Cafe 6233 Klang, Konsep 'Camping' yang Menenangkan,Tempat Yang Sempurna Untuk Melepaskan Penat
Siapa pernah dengar, kafe yang berkonsepkan 'Camping'. Nak tahu tak? Kafe ini terletak di Kapar, Klang Selangor. Memang sangat dekat untuk orang yang tinggal di Selangor. Nama Kafe ini adalalah Cafe 6233. Mesti ada yang dah bosan dengan konsep kafe yang berada di pasaraya, korang boleh cuba di sini yang dekat dengan kelapa sawit untuk merasai pengalaman baru.
Cafe 6233 adalah tempat yang sempurna untuk melepaskan penat dan menikmati makanan yang sedap. Konsep kafe ini diinspirasikan dari camping, sehingga suasana kafe ini sangat santai dan menyegarkan. Terdapat banyak area duduk yang luas dan terbuka, di mana pengunjung dapat menikmati angin sepoi-sepoi sambil menikmati makanan mereka.
Selain itu, keluasan tempat ini boleh memuatkan sehingga 40 Pax, jadi tak perlu risau untuk menikmati makanan dengan sepuasnya kerana kerusi meja yang mencukupi.
Nampak je macam kecil tempatnya tetapi ia menyediakan pelbagai menu yang di variasikan seperti pastri, nasi ganja, nasi daging, nasi kandar, bubur ayam, kacang pool, kentang goreng dan juga nugget. Makanan yang disediakan sesuai untuk seluruh ahli keluarga.
Minuman juga mereka menyediakan dengan keunikkan tersendiri seperti Honeycomb Latte, Nusantara Latte dan pelbagai minuman yang lain. Tak rugi kalau korang pergi sini, memang menarik betul kan?
Konsep yang didirikan adalah idea dari pengusaha itu sendiri, jadi jom ajak kawan-kawan atau keluarga ke sini. Ini adalah tempat yang sempurna untuk melepaskan penat dan menikmati waktu bersama keluarga dan teman-teman.
?Jalan Kampung Perepat Kapar, 42200 Klang, Selangor
⏰12pm-12am ( Selasa-Ahad)
?017-646 0407