Tak Payah Pergi Jauh-Jauh, Crystal Resort Semporna Chalet Atas Air Persis Di Maldives
Di Semporna ada banyak resort yang cantik dengan pemandangan laut biru yang cukup menakjubkan sehingga kadang-kala kita rambang mata nak pilih untuk menginap di mana tapi kali ni jom terokai Crystal Resort Semporna, Sabah yang baru saja buka di Kepulauan Semporna pada tahun 2022.
Photo from Gambar: @sem4naheavenventures
Keunikan Crystal Resort Semporna
Crystal Resort Semporna memiliki reka bentuk unik yang seakan-akan chalet terapung seperti di Maldives, ia memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada pelancong. Selain itu, resort ini juga menawarkan pemandangan air laut yang indah yang dapat menenangkan jiwa dan perasaan.
Photo from Gambar: @sem4naheavenventures
Bilik yang ditawarkan juga selesa dan besar di dalamnya, ada yang pakej untuk honeymoon dan juga keluarga. Korang boleh pilih saja disana dan mempunyai pakej tersendiri.
Photo from Gambar: @sem4naheavenventures
Photo from Gambar: @sem4naheavenventures
Aktiviti Yang disediakan
Pengunjung dapat menikmati suasana yang tenang dan damai sambil menikmati aktiviti seperti berenang, snorkeling, dan menyelam di perairan yang jernih dan dikelilingi oleh terumbu karang yang indah. Ini adalah tempat yang sempurna untuk melepaskan diri dari tekanan seharian dan menikmati keindahan alam semulajadi.
Photo from Gambar: @JejakSemporna
Selain itu, pegunjung boleh melawat pulau-pulau yang berada di sekitar kepulauan semporna dan pastikan anda sudah menempah pakej yang telah disediakan disana.
Photo from Gambar: @Cikelly
Menariknya, di Crystal Chalet tetamu turut ditawarkan dengan kayak lutsinar bagi mereka melakukan aktiviti santai dan bergambar cantik dengan air laut yang sangat jernih.
Photo from Gambar: @cikelly
Kelebihan Resort ini
Crystal resort menawarkan makan untuk pagi, tengahari dan malam kerana untuk ke pekan sangat jauh. Jadi memang mereka telah menyediakan pakej sekali dengan makanan. Malah, kebanyakkan tetamu yang pernah ke sini juga berkongsi pengalaman mereka dan mengataka shower pun laju walaupun resort ini kedudukannya di atas air.
Photo from Gambar: @senin
Photo from Gambar: Senin
Bagaimanapun, Crystal Resort ini menyediakan bilik yang cukup terhad hanya 10 unit sahaja. Ia bagi memberikan pengalaman kepada tetamunya seumpama menginap di chalet persendirian dengan sangat privasi tanpa ada gangguan luar.
Photo from Gambar: Fitriah fifie
?Bum-Bum island, 91308 Semporna, Sabah
?019-809 8666
Anda Mungkin Suka: