5 Artis Yang Masih Kelihatan Awet Muda, Walaupun Sudah Mencecah Umur 50 Tahun
Mengurangi tanda-tanda penuaan pada wajah dan tubuh adalah sesuatu yang banyak orang inginkan. Beberapa artis Malaysia mungkin telah menggunakan cara-cara tertentu untuk mengekalkan kelihatan awet muda, tetapi tidak semua rahsia awet muda mereka telah terbongkar.
Namun, ada selebriti tempatan yang sudah berusia hampir 50 tahun tetapi masih kekal awet muda tanpa sebarang garis usia di muka. Siapakah mereka ? Jom kita lihat mereka yang masih kekal muda dan anggun.
Maria Farida
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, model dan ahli perniagaan, Maria Farida.
Maria Farida yang berdarah kacukan memulakan kerjaya seninya menerusi filem berjudul Bisikan Cinta pada 1995. Selepas itu, namanya mula menjadi perhatian dan mula dihujani dengan tawaran lakonan. Maria mendedahkan rahsia awet mudanya iaitu sentiasa menjaga kesihatan, tidak merokok, berfikiran positif dan jangan kuat mengumpat!
Ziana Zain
Penyanyi yang memiliki vokal tinggi, Ziana Zain boleh dikatakan antara selebriti yang tampak muda berbanding usianya.
Pernah ditanya tentang rahsia menjaga kecantikan, Ziana mengakui dia mengamalkan petua-petua lama antaranya, tidak minum minuman berais, minum jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi dan mengurangkan pengambilan nasi.
Amy Mastura
Seorang lagi selebriti yang kekal awet muda pelakon dan penyanyi Amy Mastura. Biarpun sudah melewati usia 51 tahun dan memiliki dua orang anak, wajahnya tidak pernah berubah.
Dedah bintang filem Puteri Impian itu, rahsia untuk kekal muda adalah sentiasa ceria dalam apa jua keadaan sekali pun.
Rozita Che Wan
Pada usia 50 tahun dan memiliki tiga orang anak, termasuk si sulung yang mencecah usia 27 tahun, dramatis Rozita Che Wan atau Che Ta kelihatan muda berbanding usianya.
Che Ta juga mengamalkan petua untuk kekal langsing dan tampak muda. Antaranya, makan nasi sebesar penumbuk dua kali sehari dan lebihkan sayur-sayuran.Bukan itu sahaja, Che Ta juga rajin memanjakan diri di rumah dengan melakukan lulur dan rawatan wajah menggunakan bahan secara semula jadi seperti kuning telur.
Nasha Aziz
Pelakon dan supermodel terkenal Nasha Aziz antara selebriti yang sering mendapat perhatian. Masakan tidak, pada usia 52 tahun, Nasha masih laris sebagai pelakon dan kekal menjadi pilihan utama pereka fesyen di pentas peragan.
Selain menjaga kesihatan diri, Nasha mempunyai banyak pantang larang antaranya, hanya akan minum kopi selepas pukul 1 tengah hari, makan bahagian dada ayam dan begitu jarang mengambil nasi.
Anda mungkin suka: