download Jom Explore app
Inginkan Suasana Romantis Bersama Pasangan? Kafe Hidden Gem Fly Me To KL Adalah Pilihan Terbaik!

Inginkan Suasana Romantis Bersama Pasangan? Kafe Hidden Gem Fly Me To KL Adalah Pilihan Terbaik!

Jom! Makan
By Nurul Khaleeda on 10 Feb 2023
Digital Editor

Jika anda mencari kafe dengan suasana yang romantis, lepas tu ada banyak tempat menarik untuk bergambar dan juga makanan yang enak maka anda harus pergi ke kafe Fly Me To KL.

Fly Me To KLPhoto from Instagram hasyada

Terletak di tingkat 37 di Regalia Residence, Bangsar, kafe ini memang hidden gem untuk mereka yang tak ingin pergi jauh tetapi mahu merasai suasana romantis bersama pasangan.

Instagram ikramhakim43Photo from Instagram ikramhakim43

Berkonsepkan Morrocon  dan bohemian style, dan ditambah lagi dengan latar belakang bangunan pencakar langit memberikan pemandangan yang sangat memukau! Yang penting, pencahayaan di kafe ini juga sangat best tau.

Boleh datang dengan pasangan atau rakan-rakanPhoto from Instagram ju_naina

Boleh tengok sunset

Ramai juga yang suka minum petang di sini dan menanti momen matahari terbenam. Cukup indah sekali! Lebih indah apabila disaksikan dengan orang tersayang.

Nikmati pemandangan dari tingkat 37 kafe iniPhoto from Instagram sitisyed

Dari segi makanan dan minuman, harganya berpatutan dan mempunyai portion yang besar, sesuai untuk dikongsi dengan orang tersayang.

Portion besarPhoto from Instagram big_eaterjacq96

Makanan western yang sedap!

Antara hidangan yang menjadi kegemaran seperti Seafood Pasta, Fish and Chips, Potato Fries, Margarita Pizza, Chicken Roudale dan banyak lagi. Manakala untuk minuman juga semestinya ada  kopi dan minuman sejuk serta jus.

Pizza MargaritaPhoto from Instagram big_eaterjacq96

Seafood pastaPhoto from Instagram big_eaterjacq96

Mereka juga ada hidangan signatur khas untuk berkongsi makanan iaitu Picnic Basket yang terdiri daripada Ayam Smoked Spring, Onion Ring, Nuget, Kentang Goreng dan juga Salad.

Makanan westernPhoto from Instagram thinkerbelly_

Kalau anda seorang yang single, tak mengapa kerana tempat ini juga sesuai untuk keluarga dan catching-up session dengan rakan-rakan. Suasan pun tenang sahaja dan tak bising.

Catcthing up sesh dengan kawan-kawan!Photo from Instagram mhd_syed249

Untuk pengetahuan, kafe Fly Me To KL ini merupakan cawangan kedua tau. Kafe pertama terletak di Pulau Pinang dengan nama Fly Me To Cafe.

Kafe dengan suasana yang romantis!Photo from Instagram elzsyazni

Anda juga tak perlu risau kerana kafe ini tidak menjual daging babi.

Pork-friendlyPhoto from Instagram

? Level 37, Madison Block Of Regalia Serviced Apartments, No.2, Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, 50480, Kuala Lumpur

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok