Jom Melepak Dengan Suasana Tahun 90-An Di Kafe Happy Landfill!
Siapa kat sini lahir tahun 90-an? Orang kata generasi yang lahir pada tahun 90-an ini cool tau! Yelah, dah rasa macam-macam kan sebelum masuk dunia teknologi ni.
Photo from Instagram happylandfillmy
Bayangkan ya, kanak-kanak yang membesar tahun 90-an dah rasa macam mana nak kena gores dan menang untuk top-up telefon. Siapa yang takde telefon tu, kena kumpul duit syiling sebab nak bergayut dengan yang tersayang. Ha, kena dial-up untuk sambungan internet. Televisyen besar gedabak. Tengok siaran kat surat khabar dan banyak lagi lah.
Photo from Instagram happylandfillmy
Kepada 90's kids, jika anda nak mengimbau memori zaman kanak-kanak, apa kata anda berkunjung ke kafe Happy Landfill yang terletak di Kota Damansara. Kafe ini mempamerkan vibe retro gaya 90-an tau!
Photo from Instagram annisahsyairah
Hiasan gaya retro
Saat menjengah masuk ke dalam kafe ini, anda dapat melihat gaya retro mereka. Daripada playstation, kemudian komputer, pemain DVD, walkmen, meja dan semuanya lah! Siapa yang melalui zaman tu je tau apa perasaannya.
Photo from Instagram amizazmi
Menurut pemilik, barang-barang ini dikumpul dan dibeli daripada orang. Paling best, playstation yang ada di kena ini masih boleh digunakan!
Photo from Instagram khainee_01
Selain itu, kafe ini ada banyak spot bergambar yang lawa! Ditambah pula dengan lampu neon, pastikan anda memakai pakaian gaya retro juga. Barulah on-point gitu!
Photo from Instagram annisahsyairah
Imbau kenangan lalu sambil menghirup secangkir kopi
Apalah kafe tanpa kopi dan pastri mereka kan? Sambil anda berseronok, boleh lah pesan kopi dan juga menu mereka. Anda boleh pilih nak latte, matcha ataupun minuman bukan kopi sambil menikmati cream puff mereka. Sedap dan penuh berkrim tau!
Photo from Instagram mydessertspace
Kalau anda tak kenyang makan cream puff, boleh juga pesan makanan lain seperti waffles dan japanese rice bowl. Ramai yang puji cakap sedap tau!
Photo from Instagram critzspotie
Bagaimanapun, kafe ini tidak mempunyai sijil halal kerana ada menjual minuman beralkohol. Namun begitu, makanan yang dijual adalah dari pengedar yang halal serta gelas minuman yang digunakan untuk minuman alkohol juga adalah berbeza. Oleh itu, pengunjung Muslim tidak perlu risau.
Photo from Instagram syasyaadlina
?Level LG1, A-G-06, Dataran Cascades, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
⏰ 9am-10pm (Isnin hingga Jumaat, stesen kopi tutup: 7pm), 11am- lewat (Sabtu & Ahad, stesen kopi tutup pukul 7pm)
Anda mungkin suka: