Inginkan Suasana Romantis Bersama Pasangan? Kafe Hidden Gem Fly Me To KL Adalah Pilihan Terbaik!
Jika anda mencari kafe dengan suasana yang romantis, lepas tu ada banyak tempat menarik untuk bergambar dan juga makanan yang enak maka anda harus pergi ke kafe Fly Me To KL.
Photo from Instagram hasyada
Terletak di tingkat 37 di Regalia Residence, Bangsar, kafe ini memang hidden gem untuk mereka yang tak ingin pergi jauh tetapi mahu merasai suasana romantis bersama pasangan.
Photo from Instagram ikramhakim43
Berkonsepkan Morrocon dan bohemian style, dan ditambah lagi dengan latar belakang bangunan pencakar langit memberikan pemandangan yang sangat memukau! Yang penting, pencahayaan di kafe ini juga sangat best tau.
Photo from Instagram ju_naina
Boleh tengok sunset
Ramai juga yang suka minum petang di sini dan menanti momen matahari terbenam. Cukup indah sekali! Lebih indah apabila disaksikan dengan orang tersayang.
Photo from Instagram sitisyed
Dari segi makanan dan minuman, harganya berpatutan dan mempunyai portion yang besar, sesuai untuk dikongsi dengan orang tersayang.
Photo from Instagram big_eaterjacq96
Makanan western yang sedap!
Antara hidangan yang menjadi kegemaran seperti Seafood Pasta, Fish and Chips, Potato Fries, Margarita Pizza, Chicken Roudale dan banyak lagi. Manakala untuk minuman juga semestinya ada kopi dan minuman sejuk serta jus.
Photo from Instagram big_eaterjacq96
Photo from Instagram big_eaterjacq96
Mereka juga ada hidangan signatur khas untuk berkongsi makanan iaitu Picnic Basket yang terdiri daripada Ayam Smoked Spring, Onion Ring, Nuget, Kentang Goreng dan juga Salad.
Photo from Instagram thinkerbelly_
Kalau anda seorang yang single, tak mengapa kerana tempat ini juga sesuai untuk keluarga dan catching-up session dengan rakan-rakan. Suasan pun tenang sahaja dan tak bising.
Photo from Instagram mhd_syed249
Untuk pengetahuan, kafe Fly Me To KL ini merupakan cawangan kedua tau. Kafe pertama terletak di Pulau Pinang dengan nama Fly Me To Cafe.
Photo from Instagram elzsyazni
Anda juga tak perlu risau kerana kafe ini tidak menjual daging babi.
Photo from Instagram
? Level 37, Madison Block Of Regalia Serviced Apartments, No.2, Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, 50480, Kuala Lumpur
⏰ Setiap hari (12pm - 11pm)
Anda mungkin suka: