Jom Pergi Pulut Dan Kopi, Dulu Kedai Comel Tepi Jalan Tapi Kini Dah Jadi Cafe Aestetik Yang Cool!
Selalunya kafe aestetik akan mempunyai menu masakan barat ataupun pasta, burger dan juga piza. Tapi berbeza pula dengan kafe Pulut & Kopi kerana mereka menjual makanan melayu asli seperti pulut, rendang, lempeng berserta kopi!
Photo from Instagram pulutdankopi
Terletak di Kajang, kafe ini mengamalkan konsep minimalis. Hanya sedikit perabot dan juga kaunter yang simple memandangkan menu mereka tidak begitu banyak dan mudah untuk dimakan.
Photo from Instagram Pulut dan Kopi
Walaupun konsep kafe mereka minimalis namun ada banyak spot untuk ber-OOTD okay. Cuma, sedikit tips, pastikan anda memakai pakaian yang berwarna gelap kerana jika anda memakai pakaian berwarna terang, foto anda akan menjadi kurang menyerlah. Yang penting, pencahayaan memang tip-top lah di kafe ini.
Photo from Instagram pulutdankopi
Untuk pengetahuan, kafe ini pernah viral dahulu namun ketika itu, mereka hanya menjual kopi di tepi jalan. Hanya dengan sebuah meja, payung kecil, barangan membuat kopi serta juga bungkusan pulut kuning dan rendang sudah memadai untuk menarik ramai pelanggan.
Photo from Instagram pulutdankopi
Menurut pemilik, idea menjalankan perniagaan ini tercetus hasil dari gerai kopi jalanan di negara Jepun. Mereka juga sempat menjalankan kajian selama 6 bulan bagi mendalami selok-belok perniagaan serta cara menghasilkan kopi yang menepati citarasa orang ramai.
Photo from Instagram pulutdankopi
Mereka juga turut menuntut ilmu dari pakar kopi dan juga barista tau! Patutlah kopi-kopi yang disajikan memang sedap.
Photo from Instagram pulutdankopi
Mengenai menu pulut kuning pula, pemilik yang merupakan dua orang gadis yang bersahabat baik mengatakan bahawa mereka sudah lama berhajat untuk membuka perniagaan pulut ini.
Photo from Instagram pulutdankopi
Mengimbau nostalgia lama di mana ibu bapa mereka yang gemar makan pulut kuning berserta rendang pada waktu petang sambil menghirup kopi maka mereka ingin berkongsi nostalgia itu dengan orang ramai.
Photo from Instagram pulutdankopi
Ternyata, pulut dan kopi di kafe ini tidak hanya digemari oleh masyarakat melayu tetapi masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Oleh itu, jika teringin nak mengimbau nostalgia bolehlah ke Pulut & Kopi.
Photo from Instagram alzishaarani
?Kajang Maju Hardware, Jalan Anggerik Perdana 1, Kajang, Selangor.
⏰ 9am-7pm (tutup Jumaat)
Anda mungkin suka: