download Jom Explore app
Kedai Kopi Buruk Kuala Terengganu, Lokasi Yang Klasik Mengekalkan Konsep 70-an

Kedai Kopi Buruk Kuala Terengganu, Lokasi Yang Klasik Mengekalkan Konsep 70-an

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 19 Jan 2023
Digital Editor

Apa dia ? Kedai kopi buruk! Bukan rasa kopi yang buruk tau tetapi pemilihan kedai yang antik seolah-olah kita berada di zaman 70-an atau 80-an. Memang sangat Klasik lokasi yang terletak di Kuala Terengganu. Kalau rasa kopi pasti sedap boh!

Kedai Kopi Yang Klasik

Ini merupakan idea yang sangat hebat dari anak-anak muda Terengganu yang berusaha gigih dalam mengumpulkan barang-barang tersebut. Kedai makan tersebut diusa­hakan oleh seorang peminat ba­rang antik, Ahmad Zulhisyam Awang. Menurutnya, nama kedai itu diberikan kerana dia gemar me­ngumpul barangan lama yang mempunyai nilai sen­timental sebagai koleksi pe­ribadi.

Pelbagai Pilihan Kopi

Kedai kopi ini menawarkan pengalaman yang tidak dapat ditemukan di tempat lain, dengan suasana retro dan kopi yang dianggap sebagai kopi terbaik. Pilihan menu kopi yang pelbagai seperti Kopi Buruk, Kopi O, Kopi Butter dan Kopi Nissan Butter. Kopi Buruk adalah menu utama di sini. Bagi yang tak suka kopi, air lain juga ada.

Menu Dari Pantai Timur

Selain dari kopi yang mereka tawarkan, di sini juga terdapat sarapan dari pantai timur seperti laksam, nasi putih ayam cincang, roti bakar, lempeng nyior, laksa dan pelbagai menu yang lain. . Di sini juga menawarkan menu ringan seperti kuih muih tradisional dari terengganu.

Waktu operasi mereka adalah pukul 9am-7pm, jadi siapa cepat dia dapat. Jadi apa lagi, kalau dah sampai Terengganu boleh cuba singgah disini dan merasai suasana klasik yang ditawarkan di Kedai Kopi Buruk ini.

?523, Jln Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu

⏰9am-7pm  ( Setiap Hari)

Anda Mungkin Suka:

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok