Nikmati Kopi Dalam Suasana Rumah Kampung Melayu Lama Di Nomad.Kopifi!
Konsep mengopi sememangnya dah sebati dalam masyarakat di Malaysia. Kalau nak tahu sama ada kedai kopi itu sedap ataupun tidak, kena lah tengok jika ada semua kaum yang minum atau melepak kat situ.
Kalau di kawasan bandar, kedai kopi dia panggil kafe. Minuman pun dah macam-macam jenis ada, Americano lah, latte lah, espresso lah. Bagaimanapun, pernahkah anda minum kopi atau mengunjungi kedai kopi yang memberikan suasana rumah kampung?
Kalau tak pernah, anda boleh cuba kafe Nomad.Kopifi yang terletak nun jauh di utara iaitu Baling, Kedah. Amboi, tudia jauh betui na?
Konsep rumah kampung
Keistimewaan kafe ini adalah konsep rumah kampung melayu lama yang pasti memberikan anda nostalgia masa zaman kanak-kanak dahulu. Dengan rumah papan beratapkan zink, lepas tu barang-barangan di dalamnya pun memang seperti hiasan rumah zaman atuk nenek kita dululah.
Antara kopi signature kafe ini adalah Asian Nomad, Salted Caramel, Caramel Macchiato, Toffee Nut dan Chocolate Cookies. Terdapat juga minuman jenis frappe yang popular seperti Strawberry Cheesecake Matcha, Hazelnut Chocolate dan Salted Caramel Macchiato.
Ada banyak pilihan
Selain itu, kafe ini juga ada menyediakan makanan seperti pasta, burger dan juga pencuci mulut. Setakat ini, makanan bergoreng masih belum ada tapi dipercayai ia masih di dalam perancangan. Mungkin di masa akan datang akan disediakan.
Lagi satu, jangan risau buat mereka yang ingin berdiet kerana Nomad.Kopifi turut memberi pilihan kepada pelanggan untuk menukar jenis susu kepada susu almond atau pun susu oat. Kedua-dua susu ini mempunyai kelebihan yang tersendiri tau.
Walaupun baru setahun beroperasi, kafe ini sudah pun mempunyai pencapaian yang membanggakan apabila mendapat liputan media iaitu TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini. Selain itu, kafe ini juga berjaya membuka cawangan kedua di Sungai Petani, Kedah pada pertengahan Januari lalu.
Jadi, kalau anda melawat ke Kedah, jangan lupa ingin ke kafe Nomad.Kopifi ya! Yang penting, kat sini ada banyak tempat untuk bergambar.
?Kg Landak Kupang Kupang, 09200 Baling, Kedah
⏰ Rabu- Isnin (3pm-11pm), tutup - Selasa
?011-20737923 (telefon dan WhatsApp)