Pengkalan Balak, Pusat Peranginan Bersama Keluarga Jom Melancong Di sana
Satu tika dulu Pengkalan Balak adalah satu perkampungan yang mempunyai pantai tetapi tidak di komersialkan. Sekarang ini, Pengkalan Balak sudah maju dengan pelbagai aktivti, tempat menarik, tempat makan, staycation yang menarik. Jom kita terokai apa yang ada disana.
Photo from Rafizi
Penginapan yang sesuai
Bagi kami tempat penginapan yang sesuai untuk keluarga adalah Taming Sari Beach House, Yang berkonsepkan Chalet kampung sesuai untuk pelancong yang ingin merasai suasana kampung. Terletak berhadapan dengan pantai Kuala Sungai Baru, Melaka, tempat ini menjanjikan pemandangan pantai yang indah dan memukau bagi para pengunjung.
Photo from Tamin Dari Beach House
Chalet ini berada dalam kawasan berpagar dan terdapat tempat letak kereta disediakan di belakang chalet. Pantai betul-betul berada di depan chalet, sehingga anda hanya perlu turun dan boleh mandi laut.
Photo from Tamin Sari Beach House
Untuk mengetahui tentang aktiviti yang boleh di lakukan di Taming Sari Beach House, anda boleh tekan link di bawah:
Aktiviti Pantai Yang Boleh Dilakukan
Kalau ke pantai kadang jarang ada aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga kan? tetapi di sini anda boleh melakukan aktiviti seperti bermain banana boat, berkelah, menunggang kuda dan mandi di persisiran pantai. Setiap aktivit ada caj bayaran yang dikenakan.
Photo from Rafizi
Photo from Rafizi
Selain daripada itu, jangan tak tahu dekat Pengkalan Balak ni, ada pusat penetasan penyu bertelur tau. Kalau ada masa boleh bawa anak-anak anda melawat ke sini, tak payah jauh-jauh ke Terengganu, Melaka pon ada.
Photo from Pusat Pentasan Telur Penyu
?Padang Kemunting, Jalan Londang, 78300, Masjid Tanah, Melaka, Malaysia, 78300 Masjid Tanah
?06-384 6754
Tempat Makan Memang Padu
Kalau korang nak tahu, Dekat sini dah banyak tempat makan yang menarik seperti kalau nak suasana Kafe korang boleh pergi ke Ngeteh Cafe yang menyajikan makanan yang santai sambil korang healing di sini.
Photo from Izzat Radzali
Nak diceritakan jika di tepi-tepi pantai memang banyak sangat peniaga yang menjual makanan seperti ikan bakar, mee kari, udang celup tepung dan pelbagai jenis makanan ringan yang lain. Jangan risau kalau ke sini pilih je mana yang korang nak makan. Dah macam dekat Krabi.
Photo from Suasana Kedai Makan Di Tepi Pantai
Photo from Izzati
Mesti kalau ke melaka, nak cari asam pedas kan? banyak je kedai makan yang menyediakan asam pedas tetapi bagi kami anda patut cuba di Warung Asam Pedas Zink kerana memang sedap dan murah. Waktu malam juga ada kami mencadangkan anda makan di Ball Bearing dengan suasana di tepi pantai.
Photo from Warung Asam Pedas Zink
Photo from Ball Bearing
Jadi kalau melancong nak murah, tak jauh dari Kuala Lumpur anda boleh mencuba melancong di Pengkalan Balak, Melaka.
Anda Mungkin Suka:
❤️Ngeteh Cafe, Warung Kopi Klasik Di Tepi Pantai!
❤️Resepi Asam Pedas Daging Tetel Melaka, Yang Membuatkan Kecur Air Liur