download Jom Explore app
Jom Panjat Bukit Bendera! Boleh Lihat Keindahan Pulau Pinang Serta View Sunset Atau Sunrise!

Jom Panjat Bukit Bendera! Boleh Lihat Keindahan Pulau Pinang Serta View Sunset Atau Sunrise!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 17 Mar 2023
Digital Editor

Antara tempat yang wajib anda kunjungi apabila melawat Pulau Pinang adalah Bukit Bendera, terletak di Georgetown. Pada masa dahulu, tempat ini dikenali sebagai Bukit Strawberi, namun kini, ramai memanggilnya sebagai Penang Hill.

Bukit Bendera Photo from Instagram wuan_r

Untuk naik ke atas, anda perlu membeli tiket tren. Ketinggiannya adalah lebih 800 meter dan jangka masa menaiki tren hingga ke puncak adalah kira-kira 10-20 minit. Anda boleh memilih sama ada nak beli tiket biasa berharga RM12 atau fast-lane berharga RM40. Pastikan anda menunjukkan kad pengenalan semasa membeli tiket untuk mendapatkan harga warganegara.

Bukit BenderaPhoto from instagram fachrulakbarmasum

Bukit BenderaPhoto from Instagram lailysofeah

Tengok sunrise atau sunset di Bukit Bendera Pulau Pinang

Bila dah sampai atas, ada banyak aktiviti yang anda boleh lakukan tau. Pertama sekali, anda boleh menikmati pemandangan seluruh bandaraya Pulau Pinang. Kalau nasib baik, anda boleh lihat dengan jelaslah. Ada banyak spot untuk bergambar juga di atas sana.

Bukit BenderaPhoto from Instagram faizshukri6

Oh ya, memandangkan ramai yang suka tengok sunrise ataupun sunset. Pihak pengurusan membuka kaunter seawal 6.15am lagi. Kot-kot lah  ada yang nak tengok pemandangan matahari terbit kan. Lepas tu, ramai juga yang suka lihat pemandangan matahari terbenam. Lawa betul!

Bukit BenderaPhoto from Instagram nazmiazeri

Bersantai di atas Bukit Bendera

Selain tengok pemandangan, anda juga boleh bersantai tau di atas Bukit Bendera ini. Ada banyak tempat anda boleh pergi untuk bergambar atau sekadar untuk melepak. Untuk mereka yang sedang hangat bercinta, ada love lane dan juga love lock untuk mereka yang ingin mengunci hati dan kisah cinta bersama yang tersayang.

Bukit BenderaPhoto from Instagram ezzatiazman_

Bukit BenderaPhoto from Instagram intan5uhana

Kalau nak beli love lock kat atas tu memang agak mahal, jadi seeloknya jika anda beli siap-siap dan bawa naik ke atas. Barulah dapat jimat. Kalau anda sejenis yang tak larat nak berjalan jauh, jangan risau sebab ada beberapa kerusi disediakan untuk berehat dan bersantai.

Bukit BenderaPhoto from Instagram anggunhard

Bukit BenderaPhoto from Instagram berthasebayang

Jika anda lapar, ada kafe tau di atas Bukit Bendera. Konsepnya adalah seperti food court. Jadi anda boleh pilih nak makan apa, semua ada. Kalau nak ais kacang pun ada. Sedap-sedap belaka!

Makanan yang meyerelakan dan hilangkan penat.Photo from Instagram anom_recipe

Oleh itu, sekiranya anda ke Pulau Pinang pastikan Bukit Bendera atau Penang Hills ada di dalam itinerari anda. Kalau anda tak mahu lihat pemandangan sunrise atau sunset pun, anda juga boleh lihat view pada waktu malam yang turut meriah dan juga lawa!

Pemandangan malam yang cantik.Photo from Instagram nsqmnus

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok