Nasi Kerabu Istimewa Yang Disukai Orang Tempatan, Perut dan Lidah Bakar Yang Jarang Ditemui
Untuk sesiapa yang mencari kedai nasi kerabu yang sedap di Kelantan, atau kedai nasi kerabu terbaik di Kelantan, bolehlah anda mencuba kedai nasi kerabu ini, "Kedai Abe Yie Nasi Kerabu".
Lauk yang eksotik
Kedai ini unik dan menyajikan lauk yang eksotik yang jarang didapati di kebanyakan kedai di Kelantan. Tidak hanya daging bakar, malah pelanggan juga ditawarkan dengan pilihan hidangan bakar lain seperti perut bakar dan lidah bakar.
Nasi kerabu di kedai ini agak eksotik. Keistimewaannya adalah ada lauk perut bakar dan lidah bakar. Dihidangkan bersama dengan kicap yang digaul bersama bawang, lada dan asam limau sebagai pencicah. Tak tipu! Rasanya sangat sedap sekali.
Lauk perut bakar di sini memang sedap, dengan aroma smoking dari luar, dengan daging yang lembut, sungguh menyerelakan.
Mesti cuba makan dengan kicap
Apabila dicicah dengan kicap, rasanya benar-benar sedap. Rasanya sempurna apabila dihidangkan bersama dengan nasi kerabu dan tumis budu. Benar-benar membangkitkan selera dan menambah rasa kesedapan nasi kerabu!
Jikalau anda tak makan perut? Lapar? Takpe, mereka juga menjual pelbagai hidangan seperti gulai ayam, ayam bakar, ikan keli bakar dan daging bakar. Daging bakar di sini pun sangat sedap dan lembut.
Lokasi Kedai Abe Yie Nasi Kerabu sangat strategik kerana berhadapan dengan Stesen Minyak Petron Salor di Pasir Mas. Kedai ini dibuka pada jam 7 pagi dan sentiasa ramai pelanggan pada waktu pagi sehingga kadang-kadang perlu menunggu giliran
Suasana desa yang sederhana, yang diterangi dengan rasa masakan yang asli dan sedap, pasti akan menjadi pengalaman yang menyentuh hati.
?130, 15100 Pasir Mas, Kelantan
⏰ 7am - 12pm (Setiap hari)
Anda mungkin suka:
❤️Nak Ngopi Ala Hipster? Jom Ke Warung Kupi Atok Kayo Di Tampin, Negeri Sembilan!
❤️Kedai Roti Salahuddin Bakery, Guna Resipi Turun-Temurun Sejak 80 Tahun Lalu!