Nipah Klasik Restoran Unik Di Dalam Hutan Nipah,Perlis Siap Boleh Mendayung
Nipah Klasik merupakan lokasi kedai makan yang cukup unik di Perlis dengan suasana dikelilingi pokok nipah. Pengunjung yang makan di sini akan menikmati suasana redup ditutupi pokok nipah bersama pemandangan beberapa landskap indah antaranya seperti replika Telaga Bunga Emas.
Keunikkan Nipah Klasik
Nipah Klasik adalah sebuah kafe di Simpang Ampat, Perlis yang menawarkan pengalaman makan dan relaksasi. Terkenal dengan suasananya yang unik yang dikelilingi oleh pokok Nipah dan staf yang ramah, kafe ini menjadi pilihan popular untuk makan tengahari atau minum petang. Secara keseluruhan, pengalaman minum petang di Nipah Klasik dinilai sangat bagus.
Yang menjadi perhatian orang ramai adalah pengunjung yang ingin menaiki bot pedal tangan ini juga boleh mencecah 100 orang pada hujung minggu atau cuti umum. Pengunjung juga hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk menerokai kawasan hutan nipah itu selama 20 minit.
Makanan Di Nipah Klasik
Pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan di restoran kami termasuk sup seperti sup bihun, hidangan panas, laksa, mi rebus, nasi ayam dan banyak lagi. Menu kami menawarkan pelbagai pilihan untuk pengalaman makan yang memuaskan.
Disini juga mereka menyediakan makanan ringan seperti Cheesy Wedges, Ais Batu Campur dan paling menarik adalah air nira dari pokok nipah, kalau datang sini wajib cuba!
?Barat, NO 5579, Kampung Bunga Emas, 02700 Simpang Ampat, Perlis
⏰12pm-7pm ( Isnin - Ahad ) | Rabu Cuti
?011-3128 4511
Anda Mungkin Suka: