download Jom Explore app
Kedai Roti Salahuddin Bakery, Guna Resipi Turun-Temurun Sejak 80 Tahun Lalu!

Kedai Roti Salahuddin Bakery, Guna Resipi Turun-Temurun Sejak 80 Tahun Lalu!

Jom! Makan
By Nurul Khaleeda on 11 Jan 2023
Digital Editor

Kepada generasi baby boomer, generasi X dan juga millenials, anda mesti dah biasa lihat pakcik roti yang akan lalu di kawasan rumah anda pada waktu petang kan? Masa tu, roti yang dijual dan diletakkan kaya panas, fuh... memang sedap betul untuk dinikmati di waktu minum petang.

Sekarang, kebanyakan roti yang dibuat di kilang membuatkan rasanya sedikit berbeza berbanding dengan roti yang dibuat sendiri di kedai roti. Bak kata orang, kesegaran dan keempukannya itu tidak sama.

Di saat orang lain berlumba-lumba cuba mengejar arus kemodenan, sebuah kedai roti di Johor iaitu Salahuddin Bakery masih mengekalkan cara tradisional mereka dalam menghasilkan roti. Lebih tepat lagi, sejak 80 tahun dahulu!

Mula beroperasi pada tahun 1937 yakni sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kedai tersebut telah diwarisi turun-temurun dan kini diusahakan oleh generasi ketiga keluarga tersebut.

241525357_538218470796578_2350147126333277307_n

Nak tahu apa rahsia mereka dalam mengekalkan rasa yang sama selama 80 tahun ini? Mereka menggunakan dapur kayu untuk memasak! Proses pembuatan roti bermula pada jam 10 malam dimana kayu api akan dibakar terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan proses menguli roti dan ia akan berlanjutan sehingga ke subuh. Katanya, ini perlu bagi memastikan roti kekal segar.

Disebabkan inilah, mereka mempunyai pelanggan yang setia dan ternanti-nanti roti daripada Salahuddin Bakery! Selain roti, kedai ini juga ada menjual kek dan juga karipap kambing tau.

? 26, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

⏰Setiap hari (kecuali Jumaat), 9am- 7.30pm

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok