Jom Bersantai Di Eden Cafe, Kafe Tersorok Dengan View Yang Menakjubkan!
Anda pernah tak teringin nak pergi ke kafe yang tersorok untuk bersantai, tak kisahlah dengan rakan-rakan atau pun yang tersayang. Sekarang ni, banyak kafe yang viral di TikTok jadi susah betul nak jumpa tempat yang sesuai untuk melepak.
Photo from Instagram lienabb
Haa.. apa kata anda ke Eden Cafe yang terletak di rooftop Lot 10. Kalau anda nak tahu kafe ini tersorok tau dan ada pemandangan yang memang chef-kiss lah. Sesuai sangat untuk mereka yang nak bersantai dalam suasana yang tenang.
Photo from Instagram farh.hdila
Cara untuk pergi
Kalau dah namanya pun kafe tersorok, kena ada cara yang spesial lah untuk sampai ke sini. Jika anda berada di Lot 10, gunakan mana-mana lif dan tekan tingkat 8, kemudian dari situ cari sebuah struktur bertingkap dan di dalamnya anda akan jumpa tangga dengan papan tanda Eden Cafe. Kalau tak pasti, ikut je orang depan.
Photo from Instagram adam.drz
Selain itu, anda juga boleh menggunakan lif di luar Lot 10 bersebelahan dengan kedai Machi Machi, kalau gunakan lif ini, ia akan bawa anda terus hingga ke Eden Cafe.
Photo from Instagram shellpikah
Ruangan tempat duduk di dalam kafe ini adalah terhad namun apa yang menarik perhatian adalah pelantar di bahagian luar yang memberikan anda pemandangan yang menakjubkan!
Photo from Eden Cafe
Hiasannya juga sangat simple, orang selalunya datang untuk ber-OOTD.
Photo from Instagram daniasyiqinn
Menunya sangat berpatutan!
Salah satu keistimewaan Eden Cafe adalah harga makanan dan minumannya yang amatlah berpatutan. Sekali tengok macam tak percaya boleh dapat harga ini di tengah-tengah Kuala Lumpur!
Photo from Instagram daniasyiqinn
Harga kopi dan minuman sejuk bermula dari RM3 sehingga RM12 sahaja. Untuk makanan pula, mereka mempunyai menu seperti nasi lemak, roti bakar, spageti, Pai dan juga sup cendawan. Harganya bermula dari RM4 sehingga RM16.
Photo from Instagram _jian_hong
Selain itu, mereka juga mempunyai pelbagai jenis kek dan pastri seperti kek cokelat, Burnt Cheesecake, apple crumble, chocolate danish dan banyak lagi. Harganya bermula dari RM6 sehingga RM16.
Photo from Instagram dianashmm
?Level 8 (Alpha Hub/HTBB), Lot 10, 50 Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
⏰Isnin - Jumaat 9am – 5:30pm, Sabtu 10am – 5:30pm, Ahad 8am – 4:30pm
Anda mungkin suka: