download Jom Explore app
Jemapoh Pizza Kayu Api, Kuala Pilah Pizza Kampung Citarasa 'International'

Jemapoh Pizza Kayu Api, Kuala Pilah Pizza Kampung Citarasa 'International'

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 13 Feb 2023
Digital Editor

Tiba-tiba terbayang nak makan pizza tapi dibakar menggunakan kayu api? apa kata jom cuba Jemapoh Pizza Kayu Api Di Kuala Pilah. Masak pizza dengan menggunakan kayu api yang menyebabkan Jemapoh Pizza ni unik bukan biasa biasa dan extra sedap bila dibakar dengan kayu api. Aroma asap asap tu yang menambah rasa kesedapan Jemapoh Pizza Kayu Api ni.

Sedang membakar pizzaPhoto from Abdul Razak Latif

Keistimewaan Jemapoh Pizza Kayu Api

Keunikan Jemapoh Pizza Kayu Api ini terletak pada doh dan cara pembakarannya. Sangat enak dimakan ketika masih panas dan jika sudah sejuk ia masih sedap dimakan kerana dohnya masih lembut. Ini kerana pizza dibakar dalam tempoh yang singkat, iaitu dalam dua ke tiga minit dalam dapur kayu api yang bersuhu tinggi.

Menguli DohPhoto from Abdul Razak Latif

Pelbagai Menu Pizza

Anda boleh dengan mudah membuat pilihan apabila melihat menu yang dipaparkan di kaunter kerana hanya terdapat empat jenis perisa pizza yang tersedia iaitu Jemapoh Signature (ayam cincang), Tuna Tikey (tuna), Pepperoni Pillah (pepperoni daging), dan Neopolitan Vege Classic (sayuran premium). Jika anda datang secara berkumpulan, anda boleh memilih untuk memesan semua perisa pizza.

Topping yang lumayanPhoto from Abdul Razak Latif

Kehadiran dua jenis keju pada setiap pizza mencetuskan letupan rasa yang diidamkan ramai. Sedap! Menjilat jari. Boleh dimakan banyak kerana ia tidak menjemukan.

Pilihan PizzaPhoto from Jemapoh Kayu Api

Cawangan Yang Bertambah

Pada mulanya, Lokasinya hanya terdapat di kuala pilah sekarang ni telah dibuka di Gombak dan Semenyih. Korang Waze sahaja Jemapoh Pizza Kayu Arang, tapi kalau rajin boleh terus datang ke Pilah.

Lokasi Di Kuala PilahPhoto from Jemapoh Pizza Kayu Api

Kalau dah bosan makan pizza yang sudah biasa, bolehlah support Pizza Bumiputera kita ni. Harga yang lebih murah dan sedap.

No. 27A, Kampung Desa Jemapoh, Kampung Jemapoh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

⏰10.30am-6.30am ( Isnin-Ahad)

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok