Pulau Harimau Di Mersing, 'Syurga' Yang Tidak Berpenghuni!
Tahukah anda bahawa di Johor ada banyak pulau-pulau yang menarik, dengan airnya yang jernih dan masih tidak tercemar pasti seronok apabila membuat aktiviti di dalam air!
Antara pulau popular di negeri Johor tentunya Pulau Tioman dan Pulau Rawa tapi pernahkah anda mendengar perihal Pulau Harimau yang turut terletak di Mersing, Johor?
Ada pelbagai kisah bagaimana pulau ini mendapat jolokan namanya. Salah satu daripadanya adalah dari satu sudut, pulau ini kelihatan bentuk seperti Harimau yang sedang tidur. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa jika dilihat dari bahagian atas, akan kelihatan jalur-jalur bagaikan belang harimau kelihatan pada air laut di sekeliling pulau ini.
Tempat berteduh para nelayan
Uniknya, pulau ini dikatakan syurga yang tidak berpenghuni. Pertama kerana memang pulau ini tidak mempunyai penghuni. Sebelum ini, ia digunakan oleh para nelayan sebagai tempat melepaskan lelah atau tempat berteduh jika cuaca buruk.
Mengapa ia dipanggil sebagai syurga? Kerana struktur pulau tersebut yang dikelilingi gua yang memukau. Ditambah lagi dengan suasana pantai yang sangat lawa dan tidak tercemar. Malah, jika anda mendaki hingga ke puncak, anda akan disajikan dengan pemandangan yang cukup indah!
Ditutup kerana tak jaga kebersihan
Sayang betul kerana sebelum ini pengunjung boleh mendaki dan bergambar hingga ke puncak namun disebabkan ramai yang tidak menjaga kebersihan maka kini ia ditutup dan pengunjung hanya boleh berada di kawasan pantai sahaja.
Tapi jangan risau, anda masih boleh menikmati keindahan dan kecantikan alam semula jadi yang masih terpelihara di pulau ini. Gua-gua mereka dan pantainya pun cantik tau. Nak buat terjunan dari cerun pun boleh tapi anda berhati-hati ya.
Jarak dari jeti Mersing ke Pulau ini tidak mengambil masa yang lama pun, hanya 15-20 minit sahaja. Anda perlu ke sini bersama ejen ya, tidak boleh sendiri-sendiri.
?Pulau Harimau, Mersing, Johor
⏰ Seharian di Pulau Mersing
Anda mungkin suka: