Mesti Cuba. Muzium 3D Glow In The Dark Di Pulau Pinang!
Kalau sebut mengenai muzium 3D, rasanya memang dah ramai orang selalu pergi. Akan tetapi, anda semua pernah dengar tak mengenai muzium 3D Glow in The Dark? Haa, tak pernah kan?
Photo from Instagram nasrulfahmi
Jangan tak tahu, kat Malaysia pun ada tau muzium macam ini. Namanya adalah Muzium Dark Mansion yang terletak di Pulau Pinang. Muzium ini merupakan 3D Glow in The Dark pertama di negara kita.
Photo from Instagram nisasymsr
Photo from Instagram nisasymsr
Untuk pengetahuan anda juga, muzium ini merupakan salah satu muzium seni moden yang unik penggabungan sains dan teknologi yang kemudiannya diolah menjadi hasil seni yang sangat mengagumkan. Ia juga menjadi tarikan utama orang ramai untuk melawat Pulau Pinang.
Photo from Instagram hadazr
Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian, Fairy-tale Land akan membawa anda ke dunia pari-pari yang magikal di mana anda akan menyelusuri kehijauan hutan-hutan ini melalui kereta labu Cinderella dan sempat melawat perkampungan Smurf.
Photo from Instagram hadazr
Photo from Instagram darkmansionpenang_official
Bahagian utama adalah Fire & Water: Tribute To Darwin, hasil seni oleh pelukis jalanan ternama dari Jerman iaitu Edgar Mueller. Peralihan masa dari siang ke malam merupakan satu masterpiece yang hanya boleh dinikmati di muzium ini sahaja.
Photo from Instagram felicia_ramzi
Di Tropical Pandora: The Forbidden Land, anda akan melalui satu dunia seakan-akan dunia Avatar. Di sini, ada satu makhluk hidup istimewa yang akan mengalu-alukan kedatangan anda.
Photo from Instagram felicia_ramzi
Photo from Instagram rohazamatlazim
Seterusnya, terdapat Infinity Room di mana anda boleh terokai hari malam tanpa siang sambil ditemani mahkluk yang bersinar. Dan bahagian terakhir adalah New Atlantis: Underwater World di mana anda boleh merasa hidup sebagai mermaid tanpa perlu masuk ke dunia bawah air.
Photo from Instagram aleenibrahim
Fuh, macam seronok sahaja kan? Harga tiket untuk warganegara adalah RM30 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak). Anda juga boleh menempah secara online di Klook.
Photo from Instagram raihanarizo__
?145, 147, 149, 151, 153, Kimberley Street, George Town, Malaysia
⏰Setiap hari (10am - 6.30pm)
?04-227 1270
Anda mungkin suka: