download Jom Explore app
Homestay Siap Ada Pantai Buatan Di TTS Beach Village, Semenyih!

Homestay Siap Ada Pantai Buatan Di TTS Beach Village, Semenyih!

Jom! Cuti Staycation
By Ayunie Husna on 01 Mar 2023
Digital Editor

TTS Beach Village adalah sebuah villa yang luasnya sekitar 15,000 kaki persegi dan terletak di daerah Broga, Semenyih, Malaysia. Salah satu hal yang menarik dari villa ini adalah keberadaan pantai buatan yang terletak di dalam kompleks villa tersebut. Villa ini merupakan villa pertama di Malaysia yang memiliki pantai buatan sendiri. 

Homestay Yang Sngat CantikPhoto from TTS Beach Village

Keluasan Homestay ini

Homestay ni besar, dengan kawasan keseluruhan adalah 15,000 kaki persegi. Walaupun ia mempunyai 5 bilik tidur berhawa dingin dengan 22 katil. Tetapi homestay ini boleh memuatkan maksimum sehingga 26 orang. Jadi memang sesuai untuk yang suka kan privasi bersama keluarga kerana ianya hanya milik korang sahaja.

Ruang Bilik UtamaPhoto from TTS Beach Village

Konsep yang mewah dengan suasana yang nyaman lebih mengeratkan anda bersama keluarga tersayang untuk menghabiskan masa di sini.

Keluasa BilikPhoto from TTS Beach Village

Kelengkapan Yang Disediakan

Paling seronok, perkakas memasak disini siap ada khusus untuk barangan halal. Jadi tak perlu risau kalau bercampur dengan barangan basah tetamu sebelum ni. Mereka juga menyediakan kelengkapan untuk BBQ bersama keluarga, ruang yang luas membuatkan anda selesa bersama keluarga.

Ruang Dapur Yang LuasPhoto from TTS Beach Village

Selain untuk penginapan, anda juga boleh booking villa ini untuk majlis harijadi, parti, majlis perkahwinan dan juga event-event lain. Cuma anda kena hubungi terlebih dahulu untuk tengok tarikh tersebut ada kekosongan. Maklumla ramai berebut-rebut nak booking villa TTS Beach Village ni.

Makan Bersama keluargaPhoto from TTS Beach Village

Aktiviti yang boleh dilakukan

Keberadaan pantai buatan di TTS Beach Village menambah daya tarikan bagi pengunjung yang ingin menghabiskan waktu bersantai di tempat yang selesa dan berbeza dari biasa. Selain itu, villa ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mencukupi seperti kolam renang, taman, serta akses WiFi percuma.

 

 

Kolam Yang PrivasiPhoto from TTS Beach Village

 

Suasana Pada Waktu MalamPhoto from TTS Beach Village

Selain daripada aktiviti di dalam homestay, anda boleh mendaki ke Broga Hills, Sungai Tekala dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan di semenyih.

Broga HillPhoto from Trip Advisor

Secara keseluruhan, TTS Beach Village merupakan destinasi percutian yang menarik bagi para pengunjung yang ingin merasai suasana pantai yang eksklusif dan selesa di tengah-tengah bandar.

?Jalan TTS 1/1, Taman Tasik Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok