download Jom Explore app
Resepi Asam Pedas Daging Tetel Melaka, Yang Membuatkan Kecur Air Liur

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Melaka, Yang Membuatkan Kecur Air Liur

Jom! Makan Resipi
By Ayunie Husna on 20 Jan 2023
Digital Editor

Photo from Rasa Facebook

Mesti korang jarang-jarang dengar tentang Asam Pedas Daging Tetel kan ? sebab daging tetel ni selalunya orang melaka yang sering menggunakannya untuk masak pelbagai jenis lauk. Tapi yang paling popular adalah masak asam pedas. Ramai orang luar kalau singgah ke melaka mesti nak rasa daging tetel ni. Rasa masam, pedas, masin yang membuatkan ramai terpikat dengan keenakkannya.

Jadi hari ini, Jom Explore nak kongsikan resepi dan cara masak Asam Pedas Daging Tetel ini. Lepas baca jangan lupa kongsi dan cuba asam pedas ini.

Azie Kitchen (Facebook)Photo from Azie Kitchen (Facebook)

Bahan-Bahan :

 

    • I kilo daging tetel
    • 5 sudu besar cili kering kisar
    • 7 ulas bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 3 batang serai
    • 1 inci halia
    • 1 inci kunyit hidup
    • 1 inci lengkuas
    • 7 helai daun limau purut (buang tulang)
    • 1 sudu kecil lada hitam
    • 1 sudu kecil jintan manis
    • 1 sudu kecil jintan putih
    • 1 inci belacan
    • 3 sudu besar pes asam jawa
    • 4 biji tomato (dibelah 4)
    • Gula dan garam secukupnya

Langkah-langkah untuk memasak:

Rasa(Facebbok)Photo from Rasa(Facebook)

  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas kunyit hidup, belacan, lada hitam, jintan manis, jintan putih

  • Masukkan Halba, jintan putih dan lada hitam

Rasa FacebookPhoto from Rasa Facebook

  •   Seterusnya masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan serai, tumis seketika sehinnga garing

Photo from Rasa Facebook

  • Masukkan cili kering kisar. Jumlahnya terpulang pada cita rasa masing-masing. Tumis selama 20 minit atau hingga pecah minyak. Bahan tumisan perlu dimasak hingga pecah minyak. Jika tumis sekejap, rasa asam pedas akan jadi kurang enak.

Photo from Rasa Facebook

  • Masukkan hirisan daging tetel yang telah direbus empuk. Kemudian masukkan air, jumlahnya bergantung kepada cita rasa masing-masing, sebanyak mana yang anda nak dan kacau rata.

Photo from Rasa Facebook

  • Masukkan juga air asam jawa, jumlahnya agak-agak. Jika terlebih letak, kuah akan jadi terlebih masam. Jadi letaklah secukupnya.

Photo from Rasa Facebook

  •  Tambahkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengahnya. Bila kuah sudah mendidih, perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Ikut kesesuaian dengan selera masing-masing.

Rasa FacebookPhoto from Rasa Facebook

Akhir sekali boleh dihidangkan bersama nasi panas dan telur dadar untuk menambahkan lagi selera. Nyum-nyum!!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok