Kopi Dan Kueh, Port Mengopi Wajib Pergi Di Port Dickson!
Selalunya apabila orang berkunjung ke Port Dickson, mereka akan lebih menyerbu kedai makanan laut atau kafe di tepi pantai.
Photo from Instagram fozu_aco
Tapi kini, kalau anda terasa nak mengopi di pekan Port Dickson, apa kata anda cuba Kopi & Kueh? Kafenya kecil sahaja, namun sentiasa didatangi pelanggan tidak kiralah warga setempat ataupun pelancong.
Photo from Instagram kopidankueh
Vibe Kafe yang santai
Sama seperti kafe yang lain, hiasannya sangatlah simple namun masih ada beberapa spot OOTD yang menarik. Salah satunya adalah kafe yang mempunyai bait-bait kata yang wow!
Photo from Instagram kopidankueh
Selain itu, terdapat juga papan hitam kecil yang diletakkan di luar kafe dan selalu dipenuhi dengan ayat-ayat yang menarik. Setiap hari bertukar tau!
Photo from Instagram brxbie.cera
Vibe yang diberikan sangatlah santai, disebabkan itu lah kafe ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin melepak dengan kawan-kawan ataupun minum petang dengan yang tersayang.
Photo from Instagram kopidankueh
Banyak pilihan makanan dan minuman
Standard lah kalau dah namanya kedai kopi mestilah ada jual kopi kan? Antara yang biasa kita jumpa adalah Americano, latte dan juga matcha.
Photo from Instagram ivynlim2023
Untuk makanan pula, ada pelbagai jenis seperti kek, croissant, sourdough bagel, peach strudel dan croffle! Fuh, pasti anda tak tahu nak pilih mana satu.
Photo from Instagram veenarusli
Jadi, jika anda ada merancang untuk ke Port Dickson pastikan anda singgah sebentar di Kafe Kopi & Kueh ini, bolehlah buat ghaso-ghaso kopi mereka.
Photo from Instagram veenarusli
?No 49, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
⏰12pm - 8 pm (Isnin, Selasa Rabu), 10am- 10pm (Sabtu & Ahad), Tutup (Khamis & Jumaat)
Anda mungkin suka:
❤️ Jom Pergi Pulut Dan Kopi, Dulu Kedai Comel Tepi Jalan Tapi Kini Dah Jadi Cafe Aestetik Yang Cool!