download Jom Explore app
Ingat Lagi Tak? Pelakon Kanak-Kanak Ini Telah Menginjak Dewasa, Ada Yang Dah Kahwin Dah Pun!

Ingat Lagi Tak? Pelakon Kanak-Kanak Ini Telah Menginjak Dewasa, Ada Yang Dah Kahwin Dah Pun!

Hot & Viral
By Nurul Khaleeda on 03 Feb 2023
Digital Editor

Kehadiran pelakon kanak-kanak dalam industri lakonan bukanlah sesuatu perkara yang asing. Apatah lagi, sekarang ini banyak betul watak yang melibatkan mereka baik di dalam drama mahupun filem.

Bayangkan, dahulu masa mereka kecil kelihatan comel dan polos sahaja raut wajah mereka namun kini bila sudah menginjak dewasa lain pula ceritanya.

Jom kita lihat pelakon kanak-kanak yang kini sudah pun menginjak dewasa. Masing-masing pun ada yang sudah melangkah ke fasa seterusnya.

?Aedy Ashraf

Mohamad Addy Ashraf Rosmadi dilahirkan pada 20 September 1993. Dia mula berlakon pada tahun 2003 menerusi filem Jutawan Fakir. Dia sangat popular dengan watak Mawi di dalam filem Tentang Bulan. Kini Aedy masih bergiat aktif dalam dunia lakonan dan juga menjadi jejaka idaman para wanita.

 

?Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha Muhammad Riduan dilahirkan pada 30 September 2005. Dia memulakan karier sebagai pelakon di dalam drama Adamaya di samping pelakon Lisa Surihani dan ia melonjakkan namanya di dalam dunia lakonan. Kini Mia masih lagi bergiat aktif di dalam industri dan sering berkongsi video TikTok dengan peminat. Dia juga sudah bertudung.

 

?Puteri Balqis

Puteri Balqis Azizi dilahirkan pada 12 April 2007. Memulakan karier sebagai pelakon menerusi siri televisyen Gemilang pada tahun 2011. Dia sangat dikenali sebagai ratu air mata dan juga ada membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik untuk beberapa anugerah berprestij. Pada tahun 2018, dia berehat sebentar dari dunia seni kerana masalah kesihatan dan tahun lalu, dia mendedahkan kisah silam berkaitan dengan bapanya yang mendapat perhatian ramai.

?Fimie Don

Shafimie Saedon atau lebih dikenali sebagai Fimie Don dilahirkan pada 13 Februari 1998. Mula dikenali menerusi lakonannya di dalam drama Hikayat Putra Shazlan, dia kini masih lagi bergiat aktif di dalam dunia lakonan. Malah, dengan raut wajah babyface yang dimilikinya membuatkan ramai wanita terpaut padanya. Tahun lalu, Fimie juga kembali mendapat perhatian menerusi lakonannya di dalam drama Melur Untuk Firdaus.


View this post on Instagram

A post shared by Fimie Don (@realfimiedon)

?Haris Aliff

Nor Harris Alif Nor Rashidi dilahirkan pada 2 September 1999. Dia bermula sebagai juara Idola Kecil pada tahun 2010 dan mula berlakon di dalam Kelab Idola pad tahun sama. Mula popular menerusi wataknya di dalam drama Geng Bas Sekolah. Kini sudah berkahwin dengan pelakon Intan Ladyana pada Februari 2021 dan pasangan itu dikurniakan anak perempuan pada 31 Januari 2022.

?Fatin Afeefa

Fatin Nurafifah Shamsudin dilahirkan pada 13 Julai 1994. Sama seperti Aedy Ashraf, Fatin dikenali menerusi filem Tentang Bulan yang memegang watak Ila. Dia berkahwin awal namun putus di tengah jalan, mempunyai seorang anak ketika berkahwin dengan pelakon Adam Shah namun sekali lagi perkahwinan itu gagal namun pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata. Kini, Fatin berkahwin lagi dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Aliff Awang. Pengantin baru itu sering mempamerkan kebahagiaan di laman media sosial.


View this post on Instagram

A post shared by AFEEFA ? (@fatinafeefa)

Anda mungkin suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok