Roti Sekaya Dapur Kayu, Roti Kaya Viral Di Terengganu
Wahh! pernah tak korang makan roti yang dibakar menggunakan dapur kayu secara tradisional. Aroma yang dari sabut, asap kayu api membuatkan roti lebih enak tau. Keunikan roti dengan inti kaya yang padat dan dibakar menggunakan sabut kelapa di dalam tin minyak menyebabkan Roti Sekaya Dapur Kayu cukup dikenali penduduk Kampung Bukit Gemuruh dan kawasan sekitarnya.
Photo from sudin_runner
Roti Sekaya Dapur Kayu
Roti ini juga dikenali kerana dibuat dengan menguli tepung dan memprosesnya dengan tangan. Sejak 26 tahun yang lalu, roti bakar ini sentiasa menjadi pilihan kegemaran bagi peminat roti bakar yang mencari citarasa yang unik dan autentik.
Photo from Homemade Roti Sekaya Dapur Kayu
Rasa intinya yang lemak manis selain kelembutan roti bakarnya terutama apabila dimakan ketika masih panas membuatkan roti bakar Maziah habis lebih kurang sejam selepas ia mula dijual.
Photo from Homemade Roti Sekaya Dapur Kayu
Kaya yang diproses
Inti kaya juga diproses sendiri juga tau sebab tu menjadi pilihan orang ramai. Bukan sekadar roti sahaja malah intinya juga diproses sendiri. Resepi yang digunakan juga adalah resepi turun temurun sejak tiga dekad lalu.
Photo from Homemade Roti Sekaya Dapur Kayu
Menariknya, ada dalam kalangan pelanggan memberitahu roti dihasilkan Maziah sama rasanya dengan roti yang dihasilkan oleh ibu dan ayahnya.
Menjadi Pilihan
Mempunyai banyak peminat yang berpuas hati kerana citarasa yang unik dan autentik. Banyak pelanggan yang membeli roti ini untuk kali pertama kemudian datang lagi untuk membeli lagi. Ada yang sangat teruja apabila memakannya kerana rasa itu mengingatkan mereka kembali ke zaman kanak-kanak mereka.
Photo from Homemade Roti Sekaya Dapur Kayu
Roti yang dijual pada harga RM5 sebekas mengandungi 10 biji roti berintikan sekaya dan pilihan terbaharu kelapa atau kacang. Apa lagi kalau ke Terengganu, jom cuba roti yang sangat tradisional dan sedap ini.
?18 E, Kampung Bukit Gemuroh, 21700 Kuala Berang, Terengganu