download Jom Explore app
Sukakan Cabaran? Jom Ke Putrajaya Challenge Park! Ada Banyak Aktiviti Menarik Di Sana

Sukakan Cabaran? Jom Ke Putrajaya Challenge Park! Ada Banyak Aktiviti Menarik Di Sana

Jom! Cuti Lifestyle
By Nurul Khaleeda on 07 Feb 2023
Digital Editor

Ada orang memang minat dengan aktiviti-aktiviti yang lasak. Kalau ada aktiviti macam terjunan bungee, ATV, sky-diving, wall-climbing ke semua memang bagi kat dia lah.

Ada orang sukakan aktiviti lasakPhoto from Instagram k30_ck.chan

Bagi memenuhi kehendak mereka yang sukakan cabaran ini, wujudlah satu taman iaitu Putrajaya Challenge Park atau Taman Cabaran supaya golongan-golongan pencinta adrenalin boleh 'bersukan' secara selamat.

Pencinta adrenalinPhoto from Instagram puteri.nz

Dengan keluasan 30 hektar, ada tiga perkara utama yang anda boleh lakukan di sini. Pertama adalah rock wall climbing. Mempunyai enam zon utama yang terbahagi kepada pakar dan juga beginner. Tinggi rock wall climbing ini boleh mencecah 20 meter tau.

Rock Climbing bukanlah mudahPhoto from Instagram mohdaniqeizlan

Rock wall climbing untuk dewasa dan kanak-kanak

Untuk pengetahuan, rock wall climbing ini memerlukan peralatan khas untuk memanjat, tak boleh main panjat sahaja tau. Peralatan ini boleh disewa selama tiga jam untuk satu sesi. Total peralatan merangkumi tali (RM15), abah-abah (Rm5), kasut memanjat (RM7), kapur (RM3) dan peranti belay (RM4) adalah RM34. Bayaran masuk adalah RM6 dan RM3 untuk pelajar.

Rock climbing memerlukan ketahanan mental dan juga fizikalPhoto from Instagram ariannasamsir

Pengajar disediakan dan mereka yang masih beginner tidak dibenarkan memanjat tanpa bimbingan tenaga pengajar!

Hanya kanak-kanak 10 tahun keatas dibenarkan untuk rock climbingPhoto from Instagram ninazainorin

Selain itu, ada juga bilik khas rock climbing untuk kanak-kanak namun ia hanya kepada mereka yang berumur atas 10 tahun sahaja tau. Kanak-kanak bawah 10 tahun ada bilik khas lain.

boleh practise panjat juga di bilik khasPhoto from Instagram ezzahhamizah

⏰ 10am - 8pm (Isnin, Selasa, Khamis & Ahad), 10am-10pm (Rabu, Jumaat & Sabtu), 

*Jumaat tutup lama kerana solat Jumaat.

Taman skate & thrill!

Kepada pemain papan luncur/ peluncur, roller blade, pemain basikal BMX dan penunggang aksi, ada taman khas untuk anda tau!

Taman Skate dan ThrillPhoto from Instagram wana_anne

Ada beberapa trek dibina khas untuk anda menajamkan skil dan aksi sama ada untuk konkrit ataupun berumput. Semua ada dan dibuka untuk dewasa dan kanak-kanak serta masuk adalah percuma!

Taman skate!Photo from Instagram __abelenny__

⏰ 10am-7pm (Isnin-Khamis), 10am - 11pm (Jumaat - Ahad)

Laluan basikal gunung pun ada!

Terdapat 9.1km denai MTB yang bakal memberi cabaran di mana anda harus mendaki, menuruni curam dan juga melalui celahan bekas ladang getah dan kelapa sawit. Denai ini bukanlah untuk mereka yang lemah semangat!

denai mountain bike ini dikatakan terbaik di AsiaPhoto from Instgaram mnh2544

Mereka yang berpengalaman dan sudah pernah 'merasa' denai ini mengatakan bahawa ia adalah yang terbaik di Asia tau. Tak percaya? Cubalah!

Sukan yang mencabar!Photo from Instagram ai.amzar.man

Anda boleh memilih laluan denai mengikut kategori; mudah, sederhana dan juga susah. Sewaan basikal dan peralatan trail bike juga turut disediakan. Masuk adalah percuma.

Sukan yang mencabar!Photo from Instagram derrick_z2h

⏰Setiap hari, 10am-7pm

Jogging dan bersiar-siar pun boleh tau

Kalau anda bukanlah sejenis yang ekstrem, tak mengapa. Anda boleh ke sini untuk berjogging atau bersiar-siar kerana ada laluan khas disediakan untuk pengunjung berjalan-jalan di sini. Nak guna fasiliti lain seperti gelanggang sukan, gimnasium dan kolam renang pun boleh tapi itu semua ada bayarannya ya.

Masa untuk joggingPhoto from Instagram aziesarel

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok