download Jom Explore app
Bukit Singa: Tempat Hiking Cantik Di Pulau Kapas Dan Ada Laguna Biru Tersembunyi!

Bukit Singa: Tempat Hiking Cantik Di Pulau Kapas Dan Ada Laguna Biru Tersembunyi!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 17 Feb 2023
Digital Editor

Pulau Kapas terletak di Terengganu merupakan salah satu pulau yang menjadi pilihan orang ramai baik warganegara Malaysia mahupun pelancong asing untuk datang bercuti.

Pulau Kapas, TerengganuPhoto from Instagram hudazmree

Pada mereka yang ingin berehat dan menenangkan fikiran, Pulau Kapas adalah destinasi terbaik untuk anda.

Pulau Kapas, TerengganuPhoto from Instagram ainanajwazuber

Tak banyak pun aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain daripada bersantai, mandi pantai dan juga snorkeling. Akan tetapi, ada satu lagi aktiviti yang wajib anda cuba iaitu mendaki Bukit Singa atau di dalam bahasa Inggerisnya, Lion Hill.

Bukit Singa, Pulau KapasPhoto from Instagram nrnaimah.hshim

Jangan risau sebab tiada singa pun di atas bukit itu, apa yang menanti anda di puncak adalah pemandangan lautan yang sangat lawa! Oh ya, nama Bukit Singa ini diperolehi kerana bentuk bukit ini yang menyerupai kepala singa.

Bukit Singa, Pulau KapasPhoto from Instagram hafiizasyraf_

Jika anda baru pertama kali nak hiking di bukit ini, sebaiknya jika anda mengupah guide atau sertai tour group. Ini kerana laluan untuk ke puncak tiada trail yang jelas boleh mengelirukan anda.

Bukit Singa, Pulau KapasPhoto from Instagram minnjohari

Permulaan untuk hiking di sini memerlukan anda mendaki tangga untuk tiba di starting point. Hati-hati kerana bentuk tangga ini sudah tidak begitu sempurna kerana sering dipukul ombak. Pastikan anda memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian.

Bukit Singa, Pulau KapasPhoto from Instagram aimanrosli_7

Untuk tiba ke puncak, anda perlu berjalan sepanjang batu-batu tajam di pantai, masuk ke dalam air setinggi paras pinggang dan meluncur turun di trek yang curam. Oleh itu, dinasihatkan jika anda menggunakan sarung tangan bagi mengelakkan terluka.

Bukit Singa, Pulau KapasPhoto from Instagram lolameeka

Bila dah sampai atas, jangan lupa untuk snap gambar sebanyak mungkin sebab view dia memang lawa sangat! Ramai yang cakap di puncak itu sedikit berangin jadi boleh la bawa ekstra jaket dan berhati-hati jika duduk di tepi curam.

Bukit Singa, Pulau KapasPhoto from Instagram frhdafri

Oh ya, ada juga permata tersembunyi tau di Bukit Singa ini iaitu Laguna Biru. Bagaimanapun, ia hanya muncul ketika air pasang sahaja dan ada banyak batu tajam di sekitar kawasan tersebut.

Bukit Singa, Pulau KapasPhoto from Instagram hafiizasyraf_

Wah! Jadi jika anda merancang untuk ke Pulau Kapas, jangan lupa untuk masukkan Bukit Singa di dalam itinerari anda tau.

Bukit Singa, Pulau KapasPhoto from Instagram theraraaaa

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok