab Cheff AmmarPhoto from Amirul Aiman

Shah Alam ni juga meriah kerana ia adalah bandar dipenuhi pelbagai institusi pendidikan seperti UiTM Shah Alam, UNISEL, MSU dan banyak lagi. Jadi, memang jadi habuanlah bazar Stadium Shah Alam ini!

?Stadium Shah Alam,  Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

6.Bazar Ramadan Putrajaya

Bazar ramadan Putrajaya juga menjadi tumpuan pengunjung kerana bazar ramadan putrajaya ini berhampiran dengan Dataran Putrajaya jadi senang untuk mereka membeli makanan di Bazar dan makan di Dataran Putrajaya.

Suasana Di PutrajayaPhoto from Bazar Ramadan Putrajaya

Makanan yang popular disini adalah Mee tonggek, Putu Mayam Putrajaya, Ayam Champion dan pelbagai lagi menu dan juadah disedikan disini. Jadi perlu sediakan duit sahaja untuk berbelanja disini.

Mee Tonggek Yang PopularPhoto from Darmawan

?Persiaran Perdana, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Dalam kemeriahan pergi ke bazar Ramadhan selepas tahun lepas dibatalkan, kita masih perlu berhati-hati sebab wabak COVID-19 masih menular dalam komuniti. Sebagai pengguna, kita pun kenalah jalankan tanggungjawab dengan patuhi SOP yang disediakan, peniaga pula kenalah berniaga menjual menu buka puasa yang elok dan sedap!

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok