Nak Ngopi Ala Hipster? Jom Ke Warung Kupi Atok Kayo Di Tampin, Negeri Sembilan!
Budaya 'mengopi' ni boleh dikatakan sudah menjadi norma masyarakat Malaysia, tidak kiralah bangsa apa sekali pun. Kalau nak tahu sama ada kopi di kedai itu padu atau tidak, anda akan jumpa semua bangsa sedang bergelak santai sambil menikmati kopi mereka.
Sudah menjadi lumrah orang akan mudah tertarik dengan tempat yang viral dan hipster. Sambil melepak minum kopi, boleh lah juga ber'selfie' kan?
Kepada orang-orang Tampin atau di Negeri Sembilan, apa kata anda mengopi di Warung Kupi Atok Kayo yang terletak di Lorong Artistik, pekan Tampin. Fuh, sebelum nak sampai ke warung ini, anda akan disajikan dengan pelbagai lukisan mural yang memang sangat Instagrammable.
Saat melangkah masuk ke dalam kedai ini, terus anda akan mengamit nostalgia zaman dahulu. Apa taknya, dekorasi kebanyakkannya alat-alatan lama dan klasik yang susah nak jumpa di masa kini.
Pelbagai jenis kopi yang anda boleh temui di sini dari zaman atok nenek hinggalah yang trendy seperti Kopi Tok Penghulu, Kopi Tok Man, Biscoff Coffee Latte, Hazelnut Coffee dan banyak lagi lah. Untuk makanan pula, ada fusion makanan melayu dan western seperti Pizza Daging Salai. Selain itu, anda juga mesti cuba Ghoti Ghobu atau Roti Gebu mereka.
Kepada bukan penggemar kopi, jangan risau kerana anda tidak akan dilupakan. Terdapat juga air bukan kopi khas buat mereka yang tak minum kopi.
?Lorong Artistik, Pekan Tampin
⏰ Dibuka setiap hari (kecuali Selasa), 1.30pm -9.30pm
Anda mungkin suka: